Gangguan seksual di tempat kerja bukan hanya terjadi kepada wanita malah lelaki juga ada yang menjadi mangsa.
Di tempat kerja ni bukan lelaki sahaja ada gatalnya, wanita yang sudah berkahwin juga ada masa tak pandai mengawal batas pergaulan.
Malah wanita sebegini sering menjadikan alasan gurauan sebagai cara untuk menutup kesalahan mereka.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna kisah pengikutnya yang sering diganggu rakan sekerja wanita hingga menyebabkan ketidak selesaan buatanya.
“Aku lelaki, aku rasa rimas dengan seorang rakan sepejabat yang juga seorang perempuan, dia suka pegang-pegang aku.
“Aku nak lapor dekat bahagian Sumber Manusia tapi pernah dulu ada yang buat laporan, mereka hanya gelak dan anggap ia gurauan.
“Masalahnya dia suka pegang belakang badan, peluk lengan. Dia tu sudah kahwin tapi suka sembang lucah,” ujar individu tersebut.
Lebih menakutkan wanita it tepis makian dan acah tak bersalah dengan berkata ia hanya gurauan di tempat kerja maka tak perlu terlalu serius.
“Ada satu hari tu dia bawa pembaris ke tempat aku, lepas tu tanya, aku punya panjang mana, lepas tu gelak. Apa benda yang lawak pun tak tahu.
“Ada rakan pejabat aku ni, dia lelaki dah pernah maki wanita tu sebab menjengkelkan, lepas tu mulalah nak buat ayat sedih kata nak gurau tak boleh, semua serius kerja.
“Sekarang kalau datang kerja aku akan rasa tertekan nampak dia, dan akan cuba jauh dari dia. Aku masih trauma dia gesel dada dia dekat lengan aku masa datang kat meja aku.
“Aku nak maki dan marah, cuma aku risau kerja aku akan jadi masalah sebab kerja aku banyak kena berurusan dengan dia, tambahan dia ni pekerja kesayangan bos.
Rata-rata netizen menasihatkan individu tersebut membuat laporan kepada Sumber Manusia dan jika tak diambil peduli maka laporkan kepada pihak polis.
Baca juga: “Apa dia ingat RM400 tu besar sangat ke? saya dan suami nekad halau anak menantu keluar rumah”