“Aku membesar di rumah anak yatim, tiap kali ada pasangan nak ambil anak angkat, aku berharap sangat dorang pilih aku”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Assalamualaikum semua. Mungkin aku tulis ni pun sebab aku ket4gih attention juga, haha.

Orang panggil aku selalu AM. Kira macam panggiIan la. Aku ni pun menulis sebab baru – baru ni nampak cerita yang seakan sama dengan perjalanan hidup aku.

Aku ni dari kecil umur baru berapa tahun tak pernah ingat wajah mak ayah aku.

"Aku membesar di rumah anak yatim, tiap kali ada pasangan nak ambil anak angkat, aku berharap sangat dorang pilih aku"

Siapa mak ayah aku, datang dari keluarga mana, saud4ra aku siapa. Aku tak tahu sebab aku membesar di rumah anak – anak yatim. Dari umur aku 1 tahun, yang ada cuma surat beranak dan duit itu sahaja.

Bonda rumah aku membesar ni bagitahu ada pasangan lelaki dan perempuan mungkin mak ayah aku datang pukuI 1 pagi dukung aku dan minta tolong jagakan. Itu sahaja yang dia ceritakan dan itu sahaja yang aku tahu.

Sejujurnya, aku dari kecik ketagih “attention” aku nak perhatian orang. Pelbagai style aku buat supaya aku dapat attention orang. Setahun sekali dekat rumah kami ada macam annual event orang awam datang derma dari duit, makanan dan lain – lain macam festival.

Selain macam festival tempoh ni lah macam orang yang datang nak cari anak angkat melawat dan tengok mungkin ada yang nak ambil salah seorang dari kami dan dijadikan anak angkat. Selalunya aku memang all out buat banyak benda supaya mungkin ada seorang dua yang rasa berkenan nak ambil aku jadi anak angkat.

Sepanjang aku membesar kawan sekeliling aku yang membesar sama keluar sebab dah dijadikan anak angkat. Aku cemburu, terlampau sangat cemburu. Setiap kali tu aku dalam hati asyik tertanya – tanya kenapa bukan aku? Kenapa orang lain?

Selalunya kalau orang datang. Kami yang duduk dekat sini takkan approach diorang dan cakap “tak nak ambil saya jadi anak angkat ke?” Selalunya tidak, selalunya diorang yang akan datang. Tapi ada sekali ni umur aku 12 tahun. Aku macam eager sangat nak ada keluarga, nak ada mak ayah.

Aku pun datang dekat seorang akak ni (panggil akak sebab dia muda) tanya dia nak cari anak angkat ke. Tapi dia tersengih je tak baIas. Kena marah juga lah aku dengan bonda sebab sesuka hati datang tanya macam tu. Aku ada kawan – kawan dekat kawasan situ yang diorang memang ada mak dan ayah, selalunya rasa cemburu sangat.

Tengah kau main ni tiba – tiba mak / ayah diorang datang panggil ajak balik rumah dan makan. Selalunya diorang kalau ternampak aku memang ajak sekali tapi biasa aku reject. Sampai sekali ni aku datang nak ajak kawan aku ni main pergi rumah dia bagi salam.

Mak dia buka pintu dan cakap anak dia tengah makan aku pun takpelah tunggu dekat taman sekali baru nak gerak makcik ni ajak aku makan selalunya aku tolak tapi haritu entah kenapa aku angguk dan masuk rumah tu.

Masuk tu makcik tu kautkan nasi kautkan lauk lepastu dia suruh tambah lagi. Sambil tu aku dengar dia membebel dekat kawan aku sebab tak makan sayur. Aku baru rasa macam “ini agaknya ada mak” dekat rumah yang aku membesar iya ada penjaga lain yang kami anggap macam mak sendiri tapi hakik4tnya tak sama. Mereka ni sendiri pun ada anak kandung masing – masing.

Sejak haritu aku macam crave for this non existence parent’s love and attention. Tapi itulah tak dapat, payah terlampau susah. Aku ada sorang kawan yang kami membesar dekat rumah tersebut dari umur 1 tahun. Akhirnya ada satu pasangan suami isteri yang ambil dia jadi anak angkat.

Aku ingat lagi pergi dekat dia tanya “eh kau nak keluar ke?” Aku siap suruh dia datang sini kalau free. 6 bulan kemudian, selalunya keluarga angkat yang ambil anak – anak dari rumah ni dia akan hantar lah macam gambar ke apa dekat sini buat memories.

Gambar yang kawan aku, aku anggap rapat sampai dekat sini dalam 5 keping. Tengok lah gambar dia dengan mak ayah angkat dia pergi bercuti. Dalam gambar tu dia senyum lebar, aku yang tengok gambar tu cemburu sangat.

Sampai malam tu aku menangis. Aku setiap hari rasa tu kuat sangat macam “turn aku bila lagi”. Tapi bila aku dah m4kin membesar dah give up menaruh harapan sebab bila umur kau dah m4kin meningkat harapan untuk ada keluarga yang ambil kau jadi anak angkat teramat lah tipis.

Aku give up teruskan hidup macam biasa. Kawan aku yang dulu tak pernah datang balik dekat sini. Dari PMR, SPM, sambung STPM seterusnya aku ke IPTA. Bila masuk belajar waktu pendaftaran datang balik rasa jealous tengok ramai mak ayah hantar.

Kalau ada topik pasal mak ayah aku seboleh mungkin akan elak dan alih ke topik lain. Aku pun diam tak ada kasitahu yang aku anak yatim piatu dah macam diorang tanya hal personal baru aku kasitahu. Itu pun aku cerita sikit je malas nak terlalu personal.

Habis belajar, kerja dan dah duduk menyewa sendiri. Dalam hati ofcourse ada satu perasaan nak cari mak ayah sendiri. Tapi bukan mudah, lagipun pada aku eloklah anggap mereka mungkin dah tiada. Aku kena tinggal waktu umur 1 tahun.

Hujung tahun 2023 ni umur aku dah 28 tahun. Entah mungkin ada yang ingat aku ke tidak berpuluh tahun dulu. Bab kahwin tu mesti ada rasa. Takkan tak terasa. Tapi kahwin ni bukan semudah, “i love you, you love me” kahwin, ada anak dan seterusnya.

Aku tak tahu macam mana perasaan orang yang membesar dekat rumah anak – anak yatim yang lain. Tapi pada aku nak dirikan rumah tangga tu bagi aku ada kesan psychological dekat aku. Ada rasa macam this ch0king experience bila aku fikir hal kahwin.

Jadi nak bina institusi rumah tangga baru pada aku mungkin ambil masa yang mungkin lama lagi. Aku pun tak tahu bila. – AM (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Cari Rezeki : Tak dapat gambar sedihnya perasaan penulis ni. Tak dapat bayangkan kalau aku duduk tempat dia. Ya Allah, hadirlah seorang wanita yang cukup ikhlas hatinya, baik akhlak dan agamanya, untuk menjaga tuan penulis ni.

Semoga mendapat ibu mertua yang penyayang dan menganggap tuan penulis seperti anak sendiri. Ya Allah, sempatkanlah tuan penulis untuk merasa kasih sayang terutama dari seorang ibu walau ibu mertua sekalipun.

Cheyah Bt Pak Choh : Sedihnya dik. Akak doakan kau dapat jodoh yang baik – baik, perempuan yang boleh sayanng kau terima kau apa adanya.

Semoga kau dapat kasih sayang mak ayah yang tak pernah kau dapat dari mertua kau ya. Dan semoga 1 hari kau ada family kecil kau sendiri dengan anak – anak yang comel yang soleh dan solehah ya. amin..

Tun Ramos :Dear Am. Doa, doa dan banyakkan berdoa. Confession ini tulen. Sebab ‘rasa’ itu sampai ke hati. Seperti mana tulen nya cerita ini, begitu juga hati Am. Saya baca sambil senyum tapi penuh rasa sayu dan pilu. I feel you bro.

Teruskan berdoa semoga Allah hadirkan insan – insan berhati murni dalam hidup saud4ra. Juga banyakkan selawat pada Nabi kita. Baginda juga anak yatim piatu. Cari lah tok guru di pondok pengajian. Isi kekosongan dengan mengenal cinta Nabi. Moga terubat rindu confessor.

BACA: “Sepupu boleh kahwin, tapi..” Doktor dedah sebab kenapa tak digalakkan kahwin sepupu sendiri