“Aku sampai terfikir nak pinjam along sebab gaji tak cukup, suami selamba goyang kaki kat rumah”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bukan senang nak dapat pasangan yang memahami, kadang-suami baik tapi isteri buat perangai ada masa perkara sebaliknya pula berlaku.

Bila sudah berkahwin ini, prnting sangat untuk faham dan berkomunikasi antara suami dan isteri malah perlu tahu bila masa untuk membantu.

Buat wanita ini, dia buntu akan sikap lepas tangan suami yang memilih untuk tidak bekerja walaupun selepas pandemik sudah tamat.

Saya dah rungsing mana nak cari pendapatan lebih, walaupun sudah bekerja tetap tapi keperluan harian saya tidak mencukupi.

Sebab suami dah berapa tahun tidak bekerja. Sejak di berhentikan kerja sebab covid, sampai la ni tak bekerja.

“Aku sampai terfikir nak pinjam along sebab gaji tak cukup, suami selamba goyang kaki kat rumah”

Di bawah adalah luahan tersebut.

Penat sudah bergaduh berhari-hari.

Penat dengan segala-galanya. Tapi banyak kali pergi cari kerja, satu pun tiada panggilan dapat kerja. Tertekan dah.

Urusan pembayaran rumah, kereta, pengasuh, duit sekolah, makan minum keluarga semua saya tanggung seorang dengan gaji yang tak seberapa. Habis macam tu sahaja.

Hampir pinjam Along

Sikit simpanan pon tak dapat. Sampaikan tahap nak pinjam along (ceti haram). Tapi saya sendiri tak berani. Tak nak apa-apa jadi pada anak-anak saya.

Nak bekerja separuh masa pula susah untuk saya. Sebab saya ada anak berumur lima bulan. Saya memerlukan kerja secara atas talian. Untuk tampung keperluan anak-anak saya.

Lampin bayi, susu bukan murah, Tuhan sahaja yang tahu. Sudah tiada rasa hati untuk memaksa suami lagi.

Kalau dia rasa kesian pada saya, dari dulu lagi dia sudah bekerja. Saya tertekan tapi apa kan daya, anak-anak masih bergantung dengan saya.

Nak tak nak terpaksalah tabah diri dan berdoa agar suami cepat dapat pekerjaan dan mudahkan urusan rumah tangga kami berdua.

Baca juga: