Ada satu muka surat tu arwah ibu tulis, “aku haramkan tubuh badan aku sampai mati Azrul!” Bila aku baca tu meremang.
Yang paling seram dan menakutkan benda tu bukan setakat setahun dua. Aku cari jawapan, tak sangka ini yang ibu sorok selama dia hidup. Aku benci ayah!
Pernah tak korang tahu satu rahsia dalam family korang yang kalau adik beradik ke atau saudara mara tahu semua memang akan speechless atau terkejut.
Ada dapat tahu 1 rahsia ni, sampai sekarang baik ayah aku, adik beradik aku, saudara mara dan nenek atuk aku tak tahu yang tahu cuma aku dan mak ngah aku. Rahsia pasal ibu aku.
Ibu aku 2023 ni dah masuk tahun ke-5 ibu meninggaI dunia. Bagi aku dan adik beradik lain serta ayah ibu aku ni seorang isteri dan ibu yang baik. Marah jarang, cakap lemah lembut semua elok. Ibu aku ni anak sulung dalam keluarga.
Setahun selepas ibu pergi waktu ni ayah aku dengan adik beradik yang lain pergi balik kampung aku tak dapat balik sebab waktu tu tengah minggu final exam jadi duduk rumah sorang. Entah kenapa hari tu aku rasa nak mengemas rumah.
Jadi aku pun kemas dari dapur, ruang tamu, bilik air dan setiap bilik dekat rumah. Aku pun tengah kemas bilik ayah dengan ibu ni terjumpa gambar lama. Jadi ber-nostalgia dalam satu jam tengok gambar apa semua dalam almari tu.
Tengah nak kemas dekat hujung laci tu dekat belakang dia ada satu buku diari yang dilekatkan dekat situ. Laci tu kena cabut baru boleh jumpa buku tu kalau tidak memang tak lah. Aku pun tak sengaja sebab yang bawah dia tu tersenget jadi aku kena cabut laci yang atas.
Bila buka diari tu tengok dari tulisan dan nama jelas ini diari arwah ibu aku. Tulisan dia lama ye bukan setahun dua tapi dari umur ibu aku berbelas tahun. Dari awal tu setakat tulisan biasa. Pasal cita-cita ibu aku, benda yang normal lah. Sampai dah ibu aku umur 17 tahun. Tulisan dalam diary tu kalau rasa memang rasa marah.
Ibu aku tulis pasal sorang insan bernama “Azrul” (bukan nama sebenar) dalam tu segala kata makian ada. Siapa itu Azrul? Ayah aku. Makin aku selak makin tulisan luahan ibu aku dalam diari makin dark makin sakit makin perit bila baca.
Setiap tulisan tu aku baca memang boleh rasa betapa bencinya ibu aku dekat ayah. Ada satu muka surat tu ibu tulis “aku haramkan tubuh badan aku sampai mati Azrul” bila aku baca tu meremang. Yang paling seram dan menakutkan benda tu bukan setakat setahun dua.
Sebulan ada 2/e kali ibu aku tulis dari umur dia 17 tahun sampai 1 tahun sebelum ibu aku meninggaI dunia. Kau tahu sampai sekarang setiap kali aku teringat setiap tulisan ibu aku. Meremang dia lain macam aku macam dapat rasa yang ibu aku terlampau benci, marah, jijik dengan ayah aku.
Selama ni aku ingat ayah dengan ibu aku ni tak ada masalah kira hubungan mereka elok tapi bila baca tu memang terus macam plot twist melampau. Sejak haritu aku tak boleh lupa. Dekat luar aku buat macam biasa teruskan hidup tapi dalam hati aku tertanya-tanya kenapa arwah ibu benci sangat dekat ayah aku.
Aku cuba selidik sendiri payah tak dapat clue langsung. Sampai aku jumpa mak ngah aku. Kami sekeluarga memang rapat dengan mak ngah. Aku waktu tu ajak mak ngah aku keluar nak cakap pasal arwah ibu. Jumpa tu aku straight to the point (tapi aku tak cakap pasal diary tu) aku cuma cakap “kenapa arwah ibu benci ayah?”
Mak ngah dia bila dengar soalan tu dia ngelak “mana ada benci tengok happy je diorang” aku pancing cakap “tapi arwah ibu dulu pernah cakap orang yang paling dia benci iyalah ayah tapi dia tak pernah kasi tahu kenapa”. Mak ngah aku pun dia guna ayat macam tu biarlah rahsia.
Tapi bila aku cakap nak try tanya dekat nenek terus dia cakap jangan. Akhirnya mak ngah aku jelaskan dari awal. Umur mak ngah aku dengan ibu tak jauh setakat 1 tahun beza. Mak ngah aku pun start cerita yang ibu aku ni dari dia kecik dah agak pandai.
Bila masuk sekolah dia memang pelajar cemerlang dan lagi kecik lagi dah ada cita-cita nak jadi doktor. Ini kami semua tahu sebab ibu banyak kali cerita dia nak jadi doktor. Sampai satu tragedi, ayah aku waktu ni dia cikgu.
Mengajar dekat sekolah ibu aku. Umur ibu aku 17 tahun dia r*g*l ibu dekat sekolah. Ibu aku baru nak balik sekolah waktu tu. Waktu dengar tu aku dalam kepala macam nak pengsan, macam nak pecah kepala. Jadi mak ngah aku ni selalu balik dengan ibu.
Dia tunggu ibu tak keluar dari sekolah. Sekali bila dia cari nampak ibu terbaring menangis dalam kelas. Bila balik pula mak ngah aku pun cerita. Atuk aku pergi rumah cikgu tu, entah macam mana mak ngah aku cakap bila balik tu atuk aku suruh mak aku kahwin dengan cikgu tu iaitu ayah aku.
Mak ngah aku cakap atuk aku dengan selamba cakap jaga maruah keluarga kita. Ibu aku menangis dengan nenek aku cakap jangan kahwinkan. Tapi atuk aku paksa akhirnya ibu aku dengan ayah berkahwin. Aku waktu tu tahu memang tak hairan ibu aku benci ayah aku macam tu sekali.
Dalam diari tu bukan setakat ayah aku dia benci tapi atuk aku sekali arwah ibu aku siap tulis dia setiap rasa nak lenyapkan ayah aku dan atuk aku. Aku simpan benda ni sampai sekarang. Sejak hari itu aku punya benci dengan ayah dan atuk aku.
Setiap kali terfikir aku rasa macam nak menangis dan nak buat yang bukan-bukan. Bayangkan arwah ibu aku berkahwin dari umur dia 17 tahun sampai a0-an sebelum dia meninggal dunia. Aku tak boleh bayang peritnya hidup arwah ibu.
Waktu dia hidup hari demi hari lepas tragedi dia umur 17 tahun. Selama ni aku cuma nampak dari luaran ibu aku tenang, senyum tak pernah lekang. Tapi dia punya perit aku pun tak tahu.. Aku pernah terfikir nak kasitahu kak long aku.
Tapi setiap kali tu lidah aku terkelu. Aku takut bila along aku tahu habis ranap semua. Jadi aku cuma mampu pendam dan simpan hingga ke hujung nyawa. – Fah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nonie Nuralia : Seumur hidup membenci tetapi bertahan hingga ke hujung nyawa. Kalau saya, diary tu akan saya hadiahkan pada si ayah. Saya mahu si ayah tahu isi hati si arwah ibu selama ini.
Noya Za : Your mom adalah perempuan yang sangat hebat. Boleh pisah kan emo dia dari kehidupan sehari-hari. Jiwanya hancur tapi fikirannya sangat kuat, berlakon saban hari deme keluarga. Tangisnya mesti di malam hari di tikar sembahyang kalau tidak manakan dia dapat iman yang sebegitu kuat. Moga roh ibu awak dicucuri rahmat dan diangkat martabatnya dia alam sana. Amiin
Ezd Airaniez : Sedihnya baca. Siapa sangka rahsia tersimpan lama. Hanya lepas meninggaI dunia baru tahu perasaan seorang wanita. Sebagai anak, doakanlah arwah mak ya. Semoga rohnya tenang, Allah swt letakkan arwah di syurga asbab ujiannya di dunia. Aamiin..