Aku pernah jumpa ‘baju kecik’ adik dalam lori suami, menggigil bila dapat tahu hal sebenar..”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Siapa yang mahukan perkahwinan yang diakhiri dengan penceraian? Tanyalah sesiapa pun di dunia ini pasti sebolehnya mahu mengelak perkara itu berlaku.

Itu yang berlaku pada wanita ini yang diceraikan setelah melahirkan lima orang anak untuk suaminya.

Puncanya kerana mempunyai hubungan sulit bersama adik kandungnya sendiri. Ya darah dagingnya.

Sebelum ni adiklah tempat saya mengadu, tempat saya meminta bantuan, tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati saya.

Suami datang jumpa saya ketika anak sakit di hospitaI, menyatakan hasrat untuk menceraikan saya kerana terlalu menyayangi adik saya sendiri.

Aku pernah jumpa ‘baju kecik’ adik dalam lori suami, menggigil bila dapat tahu hal sebenar..”

salam min, tolong hide profile saya ye. Ni saya pinjam akaun kawan. Rebahnya hati seorang isteri, bila saya dapat tahu suami saya curang. Bukan curang dengan orang lain tapi dengan adik kandung saya sendiri.

Mereka dah menjalinkan hubungan selama lebih dari 3 bulan tapi dah bermacam-macam yang mereka lakukan termasuklah tidur bersama. Suami saya bekerja sebagai pemandu lori trailer, dalam seminggu, hanya 2 atau 3 kali je dapat jenguk saya dan anak-anak.

Dia jarang balik rumah malah tak pernah tidur dengan saya. Allah je tau perasaan saya sekarang ni. Sebelum ni adik lah tempat saya mengadu, tempat saya meminta bantuan, tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati saya.

Pada awal bulan hari tu, suami saya telah dibuang kerja. Jadi suami buat keputusan untuk tinggal di kampung bawa anak-anak memandangkan saya masih berniaga di pasaraya. Saya pun setuju dan tak sangka itu rupanya helah mereka.

Membuat maksiat depan anak-anak di kampung, rumah ibu saya. Semua terbongkar apabila anak ke-5 saya sakit masuk ke hospital. Sepanjang dalam ward suami saya tak ada pon bertanya tentang apa-apa perkembangan malah marah-marah saya bila saya minta tolong suami datang melawat.

Dia seolah tak nak langsung jenguk kami. Dengan keadaan saya yang letih berjaga siang malam sebab anak tak sihat, suami datang jumpa saya menyatakan hasrat untuk menceraikan saya kerana terlalu menyayangi adik saya sendiri.

Suami saya juga telah mengaku dan jujur di hadapan saya tentang ketelanjuran dia bersama adik saya. Saya seolah macam separuh sedar, masih mengharap itu semua mimpi. Bertalu-talu soalan saya ajukan, menggigil tubuh badan.

Adik saya menafikan tapi Allah maha mengasihani, Allah tunjukkan satu persatu bukti dengan gambar, baju kecil yang tertinggal di lori, dengan mesej-mesej dan saksi-saksi yang ada. Saya menangis sampai dah tak ada airmata.

Hari ini saya kuatkan diri pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Suami pun setuju untuk lepaskan saya sebab dia akui memang terlalu sayang pada adik saya. Keluarga saya tak percaya malah menuduh saya mereka cerita. Walhal semua bukti dan pengakuan dari suami sendiri sudah jelas.

Saya mohon doa dari kalian. Doakan saya tabah dengan ujian Allah. Buat adik saya, walau apa pun yang terjadi, kau tetap darah daging ku. Aku maafkan apa yang berlaku. Terima kasih kerana buat aku bertukar status.

Baca juga: “Suami punya marah dia terus maki aku bodoh depan mak dia, aku bengang aku print borang cerai letak atas meja”