“Aku ingat kehidupan ku bertambah baik lepas kahwin kerana bakal suamiku kaki masjid rupanya aku silap”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Hi. Nama aku Tini, umur lewat 20-an. Aku ada seorang anak kecil, bekerja dan ada suami.

Aku mempunyai ramai adik beradik lelaki. Aku anak kedua dari 4 orang. Sepupuku juga ramai lelaki.

Sejak kecil, aku dimomokkan perempuan kena buat semua benda. Aku seorang yang bercita-cita tinggi.

"Aku ingat kehidupan ku bertambah baik lepas kahwin kerana bakal suamiku kaki masjid rupanya aku silap"

Hasil usahaku aku dapat masuk ke MRSM sejak di Tingkatan 1. Kemudian aku dapat masuk ke MRSM Bitara semasa aku Tingkatan 4. Aku juga budak tajaan sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Dengan keputusan trial SPM, aku dapat masuk ke Universiti Oil & Gas terkemuka di Malaysia dan dapat biasiswa serta masuk program fast track.

Pada masa ini, banyak dugaan yang aku perlu tempuh sebagai anak golongan miskin b40 tapi aku nekad, aku perlu bangkit dan tidak hanya menerima nasib dijaja kesana kemari kerana aku seorang perempuan.

Aku masih ingat, sepanjang aku di MRSM, aku cuma balik beberapa kali sahaja dalam setahun kerana lokasi MRSM yang jauh dari rumah.

Untuk menjimatkan perbelanjaan tiket bas, aku perlu tinggal di hostel sedangkan pelajar lain balik bercuti.

Bila aku balik rumah di kampung, hibanya hati aku kerana dipaksa basuh pinggan yang menggunung, kemas baju adik beradik lelaki yang diselerakkan di lantai entah berapa minggu, kena mesin rumput bersihkan area kampung aku,

Sepertinya saja menunggu aku balik untuk uruskan semua ini. Kalau aku tak buat, semuanya perlu diuruskan oleh ibuku seorang.

Betapa gagalnya ayah aku mendidik anak lelaki menjadi orang yang beriman. Aku benci ayah. Jika difikirkan semuanya berpunca dari perangai ayah aku.

Bila siap makan, dia hanya bawa tangan ke sinki untuk basuh. Pinggan, bekas makanan, dan serpihan makanan ditinggalkan untuk aku bersihkan.

Sanggup panggil aku yang sedang menyiapkan kerja sekolah dari dalam bilik untuk bersihkan makanannya. Adik beradik aku pun sama. Bila aku protes, alasannya sebab aku perempuan.

Sungguh, aku hampir menjadi liar dan tomboy kerana keb0dohan adat perempuan kena buat kerja rumah.

Bukan setakat ini sahaja, aku juga bertanggungjawab dalam mendaftarkan adik beradikku masuk universiti.

Kemudian, hal sekolah, biasiswa, kerja, buat resume, buku teks , buat wiring rumah, buat water pressure rumah, baiki alat electronic rosak di rumah kerana tak mampu bayar repair,

Beli barang basah, bayar bill rumah, kerja sekolah adik dan beribu lagi kerja yang aku buat semata kerana aku seorang perempuan.

Adik-beradik lelaki dan ayah aku buat apa? Apa lagi goyang kaki macam aku dan ibuku bibik di rumah.

Selepas berkahwin, aku ingat hidup ku bertambah baik kerana bakal suamiku adalah orang masjid tapi aku silap.

Suami ku kerja site project, sejak berkahwin, aku sering ditinggalkan terkontang kanting uruskan semua sendiri dari. Masa beranak pun suamiku berada di luar negeri.

Ditakdirkan ketubanku pecah di pejabat. Betapa takutnya aku hadapi semua sendiri.

Sudahlah aku ber ehsan bekerja bagi bantu suami kerana dia tak mampu tampung perbelanjaan rumah hanya dengan gajinya.

Dia boros, makanan masakan rumah selalu tidak kena dengan tekaknya yang moden. Aku masih dilayan macam hamba. Hal anak, maintenance rumah, kereta, jaga mak mertua, semuanya aku handle sorang.

Dia jarang balik. Kadang 2 bulan sekali pun susah nak jumpa suamiku. Sungguh aku penat dengan orang bernama suami.

Kakak-kakak iparku juga terlalu dependent padaku. Kejap2 nak aku settlekan payment itu ini. Beli barang itu ini.

Dia sendiri tidak bekerja dan menganggur lebih 10 tahun.

Mak mertuaku kirim barang basah. Aku yang bekerja normal office hour perlu terkejar-kejar beli barang basah untuk keluarga mertuaku sedangkan kakak iparku ada saja untuk beli barang tersebut.

Duit pun aku selalu dahulukan duit gajiku. Aku penat!!!

Sungguh aku rasa tak berguna belajar tinggi-tinggi tapi nilaiku tetap hamba dimata lelaki. Aku rasa nak putuskan hubungan dengan mana2 lelaki yang tak worth it untuk aku. Serius.

Aku hari2 fikir lelaki ni liabiliti dalam hidup aku (kecuali anak aku). Aku bosan jadi perempuan di bumi malaysia.

– Tini (Bukan nama sebenar)

BACa: Pengemis kantoi kira duit sedekah bawah tangga, hasil sedekah undang reaksi netizen