Aku dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Berita kehamilan selalunya menjadi khabar gembira yang dinantikan oleh pasangan, terutama bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Namun, tempoh kehamilan bukanlah perjalanan yang mudah, kerana si ibu sering berhadapan dengan cabaran fizikal dan emosi sepanjang sembilan bulan tersebut.

Keinginan dan perubahan emosi wanita hamil memerlukan perhatian dan pemahaman daripada para suami.

Selain perubahan hormon yang menyebabkan ketidakstabilan emosi,

ibu mengandung juga sering mengidam makanan atau minuman tertentu, kadangkala yang sukar didapati.

Aku dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami

Namun, tidak semua pengalaman kehamilan dihiasi dengan sokongan suami. Seorang wanita berkongsi kisah duka apabila dimaki suaminya hanya kerana meminta roti canai ketika hamil.

“Saya pernah kena maki sebab nak makan roti canai masa mengandung. Macam saya susahkan dia. Sampai sekarang, apa bekas suami saya cakap tu memang saya ingat

. Dia bertuah, kedua-dua anak sayangkan dia. Nafkah pada anak OK, tetapi apa dia cakap dulu tu, saya takkan lupa sampai bila-bila,” luah wanita itu.

Seorang lagi wanita turut berkongsi pengalaman serupa, di mana dia menjadi mangsa makian suami sepanjang tempoh kehamilannya.

“Dapat tahu mengandung, aku kena maki. Tengah mengandung, kena maki. Dalam pantang pun kena maki. Silap orang dia buat aku macam tu. Habis pantang, badan kuat, terus cerai. Silalah teruskan hidup kau dengan maki hamun kau tu sorang-sorang,” katanya.

Pengalaman mereka ini menarik pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpandangan bahawa situasi dimaki masih dianggap “bertuah” berbanding menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Tapi kan, OK la awak kena maki. Saya kena pukul, kena tinggal. Bila dah jadi isteri, hanya mampu taat je. Sebab setan gembira, dia suka menghasut bila goyahnya sebuah masjid.

Sebab tu banyak kes cerai,” tulis seorang netizen, berkongsi pengalaman peribadinya.

BACA: Saya tidak takut, bapa saya polis, dia akan lindungi saya