“Aku buka pintu rumah perlahan-lahan, sekali ternampak sepasang kasut wanita yang tak dikenali, rupanya ini yang suami buat dengan jiran sebelah”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Apa kurangnya saya di mata suami.Mengapa setelah sekian lama berumahtangga, saya diperlakukan seperti rupa.

Mengapa kebahagiaan yang saya nikmati itu mampu bertahan sekejap sahaja

Mungkin inilah ujian yang harus saya tempuhi untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

"Aku buka pintu rumah perlahan-lahan, sekali ternampak sepasang kasut wanita yang tak dikenali, rupanya ini yang suami buat dengan jiran sebelah"

Ketika saya menulis luahan ini, air mata saya tidak henti-henti mengalir dan tidak pasti dengan perasaan saya sendiri.

Adakah sedih, adakah puas atau pun adakah rasa dndam yang mendalam terhadap suami. Suami saya telah banyak kali merobek dan meluk4kan hati saya. Dia juga pernah meningg4lkan saya bersama tiga orang anak-anak yang amat-amat memerlukn kasih seorang ayah.

Bukanlah kemewahan yang saya cari atau harta benda yang melimpah ruah kerana kebahagiaan bukan diukur dengan wang ringgit. Saya menerima suami saya seadanya di awal perkenalan kami dulu.

Setelah beberapa bulan bercinta, kami pun bernikah dan melangsungkan perkahwinan secara sederhana. Majlis yang diadakan tidaklah segah dan semeriah pas4ngan-pas4ngan lain kerana kami bukannya dari keluarga senang.

Pada ketika itu usia saya masih muda, masih di awal 20-an lagi. Rasa sayang yang sangat mendalam terhadap suami menyebabkan saya tidak mengendahkan nasihat keluarga saya dan tetap mahu meneruskan perkahwinan. Saya adalah anak sulung dari enam orang adik beradik dan berasal dari negeri Pahang.

Apa yang saya ingin luahkan ini adalah berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun yang lepas. Suami saya bekerja sebagai seorang kerani biasa. Biarpun dia tidak berjawatan tinggi dan bergaji sederhana, namun saya rasa mencukupi dengan apa yang dia berikan kepada saya setiap bulan.

Oleh kerana sayang, saya tak kisah pun untuk berkongsi apa sahaja demi untuk hidup bersamanya, biarpun terpaksa berdikit-dikit serta berjimat-cermat.

Saya juga bekerja untuk membantu suami menjelaskan kos sara hidup. Segala kerja di rumah, saya buat walaupun keletihan kerana seharian bekerja. Namun suami berlagak seperti masih bujang. Bermotor ke sana dan ke sini seolah-olah tiada keluarga di rumah. Malam baru dia balik ada ada kalanya tidak pulang-pulang ke rumah.

Saya ketika itu sedang mengandung dan mengharapkan kelahiran anaknya nanti akan membuatkan dia lebih bertanggungjawab dan berubah menjadi seorang ayah yang baik. Namun harapan hanya tinggal harapan.

Selepas saya melahirkan, dia langsung tidak mahu melihat apatah lagi untuk menyentuh anaknya. Apalah salah anak sehingga dia diperlakukan begitu? Dia juga sudah mula menyakiti saya secara fizikal. Saya selalu saja dipkul jika ada perkara yang dia tidak berkenan dengan diri saya.

Setelah kelahiran anak kedua kami, saya sudah mula mendengar dari mulut jiran sebelah rumah yang suami selalu membawa perempuan ke rumah sewa kami apabila saya keluar pergi bekerja.

Pada mulanya saya tidak mengendahkan kata-kata jiran tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, kerana saya tahu suami tidak akan tergamak melakukan sedemikian walaupun dia seorang yang mudah baran. Selain itu saya takut mengakui hakikat bahawa ia adalah satu kebenaran.

Oleh kerana ingin mencari bukti, saya bertekad untuk menyiasat sendiri perkara itu. Pada satu hari, saya telah meminta cuti separuh hari dari tempat saya bekerja untuk pulang awal ke rumah. Anak-anak seperti biasa saya hantar mereka ke rumah jiran pada sebelah pagi untuk dijaga.

Sepanjang perjalanan ke rumah menaiki LRT, saya berdoa semoga suami saya tidak melakukan apa yang diperkatakan oleh jiran sebelah rumah tu. Hati saya semakin berdebar-debar sewaktu hampir sampai ke rumah.

Sesampainya saya di hadapan pintu rumah sewa kami, saya lihat kasut suami berada di tempat rak kasut dan motorsikalnya berada di dalam perkarangan rumah. Hati saya tertanya-tanya, adakah suami pulang sekejap untuk mengambil sesuatu. Jika suami berlaku cur4ng, pastinya ada kasut perempuan sekali kelihatan.

Saya mengeluarkan kunci rumah dan membuka pintu secara perlahan-lahan. Mata saya melihat-lihat sekeliling dalam perasaan yang semakin berdebar-debar. Mata saya menangkap sesuatu. Sepasang kasut yang saya tidak pernah lihat sebelum ini.

Ya, ianya milik seorang perempuan berdasarkan dari saiz dan bentuknya. Ianya diletakkan kemas di tepi pintu dapur rumah sewa kami. Ini bermakna suami saya membawa masuk pemilik kasut tersebut melalui pintu belakang, iaitu dari pintu dapur.

Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran saya. Saya kuatkan hati untuk menuju ke kamar tidur kami. Dengan perlahan saya memusingkan tombol pintu dan membuka daun pintu bilik.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika ituSaya melihat pemandangan yang sangat-sangat memalukn dan merobek segala bagai isi hati saya. Suami saya sedang bercumbuan mesra dengan seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan bertelanjang bulat

YaDia sedang berzina dengan orang yang saya kenali iaitu jiran selang beberapa buah rumah dari rumah kami. Saya rasakan dunia saya gelap seketika apabila terpandang pemandangan yang sebegitu.

H4ncurnya hati saya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apabila suami saya menyedari kehadiran saya, dia bingkas bangun dari katil dan menampar-nampar pipi saya berkali-kali.

Tak cukup dengan itu, dia menolak pula badan saya sehingga saya jatuh terduduk di atas lantai. Saya rasakan d4rah mengalir keluar dari hidung dan mulut saya. Walaupun s4kit, hati saya lebih s4kit dari itu.

Wanita itu pula hanya melihat saja tanpa berbuat apa-apa. Dia segera bangun dengan berselimut dan kemudian memakai semula pakaiannya yang bertaburan di atas katil.

Pada ketika saya dikerjakan oleh suami, saya cuba menahan dengan setiap kudrat yang saya ada. Wanita itu pergi begitu sahaja tanpa rasa bersalah bagaikan tiada apa yang terjadi.

Suami menarik lengan saya dan menghumbankan saya ke katil sambil memberi amaran jangan bising dan jangan pergi ke mana-mana. Selepas itu suami pergi ke perempuan itu seketika dan kembali kepada saya semula. Saya ditumbuk berkali-kali sehingga tidak sedarkan diri.

Saya dibawa ke hspital oleh seorang jiran yang mendengar kekocahan yang berlaku di dalam rumah. Apabila saya sedar dari pengsan, anak-anak ada di sebelah saya yang dihantar oleh jiran yang baik hati tersebut.

Sejak hari itu, suami saya sudah tidak pulang-pulang ke rumah lagi. Saya membuat keputusan untuk meminta fasakh dan kemudian membawa bersama anak-anak berpindah ke rumah ibu bapa.

Mujurlah ibu bapa saya memahami. Mereka yang banyak memberikan bantuan dan sokongan moral. Masalahnya ibu bapa mentua langsung tidak mahu masuk campur dan enggan menyalahkan anaknya itu atas setiap perbuatan yang dilakukan.

Lima tahun usia perkahwinan kami dan sampai ke saat itu saya masih mampu bersabar dan bertahan dengan sikap suami. Namun apabila saya mendapat tahu yang suami meniduri wanita lain, lebih-lebih lagi perempuan itu adalah jiran yang saya kenali… itu memang tidak boleh dimaafkan lagi.

Jiran tersebut sebenarnya bukanlah dari golongan perempuan yang baik-baik. Dia merupakan bekas GRO dan pernah berkahwin dan bercer4i beberapa kali sebelum ini. Bukanlah saya nak cakap semua janda itu jahat, tetapi tak kira apa juga status wanita tu harus kawal nafsu. Jika tidak ianya akan membawa sesuatu yang tidak baik dan memecah-belahkan masyarakat.

Bagi saya biarpun setahun telah berlalu, namun peristiwa tersebut masih berbekas di hati saya sampai ke saat ini sehinggakan saya jadi phobia untuk berumahtangga lagi sedangkan ada beberapa lelaki yang cuba mengetuk pintu hatisaya.

Apa yang paling-paling penting adalah saya harus fokus pada kerja demi menyara anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa itu. Alhamdulillah, kini saya berjaya dan mungkin kejayaan ini tidak saya kecapi sekiranya terus hidup bersama dia.

Dahulu saya hanyalah seorang pekerja biasa, namun atas doa ibu bapa dan galakan yang tak putus-putus dari mereka, saya telah dilantik menjadi pengurus di syarikat saya bekerja. Bagaikan mimpi, dalam masa setahun saya berjaya mengatasi segala kesul1tan hidup dan kini boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik dari sebelum ini.

Saya meneruskan kehidupan dengan anak-anak dan ibu bapa. Saya juga telah mula menyimpan sedikit demi sedikit untuk bekalan anak-anak dan usia tua saya. Anak-anak pun tidak pernah bertanyakan di manakah ayah mereka sekarang walaupun mereka telah boleh berfikir seperti kanak-kanak yang lain.

Apa yang saya dengar, dia sudah pun sudah diberhentikan kerja kerana sikapnya yang asyik ponteng kerja dan kurang berdisiplin. Barulah saya menyedari bekas suami saya itu adalah seorang kasanova.

BACA: Kecoh dakwaan Menteri KDN kahwinkan pasangan non muslim, sekali JPN tampil bersuara