Diva AA marah dengan gurauan yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) berikutan penularan video kontroversi beberapa hari lalu.
Dalam video yang tular itu, KJ menggunakan ungkapan seperti ‘hari ini saya menang’ dan ‘saya ulang’, yang dilihat
seolah-olah mempermainkan kenyataan Perdana Menteri. Sindiran berbentuk gurauan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak, termasuk Azwan Ali.
“Walaupun aku bukan penyokong, tapi aku takkan kutuk secara live macam tu. DJ lain pun ketawa, memang rakyat marah.
Kenapa padam video? Come forward la. Aku cabar pengurusan keluar mintak maaf,” katanya dalam hantaran di aplikasi X.
Azwan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan penerbit dan penyampai radio lain, tetapi tindakan semasa siaran langsung yang tiada etika tidak boleh diterima.
Sebelum ini, video KJ yang mempromosikan diri untuk ABPBH dalam usaha meraih undi sebagai Penyampai Radio Paling Popular 2024 mendapat perhatian ramai apabila netizen bertelagah mengenai cara ‘bermenifesto’ KJ.
Ramai yang menuduh KJ menyindir PMX dengan intonasi suaranya semasa berkempen.
Isu ini semakin meluas apabila ada pihak yang mahu memboikot stesen radio kerana kontroversi tersebut.