“Aku tak pernah duduk lama kat rumah ibu mertua, aku geli tak boleh terima”Aku tengok ibu mentua siang ikan tak sama macam mak aku siang
.Aku geli nak makan. Air pun masak dalam periuk kena ambil guna cawan.
Kadang2 aku tengok ada minyak2. Aku tak boleh control reaksi tak boleh terima makanan nak muntah tu spontan.
Salam semuaa.. aku bukan lah isteri kepada suami yang mengadu isteri tak nak makan rumah mak dia tu.
Tapi aku sejenis dengan isteri dia. Kebetulan rumah ibu mentua dengan rumah mak aku dekat, hanya dalam 20-30 min jaraknya.
Jadi memang aku selalu duduk rumah mak aku lebih selesa sebab rumah ibu mentua aku ada ipar-ipar lelaki yang bujang.
“Aku tak pernah duduk lama kat rumah ibu mertua, aku geli tak boleh terima”
Agak susah lah nak duduk situ kena pakai tudung setiap kali keluar bilik, yang perempuan pula suka duduk dalam bilik jadi aku macam kayu tak ada kawan nak borak dan sebagainya.
Bab makan pula, ibu mentua aku suka makan ikan tapi aku pula jenis tak makan ikan. Sebab kalau ikan kan ada yang bau ikan so memang aku tak boleh terima. Ikan kalau letak lama dalam peti lagi tak sedap dan bau dia kan lagi lah sangat kuat dan hanyir.
Ikan mak aku siang tak sama dengan keluarga mentua aku siang, jadi aku rasa ikan tu tak basuh. Kalau kat kedai pun aku tak kan ambil ikan sebab tak sama macam mak aku siang, masak. Aku selalu je belikan barang basah untuk masak tapi tak digunakan sebab dah masak awal-awal.
Esoknya tu aku memang dah lari balik rumah mak aku. Air pula ibu mentua aku masak pakai periuk nak minum kena guna gelas ambil, kadang tu aku nampak ada minya-minyak, aku geli tak boleh terima. Bab nasi pula, Rice cooker aku dah belikan tapi mak mentua masih nak guna dapur gas.
Nasi pun masak lembek aku tak boleh terimalah kalau nasi lembek. Kalau bubur tak apa, ini nasi lembek aku tak boleh ya Allah. Jangan cakap kenapa tak masak, bukan tak nak masak tapi family mentua masak lepas subuh makan sampai malam.
Keluarga aku breakfast makan lain, lunch pukuI 10 atau 11 pagi masak untuk makan nasi. Menu lunch guna je untuk dinner tapi ni tak diorang sampai malam benda sama. Aku tak pernah duduk sana dari pagi petang malam sampai pagi esok.
Tak pernah sebab tak boleh duduk situ m4ti kutu jadinya. Waktu siang hari aku duduk rumah mak aku, malam baru aku balik sana. Mak aku sangat memahami aku. Tiap kali nak balik rumah mentua, mak aku akan suruh aku makan depan suami siap-siap, jadi aku ada alasan tak makan sana.
Bukanlah tak pernah makan sana, aku makan tapi aku tengok menu sebab nanti aku tak boleh control reaksi tak boleh terima makanan nak muntah tu spontan. Dari jadi benda bukan-bukan baiklah aku menolak dengan elok.
Nasib suami aku jenis tak kisah sangat bab ni tapi pernah jugak lah dia bersuara kata aku ni boleh kira berapa kali je aku makan nasi rumah mak dia, aku cakap lah kan dah makan atau bila berdua aku cakaplah aku tak suka benda ni tak suka macam tu, dengan harapan dia akan faha lah kalau aku mengelak bila balik rumah dia.
Bila aku cerita masalah aku ni pada kawan aku tiba-tiba dia ketawa, dia cakap jangan risau kita geng. Dia dah kahwin lebih lama dari aku pun tak boleh makan dan duduk lama (semalaman pun tak pernah jugak) rumah mentua tapi kami tak ada masalah dengan mentua. Kalau mak mentua ajak jalan ke apa semua on tapi bab makan dan stay sana sorry cannot go.!
Komen Warganet :
Rose Yatie Radzi : Satu hari kalau Allah nak bagi dug4an hidup susah mati kebulurlah jawapnya. Belajarlah hidup susah ingat roda-roda kehidupan ni tak semestinya ke atas tau. Akan datang Allah bagi dugaan. Jadi jangan tunjuk diri dan keluarga sendiri tu bagus, hebat dan sempurna sangat.
Perbaiki diri terima pasangan dan keluarga pasangan seadanya. Hebat sangat ke beIah keluarga u. Kalau datang rumah mertua jenguk-jenguklah dapur. Tolong masak.. kalau dia dah masak guna dapur gas, u ambil rice cooker masak 2 cawan untuk u dan suami.
Mak mentua dan keluarga belah suami tahu kan u tak suka makan nasi lembik. Kalau bab siang ikan u tolong siang yang macam mak u siang, buat kerja sama-sama, masak, jangan malas jengok dapur pon tak nak.
Belajar terima orang lain seadanya, jangan jadi b0ngkak dan somb0ng. Permaisuri Agong pon tak bongkak macam u lah. Belajar menghorm4ti dan ambil hati daripada keluarga beIah suami u. Jangan nak hubby u je.. family beIah hubby u tolak.
I rasa ipar- ipar duai yang perempuan-perempuan ni menyampah dengan u kot, acah-acah merak kayangan, terlalu bongkak dan sombong.
Nur Najihah : Bertuahnya ada mak mentua, saya tak pernah lagi merasa ada mak mentua sebab kahwin suami dah lama jadi yatim piatu tapi rasanya kalau saya ada mak mentua tentu mak mentua saya seronok dan bahagia stay sama-sama.
Sebab saya ni sejenis suka masak dan tak memilih makan, hidang la apa pun walaupun benda yang saya tak pernah makan pun saya bedal juga janji bersih dan halal dimakan. Bukan nk puji diri tapi bab makan setakat ni belum pernah lagi saya jumpa apa-apa jenis makanan yang saya tak boleh makan.
Pendek kata semua bedallah. Tentu seronok kalau ada mentua lebih-lebih saya berjauhan dengan mak saya. Selain boleh menumpang kasih, boleh belajar masak makanan kesukaan suami sebab dah tentu suami lebih suka masakan mak diakan.
Sama juga kita perempuan pun rasa masakan mak kita yang paling tersedap di dunia walaupun tak sedap mana pun kat tekak orang lain. Jadi bila tinggal sendiri mudah faham citarasa suami. Tiada yang sempurna di dunia ni, jadi bersyukur dan hargailahlah apa yang kau ada sebab ramai orang di luar sana mengidam ada sesuatu yang kau ada (yang mungkin kau tak syukuri).
Adibah Ismuien : Hidup ni sis jangan pandai kompIen je. Saya faham mungkin sis tak pernah hidup susah. Benda senang je. Mesti mak mentua sis terasa taw kalau sis tak makan dekat rumah dia. Nanti 1 hari sis jadi mak mentua tiba-tiba menantu sis tak mau makan dekat rumah sis agak-agak sis terasa tak?
Orang lain tak ada mak mentua tapi sis ada cuba buat mak mentua tu kawan sis. Sis masak la kat umah mentua tu, tak salah pun. Alhmdulillah mak mentua saya setakat ni ok. 8 tahun dah kahwin boleh buat geng walaupun mentua saya orang kampung je. Saya terima suami saya, saya kena terima keluarga dia jugak.
Hanim Sunny : Kalau gelas tu berminyak, cuba ko pulak yang basuh pinggan lepas makan. Letak sunlight lebih sikit, basuh gelas mangkok pinggan sampai berbuih. Lepas tu bilas bersih-bersih. Ini agaknya ko pon makan main letak je kat sinki, tak reti nak tolong basuh..
Aduhaiii.. Ingat suatu waktu ko pon akan dapat menantu, akan tua. Sendiri mau ingat beb. Kalau ko tak makan ikan, sebelum sampai rumah mertua belilah ayam, daging. Kalau ko rasa kedekut, ko masak kat rumah, bawak dah siap, tinggal makan je.
Nurul Hidayah Ahmad Daud : Kalau boleh, masuk kandang kambing mengembek. Memang cara kita dibesarkan berbeza dengan cara mereka. Tapi bila dalam situasi macam ni, better tunjuklah cara yang baik dan hormat la cara mereka walaupun kita rasa tak suka. Esok-esok awak dah tua, dah ada anak menantu, benda tu tiba-tiba terjadi kat awak. Macam mana perasaan awak nanti.
BACA:
Demi gaji RM45 sehari, warga emas ini gigih ulang-alik jalan kaki sejauh 4km undang sebak netizen