“Aku kenalkan kawan kerja kat suami, kat tempat kerja kawan aku tunjuk sesuatu pasal suami, remuk hati aku weh!”
Bermulalah episod aku pulak s4kitkan hati dia. Apa je yang berlaku dekat ofis aku bagitahu dia, dekat ofis tu bukan tak ada yang cuba tackle aku.
Lepas kahwin aku pon pelik kenapa ramai pulak lelaki yang tertarik dengan aku. Manager aku pon berkali-kali cuba try aku ajak pergi karok, tengok wayang.
Assalamu’alaikum wbt. Terima kasih admin kerana memberi ruang untuk kami meluahkan isi hati dengan coretan kata di sini. Nama samaranku Lin, bukan nama sebenar. Usia aku masih di awalan 30an, sudah bersuami yang berusia setahun muda dari aku.
Kami bakal menimang cahaya mata kedua kami inshaa Allah hujung tahun ini. Doa-doakan kami ye sahabat semua. Aku sebenarnya sedih bila baca confession para isteri dalam ni. Kebanyakannya cerita suami biawak hidup, suami kaki perempuan, tunggul kayu, berkira dan macam-macam lagi.
Semoga Allah permudahkan urusan para isteri dan diberikan kesabaran yang tinngi dalam menghadapi dugaan bersama pasangan. Aku dulu masa mula kenal suami, ragu-ragu nak kahwin sebab kami kenal 2 bulan dia dah ajak jumpa mak ayah dia, lepas tu merisik, 3 bulan selepas tu kahwin.
5 bulan kenal terus kahwin, sampaikan orang syak aku mengandung anak luar nikah masa tu. Setahun pertama memang banyak dugaan aku bersabar dengan dia. Kami sama-sama berkerja dan lumrah kerja kami shift di mana aku dan dia hanya berselisih waktu nak pergi dan balik kerja.
Hari-hari lain sendiri sendiri. Kalau ada pon off day sama, hanya sebulan sekali. Honeymoon? Tak pernah tercatat dalam diari aku. Disebabkan lumrah kerja kami macam ni, aku dah mula rasa, “betul ke pilihan aku kahwin dengan lelaki ni.”
Aku tak kenal sangat kawan-kawan dia. Ada yang kenal pon tak lebih dari 5. Awal-awal kahwin aku syak yang dia ni ada perempuan lain. Dalam list whatsapp dia semuanya perempuan, janda, mak datin, paling terkejut ada perempuan jadian wasap rindu-rindu ye korang.
Terkejut aku bukan kepalang, oh lelaki macam ni rupanya aku pilih untuk jadikan suami. Masa ni aku rasa confirm aku dah salah pilih pasangan. Aku discuss berdepan dengan dia, jangan contact dah semua perempuan dan perempuan jadian dalam list contact dia melainkan berkaitan dengan kerja semata.
Aku tak nafikan, dia memang hot, walaupun hitam manis kulitnya tapi senyuman dia buat ramai perempuan termasuk pondan terpikat. Ko bayangkan je Massimo versi hitam manis. Aku pulak semacam taugeh.. Overthinking aku masa ni mencanak, aku fikir dia kahwin atas dasar aku ni banker, gaji tinggi, senang buat loan, bukan atas dasar cinta.
Aku tiba-tiba jadi insecure yang teruk sangat masa ni, tiap kali nak pergi kerja, aku overthinking yang dia ni betul ke duduk rumah atau keluar melayan perempuan lain. Dia tak suka aku tuduh dia macam-macam dan tak ambil kisah sangat pasal cemburu aku. Lagi lah aku overthinking.
Dia pulak selalu nak keluar malam tanpa aku. Bila tanya nak ke mana katanya ada benda nak kena settle, aku pelik lah kenapa tak boleh ikut, dia cakap ni perjumpaan antara ayahanda, abang long, semuanya lelaki takkan aku nak ikut. Nahhhh sape pulak diorang ni???
Selalu jugak dia balik lewat 2-3 pagi. Yang aku ni tercongok duduk rumah sorang-sorang, nak keluar tak boleh sebab kereta dia bawa lagipon aku bukannya ada lesen kereta masa ni. Nak keluar rempit malam-malam, aku bukan sejenis kaki lepak yang ramai kawan.
Senang cakap kitorang bertentangan lumrah, dia kaki sosiaI, aku pulak perempuan kampung yang tak reti keluar malam. Korang bayangkan selama 7 & 8 bulan aku hadap situasi macam ni, aku pon tak tahu macam mana aku boleh bersabar.
Sehinggalah satu kali tu, aku jemput kawan ofis datang rumah lunch, masa tu suami aku shift petang masuk pukuI 3, tapi kawan aku datang pukuI 2 jadi sempatlah diorang berkenalan kejap. Kawan aku ni cantik ye, putih gebu montoks.
Aku tak tahulah apa dalam fikiran suami aku masa ni, dia boleh cerita luar dalam kisah hidup dia dekat officemate aku tu. Hati aku bengkak dah. Esok paginya, aku pergi kerja macam biasa then nak dekat balik tu kawan aku ni cakap ada benda dia nak bagitahu.
Aku dah tak tenang. Dia hulur henfon dia dekat aku, dia tunjuk dm dekat IG. Guess what? Laki aku follow dia dan dm kawan aku tu. Ehhh macam-macamlah ayat dia bagi dekat kawan aku tu. Mungkin masa ni laki aku dah terpikat dengan kawan aku.
Aku pendam sampai rumah, tunggu dia balik kerja malam tu, aku tunggu dia siap mandi, siap makan apa semua. Sebelum tido, aku minta nak pinjam henfon dia, aku mintak izin nak bukak wasap, ig, fb dia. Aku bukak ig, chat diorang suami aku dah delete. Suami aku tanya cari apa?
Kemudian baru lah aku tunjuk bukti chat dia dengan kawan aku tu, even dia dah delete tapi aku dah kumpul bukti siap-siap. Malam tu sabar aku ditahap kemuncak, aku luahkan semuanya, aku cakap “kalaulah Izzati tu (officemate aku) jenis yang makan kawan abang rasa jauh mana rumahtangga kita boleh pergi?
Tak fikir ke air muka isteri abang ni dekat ofis kalau nanti Izzati hebohkan pasal ni. Kononnya isteri abang lah yang terpaling setia walhal suami dekat belakang menggatal dengan perempuan lain.” Dia senyap. Tunduk ke lantai, apa yang menarik sangat lantai tu pon aku tak tahu.
Remuk weh hati aku. Selama ni aku kongsi semua tanggungjawab yang patut dia pikul sendiri sebagai suami tapi aku rela berkongsi, malah hujung bulan aku tak pernah miss selit note RM50 dalam wallet dia sebab aku tahu gaji dia dah habis.
Nafkah aku masa ni tak payah cakaplah, RM50 dia bagi sebulan pon aku tak kisah asalkan ada nafkahnya sebab gaji aku pon still berbaki ratus ratus time next gaji. Gaji aku tak habis sebab bila diajak keluar dating, ada aje alasannya duit tak adalah, duit tak cukuplah tapi kalau bab gym nombor satu.
Walhal aku cuma ajak dia ronda naik kereta pusing-pusing pon dah memadai. Lepas sah bergelar suami isteri kitorang tak pernah honeymoon, tak pernah check in hotel mahal-mahal. Hati aku berkecai dah masa ni. Lama dia diam, aku cakap, “macam ni lah, kalau abang rasa bahagia seronok hidup macam ni just go on, sayang takkan halang dah takkan tanya dah abang pergi mana, dan sayang pon nak buat hal sendiri jangan pernah sekat sayang keluar dengan siapa pergi mana hatta pukuI 2 pagi sekali pon. Kita suami isteri hanya atas kertas sahaja.”
Lepas aku cakap macam tu terus dia peIuk aku, menangis mintak maaf teresak-esak. Malam tu dia cerita semua kenapa dia dm kawan aku tu, dia ingatkan Izzati tu takkan fikir yang bukan-bukan. Dia cerita semua mana dia pergi selama ni balik 2 3 pagi.
Dia bagi henfon suruh aku delete semua list contact dia dalam tu. Aku pulak yang jadi batu masa ni. Aku dengar tapi tak masuk pon dalam benak fikiran aku ni kata-kata dia semua tu aku tak percaya. Maka bermulalah episod aku pulak s4kitkan hati dia.
Apa je yang berlaku dekat ofis aku bagitahu dia, dekat ofis tu bukan tak ada yang cuba tackle aku. Lepas kahwin aku pon pelik kenapa ramai pulak lelaki yang tertarik dengan si taugeh ni. Manager aku pon berkali-kali cuba try aku ajak pergi karok, tengok wayang.
Tapi aku tolak sebab aku tahu dia tu bukan takat tengok wayang saja nanti ada la yang cuba merayap atas bawah, geli aku. Tiap kali ada je yang mengayat aku dekat ofis, aku balik rumah mesti aku bagitahu dia. Ejad teammate aku ajak lunch berdua, aku call suami aku dulu mintak izin (dia izinkan walaupun aku tahu berat dalam hati dia tak bagi), tapi disebabkan hati dah malas nak fikir setia, aku join ejad lunch tapi sekali tu je la.
Suami aku dah tak keluar malam dah, selalu ada dengan aku. Balik kerja dia jemput aku, dan bawa makan restaurant mewah, off day je jalan-jalan di pantai. Tapi tulah kan susah nak percaya orang yang dah Iukakan hati kita berkali-kali.
Tipulah aku tak sayang suami aku, walaupun awalnya perasaan aku dia abaikan tapi dia tak pernah berkira bab urusan rumahtangga. Aku penat aku rehat je dia yang buat semua. Last, aku buat keputusan nak berhenti kerja sebab aku tak boleh move on dan anxiety aku makin menjadi jadi lepas kejadian tu.
Aku str3ss berpanjangan, menangis tanpa henti. Aku nekad nak berhenti, dan tanggungjawab suami aku yang kitorang kongsi bersama dulu aku lepaskan semula 100% atas bahu dia. Rumah, kereta, elaun parents semua aku suruh dia yang settlekan. Dia setuju. Katanya tak apa rezeki Allah sentiasa ada.
Lepas berhenti, aku siapkan lesen kereta aku yang lama tertangguh. Bila suami pergi kerja aku merayau pergi lepak rumah adik beradik. Dia balik kerja, aku dah settle makan minum dia atas meja. Kerja-kerja rumah yang lain dia masih bantu aku seperti biasa.
Aku dilayan seperti ratu. Tiap kali dia nak pergi kerja dia tak lupa untuk tinggalkan note rm20 / rm10 atas meja untuk makan aku haritu. Masa ni dia dah start buat 2 kerja, jadi mampulah untuk tampung keperluan hidup kami sehari hari walaupun aku tak kerja.
Dia akan pulun cari rezeki semata mata nak bahagiakan aku, nafkah aku masa ni dari RM50 sebulan naik jadi RM500 sebulan, mungkin dia tahu silap dia yang dulu dia nak t3bus balik. Gaji kerja yang pertama, dia settlekan bil rumah, kereta, nafkah aku dan yang lain-lain.
Untuk duit belanja dia, dia buat part time buat grab car. Walaupun hujung bulan dalam wallet dia ada RM10 dia akan lebih utamakan aku walaupun dia sendiri tahu dia akan berlapar kat tempat kerja. 3 bulan aku resign, aku pregnant anak pertama kami dan selamat lahir anak lelaki yang sihat 9 bulan kemudian. Alhamdulillah kehidupan bertambah baik dari hari ke hari.
Mental aku dah makin okay, mana tak okay nya masa ni dia bawa aku bercuti sana sini, rumah kalau aku malas kemas dia tak bising langsung dia terus buat je. Balik kerja dia jaga anak, aku rehat. Tak sangka juga dia mampu berubah macam tu sekali.
Yang lagi tak aku sangka cukup pulak duit dia lepas aku berhenti kerja. Mungkin rezeki anak kami yang baru lahir dan mungkin juga dia salurkan duit tu ke tempat yang betul, nafkah aku pon dia dah tak main-main, mungkin itu berkat yang menjadikan kitorang sentiasa rasa cukup.
Bila ada aje keluarga aku atau keluarga dia pertikaikan kenapa aku tak kerja dia pertahankan aku sehabis baik. Sampaikan semua orang dah tak persoal benda yang sama dah. Alhamdulillah dah nak masuk 4 tahun kami kahwin, rezeki kami semakin bertambah, dia dinaikkan pangkat lagi sekali. Rezeki anak kedua kami.
Syukur saja masa tu aku tak ikutkan sangat perasaan dan masih ada sisa setia dalam diri aku. Kalau tidak aku tak tahu apa yang akan aku lakukan di belakang suami jika ikutkan marah dan d3ndam yang tak ada penghujung.
Dia, lelaki mithaliku tak pernah merungut atas kekuranganku sebagai seorang isteri. Sentiasa ada bersama aku bilamana mental aku berada di peringkat paling bawah. Sentiasa pertahankan aku tanpa diminta dan sentiasa meninggikan martabat aku di depan kawan-kawan dan keluarganya.
Semoga Allah pinjamkan aku lelaki mithali ini sehingga malaikat izrail yang datang memanggilku kembali kepada Sang Pencipta. Aamiiinnn Ya Mujib. – Lin
BACA:
Patutlah lambat-lambat bayar saman RM120,000, Sanusi risau hilang kelayakan bertanding PRN