“Aku cek fon suami, jumpa mesej dan call dari kakakku sendiri! Istigfar aku baca mesej mereka macam pasangan baru kahwin”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Salam semua, kisah ini sedikit panjang. Ini adalah mengenai kisah diri saya dan suami saya yang sekarang bekas suami saya.

Kisahnya seperti ini, kami sudah 2 tahun berkahwin dan menjadi pasngan bahagia.

kami tidak melangsungkan pertunangan kerana kami merasa tidak perlu bertunang dan ingin terus berkahwin kerana kedua belah pihak sudah setuju untuk percepatkan majlis perkahwinan.

"Aku cek fon suami, jumpa mesej dan call dari kakakku sendiri! Istigfar aku baca mesej mereka macam pasangan baru kahwin"

Saya mengenalnya melalui urusan kerja di mana sebelum ini saya berkerjasama dengan syarikatnya, dia seorang yang sangat handsome.

Seorang lelaki yang baik hati, lelaki yg boleh dikatakan idaman setiap wanita. Dia sangat kacak, ramai rakan saya yang ingin cuba memikatnya. Entah kenapa dia boleh bersama dan terima saya ketika itu.

Bila teringat balik kenangan dulu membuatkan saya tersenyum sorang sorang. Tapi bila teringat keadaan sekarang hanya tangisan di dalam hati.

Selepas kami berkahwin selama dua tahun, saya tidak berjaya hamil setelah membuat rawatan kesuburan. Dia masih ada bersama saya, menyayangi saya dan menjaga saya saat itu saya rasa down.

Alhamdulilah bos saya faham dan memberi cuti selama beberapa minggu untuk saya berehat dan kembali pulih.

Ibu saya ingin membuat gathering keluarga. Pada hari itu kami semua pergi bercuti di sebuah chalet. Sekarang apabila saya teringat kembali, saya tak tahu macam mana ingin kuat..

Saya cintakan suami saya sepenuh jiwa dan mempercayainya. Pada waktu malam semua orang berada di luar untuk meraikan hari lahir anak saudara saya.

Saya cari suami, tidak nampak kelibatnya. saya masuk dalam rumah dan lihat dia keluar dari bilik bersama kakak saya.

“Sayang?” Saya bertanya kepadanya kenapa kakak bersamanya. Dia mengatakan itu kebetulan sebab kakak tadi mintak nak guna cleanser saya sebab dia lupa bawa.

Saya mempercayai mereka, saya memberikan senyuman dan mengangguk sambil memegang tangan suami saya untuk ke luar.

Sebenarnya Itu adalah tanda pertama tetapi saya tidak syak apa apa masa itu.

Selepas itu, suami saya kena outstation untuk urusan kerja. Suami memang selalu ada busines trip oleh kerana dia antara orang yang penting di dalam syarikatnya dia terpaksa ikut.

Tahun itu, saya masih tidak boleh hamil. Saya tahu dia sangat mahukan anak. Secara kebetulannya kakak saya pun mempunyai business trip pada hari sama dengan suami. Tetapi dia manyatakan dia pergi negara lain. Saya tidak mengesaki apa apa lagi.

Berkali kali terasa seperti kebetulan. Kerap berlaku, sebelum ini tersempak mereka lunch bersama. Itu pun mereka hanya memaklumkan kepada saya hanya kebetulan.

Jika kebetulan, kenapa hadiah yang saya terima ketika mereka pulang dari business trip hadiah yang hampir sama. Mungkin di beli di tempat yang sama.

Saya mula merasa curiga dengan suami saya, dia tetap seperti biasa melayani saya dengan baik. Nafkah batin pun cukup. Tetapi saya merasakan ada sesuatu yang suami sembunyikan belakang saya.

Saya solat minta pertunjuk Allah atas apa yang saya rasa terhadap suami, saya menangis saya sujud kat sejadah menanyakan sebab mengapa saya masih tak boleh hamil. Saya nak bagi suami saya zuriat. saya nak tengok dia bahagia.

Saya sangat bersyukur saya berjaya hamil. Berapa hari setelah saya berdoa dan solat hajat, saya dapat mimpi di dalam mimpi itu mungkin jawapan tetapi saya fikir ia hanya mainan syaitan.

Orang cakap kalau bermimpi waktu 3 pagi gitu itu semua pertunjuk tapi saya tak percaya sangat. Tapi mungkin ini yang Allah ingin tunjuk

Saya ternampak suami tengah makan lunch dengan kakak. Saya tidak berhadapan dengan diorang tapi saya ikut ke mana diaorang pergi dari belakang.

Saya ingin ke pejabat suami kerana nak bagitahu berita gembura yang saya positive hamil tetapi kejadian hari itu telah membuka mata saya tentang hubungan sebenar suami dan kakak.

Saya melihat kakak saya melingkarkan tangannya ke lengan suami saya. Saya melihat suami memperlakukan kakak seperti bagaimana dia memperlakukan saya, pluk dan mesra.

saya terkejut dan menangis. Terus balik rumah dan tak masuk ofis saya bagitahu bos yang saya tiba tiba s4kit.

Malam itu, saya rasa tak kuat nak berdepan dengan suami. Saya akan cari bukti lain tentang hubungan mereka. Suami seperti biasa tetap memeluk saya setiap malam.

Saya check fon suami malam itu, saya jumpa banyak mesej dan recent call dari kakak. Saya istifar panjang. Bila saya baca mesej mereka banyak kata kata lucah dan memang seperti pasngan kek4sih.

Saya terus letak balik phone suami dan berlari masuk tandas dan meraung menangis sanggup suami cuurang belakang saya sambil usap perut. Tergamak seorang kakak buat macam ini kat adik kandung dia sendiri.

Saya tidak memberitahu suami tentang kehamilan saya. Saya bertanya dia, sama ada dia ada sesuatu sorok dari saya. Dia tanya saya balik kenapa. Saya hanya geleng kepada dan pluk dia sambil menangis. Saya kata kat dia yang saya terlalu sayangkan dia. Dia hanya angguk dan senyum.

Beberapa bulan lepas itu, Allah ingin tunjukkan sesuatu. Allah gerakkan hati saya untuk mengikut suami selepas saya balik checkup. Saya melihat suami bersama kakak saya memasuki hotel. Suami bagitahu saya bahawa malam itu dia harus OT

(saya tidak pergi kerja kerana saya ada temujanji checkup baby tetapi saya tipu cakap saya tak sihat )

Saya mengikut mereka sampai bilik hotel. Diorang bawa beg baju sekali. Saya berdiri di depan bilik hotel mereka, saya dengar segala yang mereka buat. Mereka terlanjur.

Lepas selesai berasmara, mereka keluar dari bilik dan terkejut melihat saya. Air mata yang saya tahan dari tadi terus kuar laju dan tidak sangka mereka mengkhianati saya.

Pedihnya hati saya apabila melihat baju mereka yang sebelum ini kemas terus jadi macam kena cakar kucing. ” Dengan apa yang berlaku tidak mungkin untuk saya percayakan abang lagi ” aku terus pergi.

Saya failkan percraian, saya merasa jijik meluat. Ibu pun sudah tahu, ibu sangat terkejut dan marah. Ibu halang kakak dari berjumpa dengan suami saya lagi. Saya menangis di mahkamah ketika kami bercrai.

Saya minta maaf kepadanya selepas selesai proses crai. Saya mohon ampun sebab saya tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada nya sehingga dia sanggup cuurang belakang saya. Jika perempuan itu bukan kakak sendiri mungkin saya tidak ses4kit ini.

Bekas suami tahu berita tentang saya hamil dan ingin rujuk kembali. Tetapi saya tidak mahu. Hati saya hncur dengan apa yang berlaku.

Saya berhenti kerja dan s4kit. Badan rasa lemah dan tidak bermaya ibu menjaga saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kawan kawan yang sentiasa bagi semangat dan menemani saya di saat saya hampir putus asa dengan hidup sendiri. Saya kena kuat kerana anak ini perlu kehidupan yang sempurna walaupun tanpa ayahnya.

Saya masih terluuka melihat kakak. Mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Saya terluuka tetapi saya gembira melihat apa yang kakak inginkan tercapai. Seorang suami yang sempurna. Kakak cantik memang mereka pasngan sempurna.

Di hari perkahwinan mereka, saya tidak hadir. Ibu juga tidak mahu pergi kerana tidak restu dengan perkahwinan mereka. Tetapi saya paksa ibu untuk pergi dan merestui.

Sekarang anak saya sudah 2 tahun, bekas suami ada memberi nafkah untuk anak saya menerimanya dengan ikhlas. Dia juga ada datang rumah untuk bermain main dengan anak. Tetapi anak saya nampak kekok dan menangis dengan dia.

Anak ini penguat saya. Saya mengandungnya seorang diri melahirkan bahkan menjaganya seorang diri dengan bantuan ibu ayah. Anak saya sekarang membesar dengan pintar dan tampan sama seperti ayahnya.

Saya bersyukur ada ibu yang sangat memahami. Untuk ibu terima ibu kerana menjaga saya di saat saya terlalu saakit. Selalu ada di samping saya setiap masa ketika saya tengah kecewa. I love u ummi.

Semua nampak saya tenang dan kuat. Tetapi setiap kali ada gathering keluarga saya tidak akan hadir sebab ada kakak dan bekas suami.
Saya nak jadi ibu yang kuat untuk anak saya. Saya ingin mendidiknya dengan baik. Semoga anak saya membesar dengan baik menjadi anak lelaki yang soleh dan nanti besar tidak akan menyakiti hati perempuan.

Semua rakan ofis sangat sokong dan selalu memberi semangat. Bekas suami saya, dia berhenti kerja dan pindah tempat lain kerana malu dengan apa yang terjadi. Saya doakan rumahtangga mereka bahagia dan kakak tidak akan s4kit seperti mana saya s4kit.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nur Hela, Nasihat sy utk awak. Teruskan shut people out. Kecuali mak awak. Sebab apa, sebab manusia ni bermuka muka.
Kakak sendiri pun takleh caya. Cilaka. Dan berhentilah cakap ex awak tu suami yg perfect. Kalau dia perfect dia tak cari betina lain.

Hidayah Yuri, Dh la terlanjur dgn kakak ipar sendiri, pastu crai si isteri, kawen pulak dgn kakak dia. Weyhhh klau aku dok tempat confessor ni taktau la nk ckp. Maybe aku dh lari hiilangkan diri dan takkan balik2. I is cannot brain la..

Zainatul Zahara, pernah sembang ngn sorang makcik ni. kenalan la jgk. dia luah cerita yg kakaknya ada affair ngn suami dia masa muda2 dlu. org duk nmpk depa cek in hotel. mula2 dia xpercaya tp busted tertgok kakak nya tu pluk suami dia dri belakang n suami dia buat nohen je.

Katanya sampai tua skng pun dia xleh lupa n maafkan even laki dia dh mngal pun. yg sedihnya tinggal depa dua je adik beradik. abg nya dh mngal. yela tua dh kan tp sedih la. org lain dh tua2 la rapat lg ngn adik bradik nk2 lg tinggal berdua je.

Makcik tu kata kesal sgt dia syg akak dia tp xboleh lupa apa jd hmmm.. kesian makcik tu. pada tt sy harap awk kuat la. sb sy sndri menitik air mata masa makcik tu cerita. dia still hidup dgn suami dia sampai suaminya hembus nafas terakhir.

Itu pun bg dia sksa sgt. inikan pula tt yg bekas suami dh nikah dgn kakak sndri n tt ada ank lg dgn ex. saakit yg takkan berpenghujung sb drah daging sndri.

Cik Hana, boleh giila aku baca… aku doakan ko dapat lelaki yg sejuta kali lebih baik dari ex husband ko. and they will meet their kifarah.

tapi sebab aku geram sangat, aku nasihatkan hang p je ape2 event family. lepas tu hang cakap lepas dan sindir dorang. bagitau anak hang depan2 dorang inilah bapak kamu yg diambil makcik kamu ni.

BACA: “Dia suruh saya tambah kerja untuk tampung keinginan dia, saya susah saving sebab hutang dia tapi dia boleh saving RM800 sebulan”