Assalamualaikum dan salam sejahtera admin.Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi kisah hidup saya.
Saya dalam proses pencerraian bersama suami saya.
Perkahwinan kami akan menginjak ke tahun ke-8 dan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Saya berkenalan dengan suami saya pada zaman university. Dia sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan baik.
Keluarga suami saya memiliki syarikat Kontraktor, suami saya turut bekerja dengan dengan keluarganya selepas habis belajar.
Alhamdullilah sepanjang 8 tahun ni tak pernah ada yang kurang dari suami saya. Cukup lengkap semuanya dari segi nafkah, rumah.
Walaupun saya membesar di PPR, suami saya terima saya seadanya. Saya tidak perlu bekerja kerana suami saya cukupkan semua keperluan.
Cerita bermula awal tahun ni. Sepanjang perkahwinan, saya mempercayai suami saya, dia bukan seorang yang akan curang.
Saya kenal semua kawan suami saya. Mereka semua kelihatan baik dan kebanyakkan mereka adalah rakan perniagaan.
Cuma satu hari ni, saya tergerak untuk memeriksa computer suami saya.
Hari tu saya rasa resah sangat. Tuhan seolah oleh gerakkan hati saya untuk selongkar satu rumah.
Ketika membelek belek computer suami saya, saya terjumpa satu hidden folder.
Di dalam folder tersebut penuh maklumat seperti ic, slip gaji, no account, no kad bank, alamat rumah, no telefon, no telefon mak ayah, adik beradik.
Pada mulanya saya cuba bersangka baik, mungkin ini maklumat pekerja suami saya tapi kenapa slip gaji semua dari syarikat lain lain, bukan syarikat suami saya?
Saya godek file tu dan saya terjumpa satu folder yang buat drah saya berderau. Dalam folder tu penuh video orang dipkul, poster wanted.
Saya takut. Selama ni saya rasa dilindungi tapi hari itu saya rasa seperti tak kenal suami saya.
Saya mengesyaki suami saya terlibat dalam g4ngsterism dan peras ugut. Saya tak mahu tuduh melulu.
Suatu hari suami saya pergi bermain golf di Kota Kinabalu. Saya beranikan diri untuk pergi ke office suami saya.
Saya mintak setiausaha suami saya semua financial statement, saya geledah office suami saya dan terjumpa peti besi yang penuh dengan duit dan kad bank.
Saya paksa setiausaha suami saya untuk ceritakan apa yang berlaku, baru saya dapat tahu rupanya suami saya Ah Long.
Kad bank dalam peti besi tu milik mangsa dan setiap bulan pekerja dia akan mengambil kad bank itu dan keluarkan duit. Duit itu diletakkan di dalam peti besi.
Allahu, saya menangis sekuat kuatnya di dalam kereta. Saya takut.
Saya tak sangka suami saya yang selalu bersedekah ke masjid, yang jaga saya dan anak anak dengan penuh kasih sayang, yang hormat ibu bapa jadi begini.
Selama ni apa yang saya makan duit haram, anak anak saya membesar dengan duit ni. Hancur hati saya.
Saya suruh setiusaha suami saya rahsiakan yang saya ke office pada hari itu. Saya bertekad untuk dedahkan perbuatan suami saya.
Ini jnayah, apa yang suami saya buat mengkhianati kepercayaan saya keluarga dan anak anak. Saya takut. Saya takut sangat.
Saya perasan suami saya suka keluar setiap malam Jumaat. Setiap malam saya cuba ekori suami saya, hinggalah satu malam saya ekori suami saya ke sebuah kawasan perumahan di Puchong.
Saya track iOS suami saya, bila saya sampai disitu saya nampak suami saya sedang pijak seorang lelaki di depan anak dan isterinya. Saya terus keluar dari kereta dan berhadapan suami saya.
Suami saya dan konco konconya terkejut. Saya mintak suami saya cerraikan saya.
Saya pulang kerumah, ambil anak dari orang gaji saya dan terus kerumah mak ayah saya. Saya tinggal dengan mak ayah saya hingga sekarang.
Saya ada semua bukti perbuatan suami saya, tapi saya tak bawa ke polis. Cukup sekadar suami saya cerraikan saya.
Saya masih lagi sayang dekat dia. Dia tidak pernah pun kasar atau tinggi suara dekat saya.
Cukup kasih sayang dia tapi ia tetap tak menghalalkan perbuatan haram ini. Doakan saya.
Reaksi Warganet
Lyana Khan – Selalu jumpa geng geng yang bawa banyakkkk kad bank dan cucuk duit tiap tiap awal bulan.
Mula mula fikir “bagussnya mesti banyak bisnes”.
Entah macam mana, tetibe rasa ada tak kena. Sebab sy try minta di bank buka lebih 2 akaun tak dibenarkan.
Saya agak mereka adalah ah long. Sebab satu bank je diaorg ada 20-30 kad bank. Serammm je sebab tengok semua muka baik baik
Edha Yadhira – Respect dengan puan! Bukan tindakan yang mudah untuk berpisah dengan suami yang cukup nafkah, layanan pun terbaik, penyayang.
Kalau orang lain mungkin ambil masa atau tutup mata saja, asalkan ‘bahagia’.
Allah bersama puan, semoga puan dipermudahkan segala urusan
Nur Adriana Syazwani – Sayang sangat TT mintak cerrai macam tu je.
Dari kisah peribadi dia, suami dan anak anak takde masalah pun. Suami pun menyayang, lembut dengan dia.
Biasa la dekat tempat kerja karakter lain, dengan keluarga karakter lain.
Mintak cerrai waktu tengah ‘buat job’ aduh. Malu laki dia. Risau dia dan keluarga dalam ancaman.
Kalau ajak bincang, mungkin tak terancam sangat, bila bincang berdua hati ke hati ni lain.
Entah macam tak matang lagi je TT ni. Hebat tara mana ntah ramai komen hebat. Takde bincang apa. Terus buat keputusan melulu.
Mungkin suami boleh berubah, cuma perlukan bimbangan. Tu la tugas bini.
Perkahwinan dia. Kite lak terasa sayang nya musnah
Halijah Siti – Puan, rezeki yang puan dapat daripada suami adalah halal sebelum puan mengetahui kerja suami.
Namun setelah mengetahui, maka puan berhak untuk mencegah.
Moga suami puan lebih sayangkan puan dan anak anak dan lebih memilih puan dan anak anak untuk tinggalkan kerja ribanya.
Fadz Li Dya Midd – Bukan semua sanggup berkorban tinggalkan pasangan yang dicintai dan hidup selesa demi pendapatan halal.
Bab duit atau rezeki ramai yang masih berdolak dalik, selagi boleh pusing tetap cuba halalkan yang haram.
Tahniah sis sebab kuat untuk keluar daripada zon selesa. Cerita betul ke tak malas pikir. Tapi prinsip halal haram pendapatan tu, perlu ditegaskan.
Farahin Lee Abdullah – Saya percaya dengan cerita ni sebab pernah ada pengalaman begini.
Saya dikenalkan dengan seorang lelaki Melayu tapi nama samaran bangsa lain. Dia tahu semua ttg family saya.
Ingatkan peminat setia, rupa rupanya ayah saya membayar hutang mak tiri saya pada dia setiap bulan. Dan dia “control” mak tiri saya. Dia ada 4 kedai mesin jvdi.
Sekarang dia anak 2 juga. Harap harap bukan la suami puan confessor ni..
Syieda Salleh – Banyak komen yang macam perlekehkan confessor. Tapi pada saya, terasa cerita ni tak mustahil.
Terfikir gak, macam mana agaknya perasaan family Ah Long bila dapat tahu ketua keluarga mereka adalah Ah Long.
Sungguh tak tercapai dek akal saya sekiranya dapat tahu suami saya Ah Long.
Nauzubillah. Moga Allah permudahkan urusan puan dan anak anak.
BACA: Patutlah cari tak jumpa-jumpa, rupanya ada destinasi yang tak boleh ditambah dalam google maps