“Aku banyak makan hati dengan sikap laki, dia curang 8 kali tapi aku maafkan dia sebab sayang”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

“Aku banyak makan hati dengan sikap suami aku. Dia pernah curang hingga lapan kali. Dia juga kaki pukul, suka maki hamun aku, dan pernah langgan pelacur.

Namun, aku selalu maafkan dia sebab terlalu sayang,” luahnya melalui satu perkongsian di laman sosial.

Kerana tidak tahan lagi, dia dan suami membuat keputusan untuk berpisah dan dia nekad mahu memulakan kehidupan baru.

Semasa dalam tempoh idah, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang baik, menjadi pendengar setia masalahnya, dan sering memberikan kata-kata semangat yang menceriakan hidupnya kembali.

Namun, hubungan rapat mereka tidak bertahan lama apabila lelaki itu dilihat mula menjauhkan diri daripadanya.

"Aku banyak makan hati dengan sikap laki, dia curang 8 kali tapi aku maafkan dia sebab sayang"

“Dia jarang menghubungi aku. Dulu, kami sentiasa call dan video call tanpa henti. Aku peliklah, kenapa? Hampir dua minggu dia menghilang sebelum menghubungi aku semula,” ujarnya.

Selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya membuat pendedahan yang tidak disangka-sangka.

“Dia mengaku sebenarnya dia suami orang. Masa tu aku sangat down. Aku tak nak teruskan hubungan ini, tapi dia merayu-rayu. Dia burukkan isteri dia dan janji nak bercerai untuk kahwin dengan aku.

“Aku percaya pada mulanya, tapi dia menghilang lagi selama dua hingga tiga minggu. Aku stalk akaun Instagram isteri dia dan tengok mereka bahagia, pergi bercuti, dan isteri dia hamil.

“Aku tanpa berfikir panjang terus block nombor telefon lelaki tu. Aku tak nak jadi penghancur rumah tangga orang,” tegasnya.

Tanpa diduga, sebelum tamat tempoh idah, suaminya datang merayu agar diberikan peluang untuk merujuk semula dan berjanji hendak berubah.

“Aku sebenarnya tak mahu teruskan, tapi kerana mak ayah aku, dia juga sudah berjanji depan mereka bahawa dia mahu berubah. Mak dia sendiri datang jumpa aku untuk minta maaf dan cakap aku ni menantu yang baik pernah dia ada.

“Akhrinya aku mengalah dan terima dia semula. Kami rujuk kembali. Alhamdulillah, kami muhasabah diri dan perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan pada suami aku, bersyukur sangat,” katanya.

BACA: Sanusi halau Gerakan keluar PN? Netizen teka tak lama lagi Bersatu pula kena halau