“Aku terlalu gembira dapat kahwin dua, sekali rancangan isteri pertama buat aku terduduk”

Oleh INFORAKYAT

“Aku terlalu gembira dapat kahwin dua, sekali rancangan isteri pertama buat aku terduduk”.Kisah ini aku lalui sendiri. Ya, aku sblm ini ada dua isteri. I

steri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun.

Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat, bukan kawin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua

"Aku terlalu gembira dapat kahwin dua, sekali rancangan isteri pertama buat aku terduduk"

. Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir& tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya.

Alhamdulillah isteri-isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama. Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang.

Kesilapan sendiri dengan alpha lalai kemewahan dan lupa Allah. Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa. Anak2 masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakn utk kedua-dua isteri dan anak aku.

Sampai satu tahap, dah tak mampu dan perniagaan tutup. Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa. Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku. Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak2.

Maka, disini la aku lihat ujian Allah yg Maha Besar. Seorg isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa. Isteri mula layan acuh tak acuh. Hubunggn sekadar ada duit baru boleh, tak de duit tak boleh. dan aku mula tawar hati.

Maka, isteri pertama menuntut cerai dalam aku tertekan mencari dahan utk berpaut naik ke atas semula. Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yg diminta oleh isteri pertama.

Paling jengkel, isteri pertama melarang abg bermain dgn kakak, dihina kakak sbb anak perampas. Hina yang dilempar mcm hina aku, mmg aku pd masa tue btul2 rasa hina tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun. Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik.

Lagi hina bila dimahkamah, aku lgsg tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dgn apa yg berlaku. Maka bercerailah aku dgn isteri pertama. Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa-apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak-anak kelak. Aku redha dan bergantung pd isteri kedua slps itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dihina oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sbg perampas dan tidak berpelajaran, dia lah yg susah pyh berhujan panas dgn aku mencari rezekS. sama2 susah, sehingga tidur di RNR setiap mlm sbb tiada tmpt tinggal. Mandi dan solat di RNR.

Kami susah tidak meminta-minta dan tidak siapa yg tahu. Isteri kedua dgn senyap jual cincin, gelang dan rantai utk aku dan anak2 duduk rumah sewa. Malah, sebhgn wang isteri kedua suruh beri kpd anak-anak dgn isteri pertama lpskan byr yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melalak minta duit, dia seakan fhm dan rela hati membantu aku. sbb anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika shj. Masa itu, hanya Allah yg tahu betapa mulia isteri kedua yg masyarakat hina sbg perampas pemusnah rumahtangga. Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak x masuk tabika demi abg-abg dia. Ya Allah, aku btul rasa hiba dgn pengorbanan isteri aku.

Dan kini, isteri kedua juga yg masak dan mkn bersama anak bekas isteri pertama serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku amik abg-abg bermlm dirumah kecilku. Anak-anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan darah mereka adalah adik beradik kandung sebapa.

Tak kisah la bekas isteri pertama kasi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati aku dah tak de rasa apa pada bekas isteri lg. sekadar tegur gitu jea bila amik anak, pastu bla jea.

Aku syukur kini dengan rezeki yg ada, aku mampu beli semula rantai emas utk isteriku sbg ulang tahun ke-8 perkahwinan kami, setelah 2 tahun dlm kesusahan pyh hidup membesarkan anak-anak.

Jadi, aku merayu kaum wanita, bkn semua isteri kedua perampas atau pemusnah kebahagian. Aku dah lalui dan aku amat sygkan isteriku walau org hina dia. Dia tetap senyum dan berkata, “syurga mummy pd Abi dan keredhaan Abi utk mummy.. Mummy bkn org berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik utk Abi dan semua anak Abi & mummy..”

Semoga kisah saya menjadi panduan utk semua, bkn status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama…tapi siapa yg bertahan utk bersama susah senang. Bkn hanya meminta tapi apa yg kita sanggup beri dgn hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin.

BACA:

Muhyiddin didakwa, ini 6 pertuduhan yang dikenakan keatas bekas PM

Majikan paling kedekut dalam dunia! Ingatkan terjadi di Zimbabwe rupanya di Malaysia, ini puncanya