“Aku tanya suami mana pergi duit gaji dia, bila dia jawab tu terus bergenang airmata aku, berdosanya rasa push suami pasal gaji”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Assalamualaikum.. Mohon admin hide profile saya ye dan terima kasih andai post ini disiarkan.. Saya dan suami Alhamdulillah tiada apa – apa masalah rumahtangga

Bukan tiada, ada tapi masing – masing dah mat4ng untuk selesaikan dengan cara baik dan anggap semua ni ujian untuk diri masing – masing.

Sebenarnya, saya tak tahu nak mula dari mana. Saya merupakan seorang surirumah dan suami kerja biasa – biasa je..

"Aku tanya suami mana pergi duit gaji dia, bila dia jawab tu terus bergenang airmata aku, berdosanya rasa push suami pasal gaji"

Saya pernah tengok slip gaji suami, gaji dia bersih dalam RM 1500 lebih sikit. Tapi saya tak persoalkan, sebab setiap hari suami hulur duit RM20 hasil dari bisnes sampingan dia untuk beli lauk untuk masak hari – hari.

Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi dapur tak berasap, ada je rezeki untuk kami makan kalau nak dibandingkan dengan orang yang susah kat luar sana yang terp4ksa makan nasi dengan garam je. Hari tu suami ada pinjam duit dari kawan, RM1600 sebab urgent nak hantar duit kat mak kat kampung.

Kami janji, kami akan bayar bulan ni. Hasil dari kami bertahan untuk tidak beli apa – apa kemahuan kami, tahan untuk tidak makan sedap – sedap, dapat la kumpul RM450. Mak saya ada bagi duit untuk beli barang, RM350, tapi duit tu saya dan suami dah pakai untuk bayar hutang tu.

Suami janji nak bayar balik duit tu bila gaji nanti dan kalau diikutkan, memang kami boleh bayar balance hutang kawan (RM600) tadi tu dengan duit mak (RM350) bila dah dapat gaji. Setiap hari saya tanya suami, tak gaji lagi ke? Nak bayar hutang sebab orang dah minta – minta.

Boleh dik4takan seminggu akhir ni saya asyik bertanya tentang gaji suami, dah dapat ke belum. Dia cakap belum, tapi dah pertengahan bulan ni. Tadi suami rehat, balik rumah nak makan, dia minta masak maggi, tapi kebetulan saya s4kit kepala sebab aIahan mengandung, saya betul – betul tak dapat nak angkat badan.

Saya tengok suami geledah – geledah dapur, dia makan bubur yang semalam ada kat atas meja makan. Lepas tu dia terus minta izin keluar balik sebab waktu rehat dah habis. Saya jenis yang tak sampai hati tengok suami macam tu, sebab bagi saya tanggungjawab saya untuk jaga makan pakai dia macam mana dia jaga kebajikan saya.

Saya gagahkan jugak bangun masak untuk dia, sediakan semua dan hantar makanan tu kat tempat kerja dia. Sampai je saya, tengok dia tengah bersih – bersih lantai tempat solat untuk staff. Saya buat senyuman yang paling manis sebab saya tahu, senyuman isteri salah satu sumber kekuatan suami.

Dari jauh saya tengok mata suami macam ada simpan masalah, tapi saya tak tahu masalah apa. Sekali lagi saya persoalkan hal gaji dia sebab kawan tadi dah wasap tanya duit dia. Kali ni agak keras sikit suara saya ke suami, saya cakap awak dah gaji kan, awak bagi duit tu kat siapa?

Dia tak jawab, saya tanya lagi sekali bagi kat siapa duit? Kemudian baru dia jawab, tak bagi sesiapa pun, “nak bagi kat siapa, kita pun tengah naz4k nak pakai duit.” Pandangannya diturunkan, kemudian dia cakap dah gaji 2 hari lepas, “duit tu saya simpan dalam beg.. Saya sedar beg dah terbuka, duit tu dah tak ade. Mungkin jatuh atau mungkin diambil orang.”

Dia tak nak tuduh siapa – siapa, katanya dia yang cuai, Tuhan mungkin nak baIas sesuatu yang buruk dia pernah buat. Allahu, masa tu bergenang airmata saya.. Berd0sanya rasa, setiap hari saya push dia tentang gaji, sedangkan dia tengah berusaha fikir macam mana nak dapatkan duit tu.

Bukan senang kerja cari duit, memang kita kerja untuk mengharapkan gaji, tiba – tiba dapat gaji, gaji tu lesap sekelip mata. Demi Allah min, sampai sekarang saya tak boleh pandang suami, saya Iuluh tengok dia.. Tapi dia masih boleh senyum macam biasa.

Mungkin betul kata orang, hati lelaki yang bergeIar suami dan ayah ni kuat, masalah besar macam mana pun, dia masih boleh simpan supaya orang sekeIiling tidak ikut rasa terbeban. Untuk pengetahuan semua, saya bukan tak nak kerja bantu suami, tapi atas kehendak suami, dia nak saya kat rumah jaga kebajikan dia dan anak serta adik – adik yang lain.

Saya pernah berniaga dari rumah, tapi berhenti sebab dapat tahu saya mengandung, saya sedar tahap kepenatan bila buat bisnes ni, kadang smpai tak tidur malam.. Sebab tu saya buat keputvsan untuk berhenti sekejap demi anak dalam kandungan. Saya mohon, doakan saya dan suami murah rezeki ya dan dipermudahkan urusan kami untuk bayar hutang kami.. Terima kasih admin..

Sambungan.. Assalamualaikum.. Terima kasih min, sebab siarkan luahan saya. Ramai yang mendoakan kami suami isteri, tak kurang jugak yang ingin menghulurkan bantuan.. Terima kasih sangat – sangat tapi takpe, saya dan suami masih mampu kalau dibandingkan dengan orang lain yang lagi susah.

Masalah kami cuma terbeban dengan hutang, Insyaallah perlu sabar sikit saja lagi. Soal gaji suami yang hilang tu, kami dah redha min. Mungkin sedekah atau amal kami belum cukup lagi sebab tu Tuhan nak uji macam tu.

Yang pasti, Tuhan tidak kej4m, dari dulu apa yang jadi pegangan kami suami isteri, setiap apa yang jadi akan ada hikmahnya.. Sekarang saya dan suami cuma berdoa supaya Tuhan permudahkan urusan kami untuk bayar hutang kami.

Sambil – sambil tu berusaha lebih lagi. Ramai yang suggest untuk terus terang dengan kawan tentang duit yang hilang tu, tapi rasanya saat ni bukan masa yang sesuai untuk bagitahu semua tu, takut nanti katanya kami bagi alasan.

Takpe, ada hasil sikit – sikit setiap hari, kami akan terus bagi kat dia.. Tak banyak tak ape, yang penting ada usaha tu dia nampak. Insyaallah, Insyaallah, Insyaallah.. Tuhan bantu nanti tu. Terima kasih atas doa semua. Terharu baca komen – komen dari semua. Saya dan suami pun doakan semua sahabat yang lain. Sekian. Assalamualaikum

Komen Warganet :

Cik Puan Julieta : Semoga Allah murahkan rezeki puan dan suami, sebagai isteri banyakkan berdoa agar Allah permudahkan urusan suami dalam mencari rezeki yang halal. Puan bertuah dapat suami yang baik dan bertanggungjawab itu juga sebahagian rezeki puan.

Susah duit ringgit tak ape, sama – sama cari walaupun terp4ksa makan nasi dengan garam. Asalkan ada kebahagian di situ, puan juga seorang isteri yang memahami situasi suami, bertuah suami puan..

Eima Lipsy : Saya pernah lalui hidup yang sukar begini.. Demi Allah!! Suami isteri zaman sekarang memang kene kerja dah la tu anak – anak pulak nak kene upah orang jaga. Jadi, pesanan pada para wanita, sebelum kahwin ambillah lesen kereta dahulu.

Senang nak kerja nak ke mana – mana bantu suami.. Nasib malang saya tu akhirnya berakhir, kalau dulu gaji saya RM1500 gaji suami RM1200 je, setiap bulan putvs duit dengan anak – anak nak sekolah, nak raya tapi sekarang saya dah mampu beli kereta tanah dan rumah.

Saya mampu clearkan nama saya yang ctos, hanya dengan lesen kereta kerana coway cuma perlukan lesen memandu. Tak mampu nak bisnes sendiri jadi kuli pun biar kene pada tempatnya.

Hasanah Harun : Setiap orang ada fasa susah dalam rumahtangga, dan rasanya kebanyakan yang komen – komen dalam ni pon dah laluinya. Percayalah tak lama pun susah tu.

Nanti sikit demi sikit taraf ekonomi beransur ok. Yang penting pinjam duit mesti ada niat nk bayar. Semoga dengan kehadiran cahaya mata nanti m4kin bertambah rezekinya, Insyaallah.

ال حاکىم : Kedua – dua pasangan terbaik. Allah nak menguji untuk perjalanan masa akan datang. Mesti rezeki meIimpah ruah lepas bersalin. Bangun tahajud. Allah suka pada h4mba yang meminta – minta kepadaNYA.

Nor Liza Md Arif : Siapa la yang ceIaka sangat curi duit gaji orang.. Orang lain kerja penat – penat, ko suka hati je jadi toyoI curik duit hasil titik peluh orang.

Semoga Allah baIas setiap perbuatan si pencuri. Buat TT dan suami, saya doakan agar Allah permudahkan urusan awak sekeluarga, dibukakan pintu rezeki seluas – luasnya, diberi kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke syurga.

BACA: “Kaki aku kadang-kadang lemah bila nak berdiri, tangan pun sama, nak kata stroke tapi bukan, rupanya ini dosa aku terhadap isteri”