“Aku tahu suami tak mampu bela 2 isteri, masa tu aku sedar apa jalan yang aku perlu ambil”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum. Hai semua, its me again, Matahari. Lama tak confess di sini selepas kali terakhir aku share tentang kisah kemurungan disebabkan krisis aku dan suami.

Okay, mula – mula sekali, selepas 13 tahun usia perkahwinan, bulan lepas aku dah disahkan bercerai dengan ex-suami.

Ceritanya bermula pada bulan 10/2023… Penyondol contact aku dan bagitahu dorang dah kahwin di Thailand sejak 2021.

Aku percaya dan tak berapa percaya, tapi aku ikutkan je rentak dorang berdua. Masuk bulan puasa, kemurungan aku trigger balik, dan tahun 2024 kali pertama aku beraya tanpa suami.

Rupanya dorang tak pernah kahwin pun selama ni, baru je kahwin bulan 2 hari tu. Semua ni kantoi depan hakim mahkamah syariah.

"Aku tahu suami tak mampu bela 2 isteri, masa tu aku sedar apa jalan yang aku perlu ambil"

Dari 1 syawal hingga 7 syawal, aku tak jumpa, tak beraya dengan suami. Madu seronok dok update gambar beraya sakan dengan suami.

Habis semua di facebook dan status Whatsapp suami dia update gambar raya dorang. Takdir Allah, mak mertua meninggaI tiba – tiba. Jadi itulah kali pertama aku jumpa madu aku. Aku hulur tangan bersalam dan tegur sepatah dua.

Masa tu aku tak tunjuk apa – apa emosi.. Cuma aku tayang muka selamba je. Suami buat keputusan nak bagi perempuan tu duduk di rumah mertua sampaila habis kenduri arw4h 3 hari. So aku diamkan. Sepatah aku tak komplen apa walaupun rumah mertua tu adalah rumah sama yang aku duduk sejak kahwin 13 tahun lepas.

Masuk hari ke 4.. dia masih belum balik ke rumah dia. Masa tu aku bagitahu suami, kalau perempuan masih tak balik, aku akan pergi tinggalkan rumah tu. Petang tu perempuan tu balik rumah dia dan update lagi tiktok mengata aku.

Petangnya, suami cakap dia memang plan nak aku duduk serumah bersama bini muda dia, di rumah baru yang dia bina belakang rumah mertua. Rumah pun memang dah siap, tunggu masa nak duduk sahaja. Aku tak tahu apa ada dalam kepala otak dia masa tu.

Aku tahu dia tak mampu nak sara 2 isteri. Tapi aku rasa apa yang dia cakap terlalu melampau dan memang aku tak boleh terima. Dan masa tu jugak aku baru sedar, okay that’s it. Aku dah nampak apa jalan yang aku perlu ambil.

Dalam tempoh 6 bulan tu aku dok bersabar dengan apa yang suami dan madu aku buat. Dari bulan 10/2023 hingga bulan 2/2024 dalam tempoh dorang belum kahwin tapi berlagak macam dah kahwin. Dan selepas kahwin bulan 2 sehingga masuk bulan 5.

Provok aku macam – macam.. Dok update segala gambar, segala video di akaun tiktok dia. So aku terus bagitahu suami yang aku nak bercerai. Esoknya, aku terus pergi jumpa kawan lawyer syariah dan lusa aku terus pergi hantar borang cerai ke mahkamah.

2 minggu selepas tu dapat tarikh pertama, depan hakim bekas suami aku mengaku dia baru je 2 bulan kahwin tanpa kebenaran aku, tipu aku dengan borang poligami yang mungkin dia sign sendiri. Walaupun masa tu mahkamah panggil aku selaku bini tua, aku tak pergi sebab dia cakap nak daftar perkahwinan je dan nak kurangkan denda, hakik4tnya aku ditipu hidup – hidup. Tapi takpe, benda tak pelik.

Hari tu bila depan hakim dia cakap dia taknak ceraikan aku, bukan sebab masih sayang aku, tapi sebab dia malu kalau bercerai. Aku cuma diam tak bagi apa – apa respon. Cuma bila abang aku bising kenapa dia taknak ceraikan aku, barulah dia meng4muk dan cakap dia akan ceraikan aku kali kedua kat mahkamah nanti untuk jumpa jawatankuasa pendamai.

Dengan syarat jangan tuntut apa – apa. Ok fine, aku setuju asalkan dapat bercerai. Dalam tempoh menunggu tarikh, walaupun bekas suami marah – marah mengutuk family, aku sabar je. Sebab aku taknak urusan perceraian ni tak berjaya. So aku cuma sabar selagi aku boleh sabar.

Secara ringkasnya, bila aku dah buat keputusan untuk bercerai, syukur Allah macam bagi aku seribu kekuatan untuk mengharungi tempoh sukar ni. Aku dah takde perasaan sedih, marah, kecewa. Tak rasa apa – apa pun. Aku pun nak bercerai malas nak tuntut apa – apa harta sepencarian.

Walaupun bini muda dia excited nak masuk rumah baru, aku takde niat nak ani4yakan orang. Walaupun banyak hutang yang ex suami aku belum bayar, aku takde niat nak tuntut apa – apa. Sebab bagi aku, berjaya keluar dari perceraian ni, dah seribu rahmat untuk aku.

Aku diamkan diri, supaya bekas suami dapat ceraikan aku elok – elok. Tapi dalam masa yang sama aku pun bersedia jika aku perlu untuk fasakh. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Bila hakim tanya kenapa aku nak bercerai, tak tergamak aku nak ceritakan 100 peratus semua perbuatan keji suami pada aku.

Segala pengh1naan, pengabaian, pend3raan emosi yang aku tanggung selama 13 tahun ni. Segala kes4kitan yang aku rasa selama ni seolah – olah Allah angkat semuanya dari bahu aku. Dalam tempoh aku angkut barang untuk berpindah, bekas suami layan aku macam aku ni pesalah besar, anggap macam aku orang asing walaupun kami masih sah suami isteri.

Bagi dia mungkin aku salah sebab berkeras nak bercerai dengan dia. Dan sekarang, sebulan lebih selepas bercerai, aku anggap bekas suami aku tu tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku teruskan hidup, fokus pada kerja dan mak ayah.

Dah tak ada perasaan s4kit, sengsara dan segala yang aku rasa dulu. Hari terakhir masa pindah angkat barang, tulah agaknya kali terakhir aku menangis betul – betul. Sedih terp4ksa tinggalkan rumah mertua yang aku duduk berbelas tahun.

Walaupun rumah mertua jauh dari sempurna, aku tetaplah anggap itu rumah aku, yang aku lagi selesa dari rumah mak ayah sendiri. Sekelip mata, aku hilang suami dan rumahtangga aku kerana nafsu 2 orang manusia. Dah sehingga sekarang, masih ada post dari bekas madu aku dalam tiktok.

Yang mengh1na aku sebagai janda dan tak berpuas hati kerana dalam facebook aku masih ada video dan gambar dengan bekas suami yang masih belum aku delete. Mengata aku laparkan laki dia, dan yang paling kelakar, dia lupa kot yang dulunya dia yang dok update segala macam gambar dan video dengan suami orang dengan status penyondol.

Sedangkan video dan beberapa keping gambar lama yang masih ada.. Aku pun dah lupa atas kesibukan kerja, takde niat sekuman pun nak simpan kenangan dengan bekas suami. Apa – apa jelah. Aku doakan semoga bekas suami dan bekas madu aku berbahagia atas segala yang dorang buat pada aku.

Now, alhamdulillah aku happy dengan dunia aku, jadi single balik dan semoga dijauhkan aku dari lelaki yang macam spesis bekas suami aku. Dan juga semoga dijauhkan diri aku dari menjadi peny0ndol dan merosakkan rumahtangga orang lain.

Fasa sedih, kecewa, tertekan tu semua dah berlalu. Walau parutnya masih ada, tapi parut ni nanti pun akan pudar juga dimakan waktu. Aku selalu berdoa pada Allah supaya hilangkan semua perasaan benci dan marah pada bekas suami dan bekas madu.. Kerana aku tak nak selamanya hidup dalam kemarahan dan kebencian.

Aura negatif yang datang dari situ sangatla tidak membantu untuk aku move on. So aku decide untuk belajar supaya redha dengan semua yang dah berlaku. So nasihat aku pada wanita lain di luar sana, jangan jadi b0doh macam aku ya.

Bertahan selama 13 tahun dalam perkahwinan t0ksik dengan per4ngai keji suami yang tak pernah berubah. Jalan aku mungkin mudah sebab takde anak yang perlu aku fikirkan, tapi kesan dari bertahan dalam perkahwinan ini, it’s eating me from inside.

Sorry ya kalau korang rasa confession ni terlalu panjang. Ni pun secara ringkas je aku ceritakan. Kalau secara detail mau jadi sebuah novel ni. Hahaha… Thanks korang sebab sudi membaca. Byeee. Sampai jumpa lagi. – Matahari (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Semoga jadi pengajaran kat wanita lain, kalau dalam perkahwinan t0ksik yang tak nampak akan berubah, cepat – cepat tuntut fasakh, jangan bila ada wanita lain baru nak berpisah macam typical story sebegini.

Zulaikha Nazri : I wonder kenapa orang yang mengambil hak orang ni dia yang terlebih insecure? Let say la kau dah menang sebab dah dapat jans tu kan, tapi kenapa dok rasa insecure lagi eh?

Adakah sebab kau sendiri sedar dan rasa yang kau takkan dapat menandingi ex laki kau kan? Tahniah tt sebab buat good decision. Jangan tengok depa dah ok?

SN ZA : Assalamualaikum sis.. boleh tak saya nak ucap alhamdulillah sebab sis takde anak benih jantan taguna tu?.. huhu.. kami semua doakan sis berjumpa jodoh yang lebih baik insyaAllah.

Saya yakin kalau tak di dunia, di akhirat Allah swt ada ganjaran bahagia untuk sis. Percayalah cakap saya.. ex madu tu tak bahagia walau dah dapat jantan keparat itu sebab tu dia masih meroyan kan sis.. yihhh.. amik lah kau jantan tak guna itu.

BACA: “Ayah aku tukar pintu, dorang pun nak tukar, ayah pasang aircond, dorang pun pasang juga, satu hari jiran ceroboh rumah, nak spotcheck”