“Aku pun start suka lelaki zaman asrama MRSM, dari kena paksa sampai jadi suka, siap cikgu pun ada yang gay”.
Drama Projek High Council trending setiap minggu sejak mula ditayangkan apatah lagi ia dikatakan diambil daripada kisah sebenar sebuah sekolah berasrama penuh popular.
Ramai berpendapat kes buli dipaparkan di dalam siri itu memang relatable malah ada yang mendedahkan bahawa sexual assault juga turut berlaku di kebanyakan sekolah.
Babak seorang pelajar yang menerima serangan seksual daripada senior menerusi drama itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.
Warganet membicarakan tentang tentang budaya ragging dan seniority di kebanyakan sekolah lelaki tidak kiralah asrama penuh atau asrama biasa.
Menerusi thread Twitter itu, ramai yang membuka cerita dan pengalaman mereka diserang secara seksual oleh pelajar senior mereka di asrama.
Rata-ratanya masih trauma sehingga kini dan ada yang turut mengakui mereka merahsiakan perkara tersebut daripada ibu bapa sehingga ke hari ini.
Malah, lelaki yang memuat naik video itu juga pernah berkongsi tentang pengalamannya dirogol oleh pelajar lelaki senior di asrama sewaktu berusia 15 tahun dahulu.
This part here broke my heart 💔
Kalau kita betul-betul dig in, asrama lelaki terutamanya adalah lubuk s3xual ass4ult. Tak kiralah asrama SBP atau asrama biasa, semua sama. And aku dulu mrsm. Sama je.
To those who experienced this, may there be light at the end of our tunnel pic.twitter.com/Cq0AoR7gRt
— Daniél (@danielhvqeem) February 19, 2023
Cerita ini secara tidak langsung membuka mata ramai orang dan sedar bahawa kes serangan seksual bukan hanya berlaku kepada perempuan tetapi juga lelaki.
BACA:
Suami beristeri tiga tapi tidak bekerja, macam mana dia buat? rupa-rupanya ini sumber pendapatannya