Apa yang ingin aku luahkan bukan berniat untuk memburukkan sesiapa atau membuka aib sesiapa. Percayalah kifarah Allah itu ada.
Kisah ini hanya diceritakan pada bahagian aku. Bahagian orang lain yang terlibat aku tak pasti.
Pengajaran, yes. Kisah ini pengajaran untuk insan-insan diluar sana yang masih bergembira bergelumang dosa, jauh tinggalkan Allah.
Aku bukan anak yang baik. satu persatu ujian telah menimpa keluarga aku. setelah dilerai dan dicantumkan kisah semalam. Aku faham kenapa seberat ini ujian Allah bagi pada aku. Aku anak yang terlahir daripada hubungan tidak halal.
Ye, walaupun aib itu Allah tutup rapi dan kemas (Nama aku masih berbinkan ayah aku). Tapi hidup aku satu-satu diuji.
Mak aku solat tapi ayah aku tak pernah solat.Awal-awal aku tak tahulah, tapi sepanjang aku besar aku tak pernah nampak ayah solat. Aku pernah diraba Ayah aku,
tapi semua ahli keluarga diamkan (termasuk saudara mara) dimata aku mereka mendiamkan kerana tak percaya apa aku cakap atau nak tutup aib mereka sahaja. dan aku sendiri selalu buat perangai.
Adik aku lari dari rumah. sampailah ketahap kritikal adik aku diro* g0l oleh ayah aku. Tapi masih disuruh diam, tak nak lapor polis. Tapi Allah maha baik, Allah tuliskan takdir adik aku masuk hospital dan segala-gala terbongkor.
tapi masih ahli keluarga (saudara mara) suruh kami berdiam diri. Dimata mereka sama, adik aku yang bermasalah, adik aku buat dengan lelaki lain. Sakitnya hanya Allah tahu.
Nak aku jerit pada sorang-sorang. tapi aku akan pastikan adik aku takkan hanyut macam aku. dan kata-kata polis yang terkesan dihati aku “kalau awak report dari mula ayah awak buat awak adik awak takkan jadi mangsa”.
ye, betul walaupan hanya R4BA. TAK LUAK APA. Terdetik hati aku, orang yang fitnah kata adik aku menipu tu aku harap anak dia kena apa yang adik aku rasa.
Tapi cepat-cepat aku sangkal fikiran itu bila terbaca satu kata-kata “berdendam hanya melukai hati sendiri, sebaik-baik dendam adalah memaafkan” ye, aku cuba memaafkan tapi tak mungkin melupakan” Bila terjadi semua ini satu persatu cerita keluar dr adik-adik aku yang lain.
Rupa rupenya selama ini mak aku disuruh mencuri daripada pasaraya kerana tidak cukup duit membeli barang asas. Ayah aku tak bekerja. Kaki judi. Allah. retak hati ini, hancur hati ini. betapa hancurnya keluarga ini.
Sesungguhnya aku tak kuat, tapi aku tahu aku kena kuat supaya adik-adik aku berjaya dan tak hanyut dengan dunia gelap.
Kepada yang baru hendak berkahwin binalah asas perkahwinan dengan jalan yang diredhai Allah, SOlatlah solatlah solatlah.
Pesan aku, jaga keluarga anda. Kepada yang masih bergembira bergelumang dosa zina hari ini cukup-cukuplah.
Ada hati yang akan hancur pada masa depan. Ada jiwa yang akan merana. Bertaubatlah.
Kepada yang sedang menerima nasib sama macam aku bangkitlah, kau kena kuat demi keluarga dan ibumu. Aku tak kuat, tapi kita mampu.
Doakan keluarga aku kembali dijalan diredhai Allah, adik-adik aku berjaya dunia akhirat dan tolong doakan AYah aku mati sempat bertaubat .
sebab apa pun jadi dia tetap ayah aku. Aku doakan korang jugak.