“Aku merelakan isteri kerja di Singapore, kerana tak boleh tepis kejutan ‘budaya’, terdedah kegiatan dia belakang aku sepanjang PJJ”.
Aku memilih untuk berkahwin pada usia 29 tahun. Perkenalan aku dengan isteri boleh di katakan 8 tahun sebelum kami berkahwin dan dulu hubungan kami hanya sekadar kawan.
Dalam 8 tahun itu isteri aku mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan suami pertamanya
Dan berakhir dengan pencerraian kerana isteriku tidak mahu bersama dengan bekas suaminya yang seorang penagih ddah dan tak bekerja.
Selepas 8 tahun, kami selalu berhubung dan berjumpa. Dalam tempoh 3 bulan kami bercinta dan 5 bulan kemudiannya kami ingin melangsungkan perkahwinan.
Aku terima dia dan anaknya seikhlas hati. Aku tak tahu keputusan yang ku sangka kan indah untuk ku tapi cuma imaginasi semata.
Kami berkahwin sebulan sebelum virus c0rona melanda.
Selepas negara kita dalam tempoh PKP, aku kehilangan kerja sementara isteriku bekerja di negara jiran Singapura. Tetapi isteriku masuk ke sana selepas 7 bulan PKP di laksanakan.
Dalam masa 7 bulan kami dapat bersama dan bersua muka tanpa berpisah walaupan seminit pun.
Pada waktu itu juga kami mengalami masalah kewangan kerana duit habis untuk perkahwinan dan membayar hutang dan bil bil masa PKP.
Aku masih tidak dapat kerja masa tu dan kami ada juga meniaga kuih dan kek. Di sebabkan untung niaga tidak cukup untuk kami, isteri aku meminta izin untuk bekerja semula di Singapore sebab dia masih boleh bekerja di tempat lamanya walaupun kurang aku bersetuju kerana dia akan tinggal di sana.
Tapi aku terpaksa juga setuju, memandangkan aku masih belum dapat sebarang pekerjaan walaupun aku tidak memilih pun pekerjaan masa itu.
Sepanjang isteriku disana kami selalu video call, tapi aku tidak pernah mengonkong dia dan percaya dengan isteriku.
3 bulan selepas isteriku masuk singapore, aku akhirnya dapat pekerjaan sebagai security guard.
Walaupun gaji aku rendah dari isteriku, aku tetap bersyukur sebab dapat jalankan kewajipan aku sebagai seorang suami.
Keindahan perkahwinan kami berakhir bila isteriku tersalah send whatsapp dekat aku.
Semasa aku habis kerja nak balik, isteriku juga habis kerja pada masa yang sama. Dia kata dekat aku, “saya dah naik bas, kepala saya pening tapi nak pergi makan dulu dengan kawan perempuan ya”.
Aku pun reply menyuruh dia lepas balik dari makan pergi mandi kemudian tidur. Belum sempat aku nak drive balik ke rumah, masuk 1 notification whatsapp dari isteriku, “honda grey silver”.
Aku pon bertanya “apa yang honda grey silvernya?. Nama kedai makan ke?”
Soalan bdoh juga yang aku bertanya, balas isteriku “tak lah, saya dah naik kereta grab ni”.
Aku jadi hairan bukan ke dia cakap dah naik bas tadi, aku pun call tapi tak di angkat. Whatsapp pun tak di balas.
Sampai la ke subuh baru dia reply, katanya “sorry saya balik terus tidur mati”, agak biadap penipuan dia itu.
Aku memaksa untuk dia beritahu hal yang sebenar walaupun dia berkali kali tak nak mengaku.
Akhirnya dia kata yang dia keluar dengan kawan lelaki pergi memancing.
Dia sebenarnya nak beritahu dekat lelaki tu yang dia naik kereta grab “honda silver grey” tu, tapi Allah punya kuasa terhantar dekat aku.
Adakah benar kata kata isteriku itu?
Part 2: Sayang, Tapi Terpaksa Lepaskan Dia II
Assalamualaikum semua. Cerita ni adalah sambungan dari tajuk “Sayang, Tapi Terpaksa Lepaskan Dia”.
Sorryla karang cerita tak habis. Rupanya susah juga nak menaip panjang panjang. Nak delete macam sayang sebab dah type panjang.
Benda pun dah post. Like bukan bukan. So korang enjoy jela ye yang part 1 tu.
Dia sebenarnya nak beritahu dekat lelaki tu yang dia naik kereta grab “honda silver grey” tu, tapi Allah punya kuasa chat tu terhantar dekat aku.
Hubungan kami baik semula memandangkan aku masih bdoh untuk pilih percayakan isteri ku.
Tepat 1 April 2020, segala galanya terbongkar. Malam hari tersebut kami ber video call.
Tengah rancak berbual. Isteriku minta gambar kami bercinta dulu dulu. Aku save gambar tu dekat google photo.
Untuk pengetahuan pembaca. Aku dengan isteri berkongsi application spotify (music), application tersebut di daftar menggunakan email isteriku.
Secara tak lansung rupanya gambar gambar, email atau contact telefon isteriku masuk kedalam handphone aku juga, aku tak tahu sebelum ini.
Nak di jadikan cerita semasa buka google photo terus keluar gambar gambar isteriku yang di ambil mengguna kan handphone dia.
Bila aku scroll, terperanjat aku bila nampak gambar dia berpeluk dengan jantan botak di outdoor.
Isteriku terkejut melihat muka aku berubah nak jadi hulk tapi tak jadi, dia tanya “awak kenapa?”.
Aku pun cakap, “kenapa awak buat saya macam ni? Awak peluk jantan mana tu?”.
Time tu aku tak terfikir nak save dulu gambar tu dan isteriku sempat delete.
Dia mengaku bersalah, katanya dia jadi kejutan budaya bila stay di Singapore. Apa pun alasan dia, aku suruh dia berhenti dan balik semula ke pangkuan aku.
Dia tak nak, dia kata, “saya sayangkan kerja saya”.
Time tu Allah je tahu, nak jatuh kan talak tapi sayang masih kuat dekat isteri.
Isteriku bersumpah yang dia tak pernah checkin dengan lelaki tu, dan aku booh untuk percayakan dia. Maybe aku bdoh sebab masih sayangkan isteriku. Jadi aku maafkan isteriku.
Sejak dari itu aku jadi overthinking dan mengongkong isteriku. Setiap hari wajib video call, time dia pergi kerja, rehat kerja, balik, dan kemana mana dia pergi.
Rimas kata isteriku dengan perangai aku, aku cuma mampu berkata, “saya jadi macam ni sebab awak kejutan budaya di sana”.
Mungkin sindiran aku buat dia panas, dia senyum sinis macam senyuman perempuan jahat.
Akibat senyuman tu membuat aku merasa dia ada nyorok sesuatu dengan aku.
Masuk bulan May 2020 isteriku beritahu dia dapat cuti untuk balik raya 2 minggu, aku punya gembira time tu Allah je tahu,
Then tiba tarikh dia balik jumpa aku dengan anak tiriku, dia punya lagak seperti tak ada apa pernah terjadi, pagi raya pun salam just cakap selamat raya.
Wah! Hebat sungguh isteriku, tapi tak apa la, mungkin dia malu sampai tak boleh nak diungkap kan. Aku pun diam kan sebab aku taknak rosak kan masa 2 minggu ni.
Tibalah malam terakhir cuti isteriku. Sedang dia tidur nyenyak, mata aku pula keras tak boleh nak tidur. Tiba tiba aku rasa nak cek handphone dia,
Aku pun buka gambar gambar isteriku dan aku buka juga whatsapp isteriku. Benda ni aku tak pernah buat sebelum kejadian tapi aku memang terasa sangat nak tengok semua,
Macam biasa hasil kerja dia yang clean tu, gambar semua gambar biasa biasa, whatsapp pun dengan kengkawan adik beradik semua.
Tapi aku tergerak hati untuk restore semula chat dekat whatsapp sebab whatsapp dia auto update so benda yang dia dah delete pun akan muncul balik.
Rupa rupanya gambar yang isteriku berpeluk dengan jantan botak tu berlaku pada januari 2020.
Sedangkan masa kantoi dia tersalah hantar whatsapp tu “honda grey silver” tu bukan dengan jantan botak tu, tapi jantan lain pula.
Rupanya dia naik grab honda grey silver pergi checkin hotel dekat geylang road. Bukan sekali tapi sudah 3 kali dia buat macam tu,
Dan lebih mengejutkan masa dia dengan jantan botak tu 2 kali dia pergi rumah jantan botak tu. Aku tak tahu isteriku ni kejutan budaya ke bohsia sebenarnya.
Aku mampu ketawa dalam tangisan, tapi aku masih tak dapat terima dia buat aku macam ni. Aku sayangkan dia sepenuh hati, apa lagi anaknya yang bukan hasil benihaku.
Aku pun biar dia tidur lena sampai esok pagi.
Aku biarkan dia pergi ke singapore dengan berpura pura sedih sebab dia nak meninggal kan aku lagi. Dia pergi tanpa tahu rahsia dia dah terbongkar.
Sebulan kemudian aku send semua gambar gambar dia checkin dengan jantan tu. Resit grab dia pergi checkin hotel dan chat dia pergi ke rumah jantan botak 2 kali.
Terperanjat dia menangis minta ampun apa semua, dia janji tak nak buat lagi dan akan berhenti kerja.
Bila aku tanya bila nak berhenti?,
“Hujung tahun saya berhenti”.
Tak lama lepas tu dia minta izin nak berhenti bulan january 2021 pula sebab nak lepaskan bonus.
Aku tak kisah, tapi apa yang aku kisah dia cuba cuba psyco aku.
Dia tahu aku dah jadi suami yang overthinking tapi dia suka diam tak reply whatsapp or videocall.
Aku ada cakap dengan dia selagi dia tak ada disisi aku, aku akan terus jadi macam ni.
Aku dah cuba nak jadi macam dulu tapi tak boleh.
1 malam tu otak aku macam rosak sebab dia diam je, sehari aku tak tidur fikir sebab apa jadi macam ni.
Sehingga la aku terfikir, dayusnya aku sebab masih sayangkan isteri yang curang dan berziina di belakang suami.
Walaupun isteriku dah minta maaf dan aku pun memaafkan, hubungan kami tak akan jadi sama macam dulu.
Aku tak akan mampu untuk lupa kan gambar gambar yang aku lihat dia berpeluk dengan jantan lain sampai bila bila, umpama macam aku merelakan isteriku berziina.
Hujung hujung aku sendiri akan sakit hati. Jawapan yang aku dapat aku terpaksa lepaskan dia walaupun aku masih sayang dengan isteriku.
“Siti (bukan nama sebenar) kalau awak tak berhenti kerja dan kembali kepada saya sebelum 1 december 2020 maka jatuh la talak 3”!. Aku send whatsapp seperti itu.
Kenapa talak 3?
Sebab talak 1 untuk jantan botak, talak 2 untuk jantan honda grey silver dan talak 3 untuk dia ingkar arahan suami.
Dan keputusan dia adalah untuk tidak balik.
Aku redha dan alhamdulillah sampai sekarang aku tidak lah gila talak even dia ada kekasih baru dan aku bersyukur kepada Allah kerana membongkar semua kelakuan tak elok bekas isteri aku sebelum perkahwinan kami pergi lagi jauh atau mempunyai anak.
Aku merasa bahagia bila berpisah dengan bekas isteri aku sekarang.
Ingatlah sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke parit juga. Tamat!
BACA:
Doktor panjat perut ibu sambut bayi lahir sekali lain pula jadi tercabut kepala bayi