“Aku kat rumah, dengan belah perut, suami langsung tak fikir perasaan aku, aku baling fon dia sampai pecah, esok dia ceraikan aku”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Bermula dari tahun 2016 dia ada perempuan lain, ketika saya mengandungkan anak kedua”

Demikian kata seorang wanita yang meluahkan rasa sedih ketika berkongsi kisah kehancuran rumah tangga yang dibina hampir lapan tahun lalu, gara-gara sikap suami yang sering bermain kayu tiga.

Berkongsi luahan rasa menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), wanita ini berkata kisah kecurangan suaminya terbongkar kali pertama selepas mereka sering bergaduh.

"Aku kat rumah, dengan belah perut, suami langsung tak fikir perasaan aku, aku baling fon dia sampai pecah, esok dia ceraikan aku"

“Sampai anak kedua berusia tujuh bulan baru dia tinggalkan perempuan tu. Lepas beberapa bulan dia ada perempuan lain pula. Lepas kantoi dia cari lain, lepas kantoi dia cari lain.

“Saya tetap stay dengan dia, beri peluang sebab kesiankan anak. Saya mengandung anak ketiga pada 2018, dia ada lagi perempuan. Masa saya mengandung enam bulan, kami bergaduh teruk hingga saya paksa dia lepaskan saya.

“Dekat usia kandungan sembilan bulan, dia minta rujuk balik. Disebabkan anak, saya terima kerana dia cakap nak berubah. Saya beri juga peluang. Selepas tu dia tak ada perempuan dah,” ceritanya.

Sebahagian perkongsian wanita berkenaan mengenai kisah rumah tangganya yang runtuh gara-gara sikap suami dan juga kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Segala-galanya bermula apabila mereka berniaga makanan secara kecil-kecilan dengan membuat perkhidmatan Cash On Delivery (COD) untuk menampung perbelanjaan dapur ketika waktu Perintah Kawana Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

“Perempuan tu pernah order sate pada April dan bermula dari situ mereka WhatsApp, call, video call… suami cakap dia bujang. Saya sabar sebab saya mengandung lagi masa tu.

“Bulan Jun saya bersalin caeserian, hari keempat dibenarkan pulang ke rumah, saya minta nak tengok telefon dia. Dia tak bagi, saya paksa dia buka password.

Wanita ini mendedahkan suaminya beberapa kali menjalinkan hubungan bersama wanita lain sejak 2016. Gambar hiasan.

“Tak sangka perempuan tu post status Whatsapp dia (suami) tengah makan dekat rumahnya. Ya Allah, luluh hati saya,” ceritanya lagi.

Sepanjang tempoh berpantang, wanita ini hanya bersabar dan berendam dengan air mata saban malam dek kerana perangai suami yang masih tidak serik bermain kayu tiga.

“Saya dekat rumah, dengan belah perut (caeser) langsung dia tak fikir perasaan saya. Saya baling telefon dia sampai pecah… dia menangis-nangis. Tak apa, saya repair semula telefonnya.

“Saya minta dia lepaskan saya dan esoknya, dia lafazkan cerai. Saya sedih sangat tapi saya terpaksa nekad untuk tak bersedih lagi.

Suami wanita ini kerap kali menukar kata laluan untuk mengelakkan tembelangnya pecah. Gambar hiasan

“Saya reda dengan apa yang berlaku cuma terkilan sangat apa dia buat dekat saya. Dan selesai kes saya dengan dia awal Ogos lalu. Dia ada juga minta saya rujuk balik.

“Saya sayang dia dan anak-anak tapi saya tak mahu sebab sampai sekarang dia contact perempuan tu. Baik saya undurkan diri. Nak move on tu perit sangat tapi apakan daya. Saya kena terima dengan hati terbuka, ikhlaskan apa yang berlaku,” tulisnya lagi.

Sehingga ini perkongsian tersebut meraih sehingga 133 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen yang turut sama memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

BACA: Rupanya macam ini lori sampah kosongkan muatan, puas hati bila tahu caranya