Ini kali pertama saya menulis di sini sebab rasanya dah tak tahan dengan “anak bapak”.
Saya isteri kepada suami lewat 30an. Ceritanya suami bekerja makan gaji seperti orang lain.
Manakala saya hanyalah suri rumah kepada 4 orang cahaya mata.
Saya berhempas pulas menjaga anak anak memandangkan saya seorang ibu.
Kiranya hujung minggu sahaja suami cuti dan saya boleh berehat dari tugas tugas dirumah..
Kerja rumah tak pernah habis tetapi saya tak pernah merungut. Hanya yakin suami akan membantu saya jika tidak larat menguruskan anak anak..
Okey nampak biasa disitu seperti kehidupan orang biasa yang lain kan.
Tetapi, suami saya mempunyai sikap gemar melepak. Tidak kira 5 waktu pun dia tetap akan melepak. Masa PKP kuranglah sikit. Lepas fasa 2 ni.. Dia makin menjadi jadi…
Tapi dia suka melepak di rumah ayahnya. Hampir setiap hari dia akan balik ke sana. Saya yang menunggu dari jam 5 tetap berharap dia pulang awal tetapi tidak.
Dia akan memberi alasan untuk kesana. Walhal tiada hal yang penting pun.
Saya tertanya tanya suami saya anak bapak ke. Sebab setiap hari hujung minggu pun berkeadaan yang sama.
Ya, berziarah melihat ibu bapa tidak apa. Tetapi setiap hari, setiap minggu dia akan ajak anak beranak ke sana.
Saya perlukan rehat, ada jugak nak berjalan jalan teringin macam orang lain. Dunia saya hanyalah anak anak dan rumah.
Setiap hujung minggu akan kesana. Saya kurang selesa dirumah ayah walaupun saya seorang menantu.
Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa suami untuk menjaga anak saya yang selang setahun ini. Mereka tengah dalam fasa lasak.
Risau juga saya dilabel tidak pandai menjaga anak dan membiarkan mereka tanpa pengawasan.
Saya hanya seorang ibu, tidak mampu menguruskan 4 orang sekali gus. Sebab itu saya rasa selesa berada dirumah.
Tetapi suami tidak memahami seolah olah mengelak dari memberi perhatian anak anaknya. Lebih suka berada diluar, atau pulang ke rumah ayahnya..
Saya pernah lihat walletnya hanya ada gambar ayahnya sahaja.
Gambar anak anak dan saya tidak pernah simpan dalam wallet. Sedangkan saya, gambar suami dan anak anak dalam wallet tetap ada.
Anehnya, sedangkan saya menyimpan dengan bangga ada gambar suami dan anak anak. Sedangkan dia tiada apa apa.
Saya lihat cuma sekeping gambar ayah nya sahaja. Terbit rasa cemburu, tetapi saya diam sahaja. Anggap perkara itu biasa.
Dari fasa dalam perut, melahirkan, malah dalam pantang tidak sekali dia uruskan anak anak. Malah tolong mengasuh sekejap masa saya ke pasar pun dia tidak mampu.
Ketika pulang, hanya tangisan yang kedengaran. Tak pernah dia cuba memujuk, malah dibiarkan anak itu menangis dengan alasan anak tidak selesa dengan dia.
Ya Allah, kenapalah suami saya bersikap begini.
Mengemas, memasak, membasuh segala tidak pernah suami lakukan. Semua atas bahu saya, saya hanya meminta tolong mengasuh anak anak sahaja sebab saya tidak sempat untuk lakukan semua.
Itupun dia tidak mampu tolong. Sekadar berbasi bagi anak menonton gadjet atau biarkan main seorang diri.
Sudah banyak kali saya bercakap pasal tanggungjawab seorang suami.
Tetapi tetap tidak berubah.. Tolong la bagi saya kata kata semangat.
Kadang saya pun lemah perlu bantuan tetapi apakan daya.. Tetap saya juga yang menguruskan semua sendiri.
Reaksi Warganet
Neuro Shewazni –
Puan pernah naik hantu tak? Saya akan naik hantu kalau macam ni. Huhuhuhu. Pastu saya akan saiko ayat,
“apa yang abang buat dekat anak pada hari ini, akan berbalik bila kita tua. Tau tak? Ayah abang jaga abang elok sebab tu abang sayang dekat ayah.
Masalah sekarang, abang lupa pada anak. Tunggu laa dah besar nanti, anak akan lupakan abang.. Ingat, mulut bini ni masin..”
Awal awal dulu aku guna ayat ni. Now suami aku dah ok jaga anak. Dah berubah. Lagipun aku akan naik hantu kalau banyak kali minta tapi tak buat.
Dulu laaa.. now dah 7 tahun macam faham dah kot..
Bab mulut masin tu, biasa kalau aku nasihat tak ikut, memang akan jadi macam apa yang aku cakap. Kikikiki. Tu laki kadang risau hahahaha
Effah Rizan –
Ambil lesen. Belajar pandu kereta. Bila bila boring ngadap kerja rumah bawa anak anak jalan jalan.
Tak perlu bawa ke mall. Bawalah mana mana yang mudah TT nak pantau anak anak..
Release tension penting sebagai surirumah. Ni asyik suami jer nak rehat. Bila suami ajak anak anak pergi rumah atok dan nenek, TT lepaskan sesekali takpe.
Biar mil fil tengok macam mana anaknya handle anak anak sendiri tanpa TT. Biar suami rasa handle anak anak sendiri dekat rumah atok nenek dia…
Aisya Reza –
Ni bukan anak bapak, tapi malas. Saya dulu pun pernah balik rumah mentua setiap minggu sejak bapa mentua kena stroke.
Pada hal rumah kami 2 jam perjalanan. Adik beradik lain yang dekat pun sebulan sekali baru nampak batang hidung.
Bila bapak meninggal, kami kurangkan sikit balik tu. Kadang kadang saya stress tapi suami selalu ingatkan, nanti adalah hikmahnya yang kita tak tahu.
Elok lepas bapak meninggal, suami dapat naik pangkat. Dari gred 41 ke 48 terus tanpa melalui gred 44.
Pelik kannnn. Itulah rezeki. Dan macam macam lagilah yang saya sendiri pun tak sangka,
Jadinya puan, bersabar dan berdoa. Bincang elok elok dengan suami. Moga ada jalan penyelesaian
Habsah Hashim –
Anak ada 4 . Bila suami ke sana, suruh suami bawa 2 anak. Siapkan sekali baju, pampers (mana yang pakai pampers), bawa mainan jika ada yang suka main mainan dan bekalkan makanan ringan.
Sebelum pergi, pastikan anak dah makan. Jika belum, minta suami sediakan. Dan lagi 2 anak, puan jaga di rumah .
Saya anak baru satu. Bulan 11 ni, genap 3 tahun. Bila suami nak ke sana dan keadaan saya tidak mengizinkan (contoh seperti penat, stress, burn out, nak bersendirian, tidak sihat), saya minta suami bawa anak sekali.
Saya akan bekalkan makanan, mainan, pampers, baju spare. Jikalau makanan tidak sempat, ingatkan suami untuk beli makanan di sana untuk anak. Ni cara saya .
Nur Hela –
Silap awak jugak. Beranak selang setahun. Jadi awak kurang rehat. Tapi nak salahkan lebih lebih pun benda dah jadi.
Cadangan saya sekarang, awak pergi kemas perkakas rumah awak semaksima mungkin. Simpan benda benda yang tajam, halus halus, kalau boleh biar ada tikar dan mainan budak je depan tu. Pasu ke speaker ke tak payah.
Saya nak, lepas ni awak minima kan chores awak. Kain baju tak payah lipat. Just asingkan guna bakul. Beli 6 bakul.
Kalau suami komplen kenapa tak lipat awak boleh humban dia masuk dalam bakul tu sekali.
MINIMAKAN CHORES ! Pergi rumah orang, awak tak payah jaga anak anak. Biar je diorang nak melasak. Awak duduk je main hp k.
So laki ko yang mangkuk tu paham bahasa lah lepas ni tak payah pergi rumah orang dah.
BACA:Krew restoran terkenal bancuh air oren dalam baldi mop undang kemarahan netizen