“Aku mesej abang kepada bakal madu untuk pinang dia buat suami, sekali jawapan dia buat aku terkedu…”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Banyak sebenarnya kisah kahwin dua ini, bukan hanya terjadi dalam drama tapi di kehidupan sebenar juga pelbagai kisah.

Seorang wanita mengimbau kenangan lucu antara dia dan suaminya yang berniat nak kahwin dua tapi ditinggal kekasih.

Saya teringat kisah saya 11 tahun lepas. Cerita kahwin dua tapi ada plot twist di akhir cerita.

Saya adalah seorang isteri yang bekerja dari sebelum kahwin lagi dan saya memang jenis kerja kuat dan selalu buat kerja lebih masa.

Bila dah bertunang dengan teman lelaki (kini suami), lagilah saya kerja kuat sebab nak kumpul duit untuk beli barang rumah.

“Aku mesej abang kepada bakal madu untuk pinang dia buat suami, sekali jawapan dia buat aku terkedu…”

Rupanya masa saya bekerja siang malam tu, suami (boyfriend lagi masa tu), bercinta dengan budak pejabat dia. Alasan dia ada teman wanita lain kerana dua sebab.

Satu sebab saya sibuk bekerja, malam-malam tak ada bercakap lama-lama, sekadar tanya khabar je.

Alasan kedua, dia bosan dengan saya sebab saya budak nerd. Tak reti nak sembang pasal perniagaan ni.

Untuk pengetahuan semua, saya tahu pasal dia ada teman wanita lain masa tiga hari nak nikah.

Tetiba dia kata tak nak balik kampung. Dia tertekan dan kemudian barulah dia cerita yang dia ada teman wanita lain.

Saya tak fikir panjang. Saya pujuk dia kata nanti saya bagi kahwin lagi satu, barulah dia nak balik kampung.

Sehari sebelum akad nikah, baru saya terfikir apa yang saya cakap tu. Saya minta batalkan nikah, tapi dia bawak satu keluarga pujuk saya untuk teruskan nikah.

Memandangkan saya kesian akan kedua-dua keluarga, saya setuju untuk teruskan.

Saya tak nak kedua belah keluarga malu dengan orang sekeliling bila batalkan kahwin sebelum majlis.

Teman wanita dia pun masa tu undur diri selepas kami berkahwin. Lepas dua tahun berlalu, saya pun mengandung anak pertama.

Tiba-tiba, teman wanita dia datang cari dia balik. Rindulah, tak boleh lupalah. Suami pun apa lagi mulalah angau balik. Tak lalu makan, tak lena tido.

Satu hari dia kata nak kahwin lagi satu dengan teman wanita sebab rasa bersalah kerana mempermainkan hatinya.

Perasan masa tu, sedih, rasa nak gila semua adalah. Lepas doa, buat solat istikharah, barulah saya tenang.

Saya beritahu yang saya benarkan. Tapi dengan syarat. Kahwin betul-betul. Saya sendiri akan masuk meminang.

Apa lagi senyum sengih suami bila dapat tahu. Hari-hari tersenyum bila baca mesej.

Kemuncak cerita ni, saya pun direct dm mesej dekat Facebook teman wanita dia ni. Dia sekat akaun saya, masa itu mula rasa pelik.

Kata nak kahwin. Kenapa sekat saya. Saya fikir mungkin dia benci saya.

Tak apalah, saya mesej keluarga dia pula. Sekali saya kena marah kata saya gila. Tak mungkin adik dia nak kahwin dengan laki orang.

Saya kata betul. Suami saya memang tengah rancang nak kahwin. Saya cakaplah kalau adik awak tak nak kahwin kenapa masih hubungi suami saya.

Kalau tak ada hubungan, putuskan. Saya hanya restu untuk perkahwinan sahaja. Tak ada terma teman wanita dalam hal ni.

Lepas tu saya pun ceritalah dekat suami yang saya kena marah dengan keluarga teman wanitanya. Saya cakap elok-elok. Saya nak masuk meminang macam mana ni.

Suami bila dapat tahu. Dia dah resah gelisah.

Rupanya enam bulan suami dengan teman wanita bersemut manis bagai, rupanya dia tengah rancang kahwin dengan orang lain.

Hari dia nikah tu, dia hantar gambar kahwin dengan orang lain dekat suami. Lepas tu dia block dekat Facebook, WhatsApp semua.

Sebelum dia sekat. Dia beritahu, sakit hati kan bila kena tipu hidup-hidup. Teman wanitanya buat perkara sama macam suami saya buat dekat dia masa dia nikah dengan saya.

Terduduk terdiam suami saya bila baca semua tu. Murung sebulan. Saya hanya mampu tergelak dalam hati. Padan muka suami. Hahaha. Setepek Allah bagi balik.

Sekarang teman wanita dia bahagia dengan suami dia. Saya pula bersyukur kerana dia bahagia selepas suami saya kecewakan dia.

Saya tak berdendam dengan dia, dia pun tak tahu kewujudan saya. Sekarang bila bab nak kahwin dua ni, suami mampu diam sahaja.

Baca juga: 3 bulan rahsiakan pertunangan, sah Eyka Farhana tunangan kepada Akhyar Rashid