“Aku tak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun anak tu bukan benih aku, aku anggap macam anak sendiri, tak sangka lepas kahwin, lain pula layanan isteri”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

“Aku tak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun anak tu bukan benih aku, aku anggap macam anak sendiri, tak sangka lepas kahwin, lain pula layanan isteri”

Bila orang tengok isteri aku ini baik. Bertudung labuh seperti ustazah tetapi belum sampai 7 bulan nikah, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja.

"Aku tak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun anak tu bukan benih aku, aku anggap macam anak sendiri, tak sangka lepas kahwin, lain pula layanan isteri"

Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu rayu untuk terima anaknya, hanya kerana untuk tutup aib dan mulut jiran setempat. Kata kata ibu dia buat aku lemah, tak dapat nak di tolak dan aku rela jadi pak sanggup.

Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dari benih aku, tetapi aku tetap anggap macam anak aku sendiri.

Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku supaya jadi pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah.

Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi:

Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat. Tak nak memasak.

BACA: “Ada orang bersederhana dalam berbelanja, pakai handbag pun longgok-longgok je tapi tiap tahun spend ribu ringgi untuk melancong”

Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.

Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok.

Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari hari kami bergaduh sebab sikap cemburunya.

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam diam sebab tak nak gaduh dengan isteri.

Aku dah slow talk baik baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.

Opss.. sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah.

Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri.

“Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain.

BACA: “Beliau sentuh bahagian sulit saya bila ada kesempatan..Pernah aku dibawa ke kawasan semak untuk mencabuli aku, akhirnya ini yang berlaku suami ibu saudara”

Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia.

Anak anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses bercerrai. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah.

Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang itu.

Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja.

Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat.

Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah d0sa, lebih baik kami bercerrai.

Bekas kekasih aku yang dulu, kini berstatus ibu tunggal. Kemtian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab dah serik dan tak nak perkara lama berulang.

Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar.

Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

BACA:

“Lepas 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, tiba-tiba satu pagi tu suami minta sesuatu kat isteri denan alasan tak masuk akal! Aku terkedu bila dengar permintaan suami”