Actually saya tak pandai nak karang ayat. So memang saya straight forward je la ye.
Nak mintak pendapat dan nasihat, adakah saya atau suami perlu berubah dalam masalah kami ini.
Saya membesar dengan ibu tunggal. So memang dari kecil saya pandai mencari duit sendiri.
Kerja tolong orang di pasar malam, tolong ibu sebagai petani, dan macam macam lagi saya buat untuk menjana pendapatan.
Hasil dari kerja keras, saya dapat peluang ke Universiti hingga degree. Seterusnya saya menyambung master dan PHD hasil dari biasiswa yang saya perolehi.
Setelah habis belajar, biasalah mula orang bertanya bila nak kawin bagai. Ibu tak kisah sebenarnya kerana baginya selagi saya tidak bersedia, saya tak perlu kawin.
Lagipun pekerjaan semasa itu terlalu busy dan memerlukan saya keluar negara selalu.
Ibu pesan, jangan behenti kerja kerana jika terjadi apa apa dikemudian hari, saya ada pendapatan saya sendiri.
Menghampiri 34 tahun, saya masih single sehinggalah ada seorang lelaki iaitu suami saya sekarang datang meminang.
Dia seorang pembantu perubatan di klinik kerajaan berdekatan dengan tempat kerja saya.
Bila tengok dia tidak putus asa mengejar, saya meletak syarat sekiranya berkahwin dengan saya, saya sentiasa sibuk, tidak sesekali saya berhenti kerja dan dia perlu faham sebelum berkahwin.
Biasalah lelaki mula mula nak dapat, janji macam macam.
Setelah setahun kahwin, dia mula berbunyi yang saya ni tak romantik, jarang masak, tak betah duduk dirumah.
Memang saya jenis straight forward, saya tak pandai nak bermadah. Tapi saya melayan dia dengan baik. Tidak pernah meninggi suara.
Cuma masa saya agak limit. Tapi itu dia tahu dari dulu lagi. Dan dia sanggup berkahwin dengan saya.
Ramai menasihati saya, mereka melihat berkahwin dengan saya akan memudahkan hidup dia, rumah kereta semua ada. Dia cuci kaki sahaja.
Saya memang dari mula kawin tidak pernah mintak duit. Mungkin sifat saya tak suka meminta. Jika dia fikir tanggungjawab dia, dia akan beri.
So bagi dia, ini peluang keemasan untuknya mencari isteri baru.
Selepas saya tahu mengenai bakal madu saya ini, entah kenapa perasaan saya relax je.
Bukan tak sayang suami, tetapi bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaganya.
Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi sebab ada orang sudi jaganya. So saya benarkan je dia kawin.
Anak saya dua orang, mereka terkejut sebab saya langsung tak memarahi suami atau merajuk.
Allah berikan kekuatan hati saya ini dari ibu.
Melihat ibu didera oleh ayah sejak kecil hinggalah bercerrai, saya sudah biasa disakiti.
Demi Allah saya ikhlas. Cuma saya pesan pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain dan saya serahkan kepadanya untuk menentukan jadual balik rumah saya.
Saya jugak meletak syarat untuk membenarkan saya dan anak anak kemana sahaja. Dan dia bersetuju.
Anak anak merajuk dan saya pujuk supaya fikir positif dan mungkin seronok bila ada dua ibu.
Bermulalah saya hidup bermadu. Saya teruskan kerja saya seperti biasa.
Anak anak memang dari dulu lagi saya ajar berdikari. Bila cuti sekolah saya membawa mereka bersama ke outstation atau holiday.
Suami mulanya ok, tapi at last bersuara. Dia mengatakan saya seperti tiada suami, enjoy bersama anak anak.
Saya mengatakan padanya, saya pergi bekerja. Saya pernah usulkan adakah dia ingin menjaga anak anak sewaktu saya berada diluar negara?
Tetapi madu enggan. Ibu mentua jugak canang keseluruh kampung yang saya ini isteri dan menantu tak baik. Jarang balik kampung dan tengok suami.
Saya mengatakan padanya, mak dah ada menantu baru, suri rumah lagi.. panggillah dia balik selalu.
Lagipun saya bukan kisah apa orang cakap. Jenis hati besi mungkin sebab itu suami agak meroyan
Dia mula cemburu dengan kejayaan saya. Madu asyik desak dia untuk bercuti seperti saya.
Actually pada awal p0ligami lagi dia tidak memberi nafkah dekat saya.
Saya tak tahu lah hati saya ni hati manusia or alien, sedikit pun saya tak rasa hati. Sebab saya mampu untuk beli apa saja.
Anak anak jugak mengatakan lebih suka hidup begini dari dahulu.
Suami sekarang asyik menganggu saya dengan tohmahan dan cemburu. Ada saja ayatnya untuk naikkan kemarahan saya.
Tetapi maaflah suami, hati saya sudah kering untuk awak.
Mungkin betul cakap ibu, saya tidak bersedia berkahwin sebab itu hati saya tidak kisah dan tiada prasangka buruk.
Bagi saya, saya boleh hidup je dalam p0ligami ni. Tapi nampaknya yang meroyan tu suami saya. Sikit sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya.
Tetapi bagi saya itu tanggungjawabnya. Dia perlu mencari sendiri. Sedangkan sesen pun saya tidak minta darinya.
Sahabat sekalian, perlukah saya berubah untuk menjadi lebih sensitif?
Saya tidak pandai naik angin. Anak anak pun tak pernah lagi melihat saya melenting.
Atau lebih baik saya hidup sendiri sahaja supaya sifat cemburu suami dan madu saya itu akan hilang? Pening jugak sebenarnya.
Apalagi yang lelaki ini mahu? Dah diberi keizinan berkahwin lagi, tidak mintak nafkah, tidak pernah tinggikan suara.
Saya tidak tahu apalagi yang dia nak. Mungkin para netizen boleh nasihatkan saya..
Terima kasih.
Reaksi Warganet
Jamilah Jaafar –
Aku rasa kau ni bukan manusia tapi malaikat.
Ada ke pompuan macam kau yang tak rasa apa apa, tak minta apa apa dan selamba badak macam ni. Kelaslah..
Kesimpulan aku malaikat mana boleh kawin dengan setan sebab tu dia menggelupur panas.
Jessnor Eina Jat –
Bila ada suami… Ada satu tajuk bab redha suami…
Kalau dia tak redha.. kita berdosa.
Buat apa nak berdosa banyak banyak kalau dah bahagia hidup sendiri dengan anak anak? Cari lawyer je, settle.
Nak pergi mana bercuti tak perlu minta izin, tak perlu jaga hati. Tak perlu update sesiapa keberadaan kita. Tak perlu kena tuduh tak taat.
Bahagia pun pilihan. Suami pilih untuk complicated kan keadaan.
Itu pilihan dia. Kita buat pilihan kita.
Nor Fauziah AR –
Jenis laki toksik. Dia nak senang dia je. Mula dulu kahwin mungkin feeling nak hidup senang sebab serba ada.
Lepas tu nak bibik free layan dia saja pulak.. Cekadak betoi.
Kak, u mampu lantik peguam. Lantik peguam.. Bab tak bagi nafkah pun sebenarnya dah isu besar. Boleh dah pergi dari hidup dia.. Bior dia rasa.
Dia, mak dia, madu kak nak kata apa lantak kan saja. Buat fitnah sendiri la tanggung.. Kak dengan anak anak berhak bahagia.
Aisya Batrisya –
Pulangkan balik suami tu pada mak dan madu TT. Macam dah takde function dah suami tu. Suami atas kertas je.
Anyway tahniah TT sebab sangat tenang menghadapi dugaan. Anda berhak bahagia TT.
Selalu baca kisah kisah kena buli dengan mak mertua, suami dan madu kan. Kisah TT memang sangat inspired sebab tahu macam mana cara menyayangi diri sendiri dan anak anak dulu.
Suami tu last sekali. Kalau dia dah tak sayang kita lepaskan je.
Hidup pun lebih bahagia sebab tak payah fikir kerenah orang orang yang toxid ni.
Syikin Ilyas –
Lifestyle sibuk macam sis ni memang sesuai berp0ligami. Lagi bila jenis hati kering.
Yang tak sesuai berp0ligami tu laki sis. Selagi sis tak sara dia dan bini baru, selagi sis pun takde rasa nak berlaki baru, teruskan je la dalam p0ligami.
At least dengan title isteri orang tu jauh dari fitnah bila kita berurusan dengan lelaki, mudah urusan anak anak, orang tak sibuk tanya or matchkan dengan sesiapa.
Pandapat saya la
Dila Latif –
sebenarnya tuan tanah ni berjaya tepis segala toxic people disebabkan hati kering dan sifat terus terangnya.
Cuma dia belum berjaya lepas dari toxic relationship ja. Dari penceritaan pun tunjukkan dia tak kisah pun.
Takde pulak nak makan hati ke meroyan ke dengan laki dia tapi cerita sebaliknya laki dia yang meroyan. Cerita ni berbeza dengan luahan isteri isteri yag makan hati.
Kepada tuan tanah, u go girl. Sebenarnya dah cukup bahgia. Jangan rosakkan kebahagiaan itu.
Tinggal cikit ja lagi. Buang laki tak guna then u will flying with colors.
BACA: Kaum sama, tak sangka rupanya tak sama, ini beza Siam Kedah dengan Kelantan