Hi semua, tujuan saya menulis adalah untuk menjadi tauladan dan pengajaran pada semua dan dalam masa yang sama ingin meminta pendapat warganet.
Aku dan suami berkahwin pada usia yang muda dan semasa di awal perkahwinan kami memang hidup susah.
Tapi yang paling aku tidak sangka apabila mak mertua aku dan kakak ipar aku nak jual puteri sulung kami atas sebab kami susah.
Ketika itu mak mertua dan kakak ipar aku tak benarkan kami mendaftar anak di JPN.
Merek berdua suruh kami jual anak kami pada pasangan warga Indonesia yang tak ada anak perempuan.
Orang Indonesia tu pun memang kenalan mak mertua dan kakak ipar aku. Tapi dia bukan kenalan aku dan suami dan bila kami tak setuju dengan cadangan mereka, sampai satu tahap kakak ipar aku datang nak bunuh suami aku (adik kandung dia dan mak mertua aku cakap suami aku anak derhaka sebab tak nak jual anak kami.
Aku dan suami hidup susah, mak mentua cakap suami aku anak derhaka sebab tak mahu jual anak kepada kawan dia, orang Indonesia
Alhamdulillah selepas daripada itu aku meminta bantuan keluarga aku syukur selesai semuanye.
Ikutkan aku ketika selesaikan kes daftar JPN, aku nak bukan kes polis untuk dakwa mak mertua dan kakak ipar aku tapi atas budi bicara ayah aku dan atas dasar cinta sayang aku pada suami aku tidak mendakwa mereka berdua.
Sekarang usia perkahwinan kami dah masuk 9 tahun dan mempunyai 2 orang puteri. Tapi perangai mak mertua aku masih tak berubah, dia tetap menyibuk hal kami, dan ambil tahu tentang hal rumahtangga kami. Kalau nak ikutkan sedetik pun kami tak pernah tumpang rumah atau apa – apa sekali pun daripada keluarga suami.
Tentang kakak ipar aku plak dah nampak la perubahan semakin baik dan tak menyibuk hal kami. Pada pendapat semua pembaca, adakah suami aku di kira durhaka atas sebab tak nak jual anak kami? Adakah perlu suami aku mengikut semua kehendak mak mertua yang tak bagi suami kerja elok – elok.
Dia tak bagi suami tunaikan kewajipan dan beli apa – apa untuk saya dan keluarga. Sedangkan suami tak pernah tak bagi mak mertua apa yang dia nak selagi suami mampu suami akan beri dan tunaikan sebab suami aku bukanlah orang yang bergaji besar.
Bagi mak mertua walaupun apa yang ada pada aku, hak atau barang yang aku cari sendiri dan hak pemberian ayah aku kepada aku, tapi mak mertua selalu cakap tu semua hak anak dia jadi dia ada hak. Padahal suami dah terangkan itu semua yang ada pada aku, aku cari sendiri dan juga pemberian dari ayah aku..
Aku tak tahu aku tulis betul tak tapi ini sekadar luahan hati aku je.
Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca.
Banyak yang memberikan nasihat dan kata – kata sokongan kepada penulis. Hal ini bukanlah perkara remeh kerana ia melibatkan nyawa. Semoga masalah bersama ibu mertua dapat diselesaikan secepat mungkin.
Komen Warganet :
Faeizah Binti Ibrahim : Allahuakbar, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati dan lembutkan hati mak mertua adik.
InshaAllah., mudah – mudahan mak mertua adek akan berubah hatinya menjadi seorang yang penyayang. Sekiranya berlaku lagi tolong rep0rt polis ye.
Khairul Azzuwa : Suami sis bukan anak derh4ka pada ibunya walaupun dia enggan jual anaknya. Sebab hak Allah mendahului hak ibu. Menjaga dan menafkahi anak perintah Allah kepada lelaki secara mutlak. Ibunya tak boleh nak bantah hak itu. Itu sebenarnya bukan anak yang derh4ka tapi mak mentua kau yang ceIaka.
Agus Salim : Semoga Allah beri petunjuk pada ibu mertua puan, bagi saya suami puan tak berd0sa pada ibunya walau pun engkar tak menjual anak puan. Sama – sama kita berdoa agar ibu mertua puan dapat petunjuk ke jalan yang benar.
Apa yang penting puan jagalah rumahtangga puan dengan baik hidup aman bahagia. Kalau ada rezeki pindahlah jauh sedikit dari keluarga suami agar kurang dapat gangguan mertua.
Azman Mohd Khalid : Mak mertua kamu giIa tu, elok le kamu ajak suami pindah ke tempat lain dan jangan bagi tau mak mertua giIa tu kat mana supaya dia tak boleh datang.
Dekat suami cakap nak pindah kalau dia tak nak, awak mintak je cerai balik ke rumah bapak. Sepatutnya suami mestii tau mana yang perlu diutamakan dulu.
Zulkafli Mohamed : Derh4ka apanya betul cara suami kau tu, yang tak bergunanya mak mertua kau tu, jahat punya mak mertua. Ada jugak kes macam nih. Macam tak ada beza je jual anak dengan jual kuih.
Suami awak bukan derh4ka kerana mempertahankan hak. Buat baik berpada – pada. Jangan terlalu baik dan benduI sehingga orang lain dengan mudah pijak – pijak kepala kita.