“Aku bersumpah dalam hati pak sedara mati, sampai sekarang aku tak mampu maafkan apa yang dia buat pada aku”.
Saya Aleyna 30 tahun, saya nak cerita tentang kehidupan saya sejak kecil yang sangat susah, berat dan banyak dugaan.
Semoga menjadi pendoman pada mana-mana yang rasa dalam kesulitan.
Saya dari keluarga yang agak susah, adik beradik ramai. Ayah saya kerja kampung, mak memang suri rumah sahaja.
Apa yang kami makan selalu kena kongsi, kalau burger 8 beradik beli 2 je potong 4, mangga 1 kongsi 2 orang.
Makanan harian kalau lauk ayam dan ikan memang jarang sangat dapat.
Mak pun selalu berhutang dekat kedai dan bayar bila ayah ada duit. Kadang-kadang telefon pak sedara mak sedara minta pinjam sementara tu.
Ayah saya penagih dadah, minum ketum, ambil metadone.
Waktu sekolah rendah dan menengah adalah tempoh paling sulit untuk saya. Orang panggil saya anak man dadah, anak man ketum, sampai orang takut nak kawan dengan saya seolah saya ada HIV.
Saya jadi tak ada keyakinan dalam diri, cikgu yang tahu pun selalu perli saya dan cikgu ramai tak suka saya disebabkan ayah saya.
Waktu saya darjah 3 mak ayah selalu tinggalkan saya dekat rumah abang dia yang dah berkahwin dan ada 6 orang anak.
Waktu dekat situ saya dicabul banyak kali dan jadi trauma setiap kali mak nak hantar tumpang, dia intai saya mandi.
Dia cabul saya dan akhirnya sebab saya dah tak boleh tahan dan pendam saya ceritakan semua pada mak, mak mengamuk dan bawa saya buat report polis.
Waktu itu doktor ada periksa saya juga dan nak tolong hingga ke mahkamah.
Tapi selepas pada itu keluarga ayah termasuk ayah minta saya tarik aduan disebabkan boleh putus hubungan keluarga, waktu ini saya sangat-sangat sedih, walau baru darjah 4 saya mengalah.
Di sekolah saya diejek penipu, dan ada kawan kelas buat adegan mengandung untuk hina saya.
Saya tak cerita pada mak dan hanya pendam.
Manusia tak pernah lupa semua sampai sekolah menengah saya masih dihina..
Saya bersumpah dalam hati agar pak sedara saya mati, dan akhir dia meninggal secara tragik sampai sekarang saya tak mampu maafkan dia walau dah bertahun-tahun berlalu.
Dia cabul dan saya tarik dakwaan dia hebahkan pada kampung yang saya hanya buat cerita, sedangkan jelas lagi di ingatan saya apa dia buat.
Waktu saya tingkatan 4 saya hampir dir*gol. Semasa waktu ke kedai ada lelaki naik motor cuba ganggu saya dan tolak saya ke semak, nasib baik ada orang kampung datang bantu saya.
Saya ada kawan baik lelaki waktu ini dan dia meninggal kena langgar kereta api, dia tempat saya cerita semua sebab perempuan tak nak kawan anak penagih macam saya,
Lepas dia meninggal saya mengalami depression yang sangat teruk ditambah hinaan orang, saya cuba bunuh diri dengan makan panadol.
Saya pengsan disekolah. Cikgu bawa ke hospital. Saya dibawa jumpa doktor sakit jiwa dan mak pindahkan saya ke sekolah dekat rumah kakak dia.
Waktu ini saya ingat semua dah berakhir, saya boleh mula hidup baru tanpa orang kenal saya, tapi saya dibuli pula dengan 1 group kelas baru disebabkan ramai lelaki suka saya waktu itu. Agak teruk juga saya kena.
Untuk selamatkan diri dari dibuli saya bercinta dengan 1 lelaki iaitu kawan kelas.. Habis sekolah kami putus.. Maafkan saya..
Saya dapat lanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur..
Start dari situ apa yang saya alami sejak kecil mulai beri kesan, saya tak ada keyakinan, saya penakut, saya selalu gelisah, susah tidur, dan saya takut kawan-kawan tahu siapa saya.
Saya berjaya tamatkan pengajian tanpa masalah disitu cuma tiada keyakinan adalah masalah besar saya.
Saya mula bekerja dan mula nak cari jodoh tapi setiap kali saya dengan mana-mana lelaki pun saya takut mereka tak akan boleh terima keluarga saya.
Ramai lelaki cuba dekati saya dan saya selalu kecewakan mereka sebab keadaan saya dan family,
Akhirnya pada 2015 saya jumpa 1 lelaki ini dan saya ingin cuba dengan dia, alhamdulillah dia terima saya seadanya, ayah saya semua dia tahu.
Dan kami berkahwin dan sangat bahagia, dia ajar saya erti bersyukur dan hargai kehidupan.
Terima kasih semua yang sudi baca, saya harap mana-mana yang mempunyai kehidupan sukar kena kuat untuk teruskan hidup.
Saya tak cerita 100% tapi saya rasa cukup bagi semua tahu keperitan saya dari kecil dan jadikan panduan kehidupan, bahawa dugaan besar mana, Allah bagi ikut kemampuan kita.
Terima kasih..
BACA:
Hanya kerana tak bersedia galas tanggungjawab sebagai suami, lelaki ini cekik tunang sampai mati