“Aku ambil cuti setahun tanpa gaji tapi suami tak tahu, 3 bulan jadi surirumah, suami layan aku macam hamba, pengemis”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Dengan jawatan yang tinggi aku minta cuti setahun tapi suami ingat aku dah berhenti. Baru e bulan jadi surirumah, suami berubah.

Aku nak makan pun ibarat pengemis, mertua yang dulu tatang aku, kini pandang h1na.

Sehinggalah mereka h1na anak aku anak siaI sebab berpenyakit. See you in court!

"Aku ambil cuti setahun tanpa gaji tapi suami tak tahu, 3 bulan jadi surirumah, suami layan aku macam hamba, pengemis"

Salam dan Hi Warga FB. Nama aku Hanna. Aku seorang graduan Engineering dan menjawat jawatan sebagai Engineer di salah sebuah MNC di Malaysia. Sejak kecil ibu mendidik aku supaya bekerja sendiri.

Dari zaman kanak-kanak, aku dah mula tolong ibu berniaga kuih hari-hari. Disaat budak lain tengah seronok bermain, aku ditahan di rumah untuk menolongnya menguli tepung. Tapi dari situ aku dapat upah. Ibu seorang ibu tunggal.

Ayah aku pergi bawa diri disaat aku masih merah. Ikut janda katanya. Hingga hari ni adalah beberapa kali saja aku bertemu dengan ayah. Paling lama dia dapat jumpa aku pun waktu akad nikah dulu. Itu pun tak lama, e jam sahaja.

Ibu mengalami trauma yang teruk. Sebab itulah dia selalu berpesan, jangan sesekali berhenti kerja. Dia sanggup golok gadai menghantar aku ke Universiti terkemuka kerana impiannya melihat aku berjaya. Selepas aku graduate, aku dipinang oleh pasangan aku sekarang.

Mulanya ibu tak izinkan sebab dia nak aku ada aset dulu. Tapi yelah, aku masih muda dan terikut budaya kahwin awal. Aku memberi jaminan kepada ibu yang aku akan bekerja dan tidak akan sesekali berhenti. Selepas berkahwin, aku dan suami merancang untuk tidak ada zuriat buat sementara waktu.

Waktu itu suami aku memang seorang yang baik, pendengar yang setia dan rajin menolong aku dalam hal kerja rumah. Rezeki aku juga bertambah dengan dua kali kenaikan pangkat di tempat kerja. Oleh sebab itu aku makin sibuk dengan urusan kerja di luar.

Genap e tahun perkahwinan, aku disahkan pregnant. Alhamdulillah waktu tu kami dah dapat hidup di rumah sendiri. Suami gembira dan ibu juga pastinya lagi happy. Selepas bersalin, anak aku disahkan menghidap asma.

Aku tidak beritahu suami yang aku bercuti tanpa gaji. Dia ingat, aku berhenti kerja sepenuhnya. Ibu bermasam muka kerana dia dapat merasakan aku akan mengalami kejutan budaya apabila berhenti kerja. Maka bermulalah aku sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Sebulan pertama semuanya ok seperti biasa.

Tapi masuk saja bulan kedua, suami aku dah nampak lain. Dia seperti “raja” dalam rumah. Nak basuh cawan sendiri pun dia dah taknak. Semua pekerjaan rumah jatuh atas bahu aku sendiri. Balik je dari kerja, dia terus online game.

Bila masa dia start main game pun aku tak tahu. Komunikasi antara kami juga semakin berkurang. Dia ibarat sudah tidak menghormati aku sebagai isteri setelah menjadi suri rumah. Banyak aku makan hati, walaupun e bulan pertama aku masih makan gaji. Dia mula persoalkan aliran duit dalam family kami.

Nak makan sedap sikit pun aku terpaksa meminta macam peminta sedekah. Dia buat aku hilang harga hanya disebabkan aku sudah tidak menjana pendapatan. Pernah aku melihat messagenya di group bersama rakan-rakannnya.

Dia siap bagitau, aku dah macam hilang fungsi dalam rumah ni. Kononnya kehadiran anak kami menambah beban dalam hidupnya. Beresak air mata aku waktu tu tapi aku perlu bersabar buat masa itu. Ada lagi baki 5 bulan sebelum tamat cuti aku.

Dia mula pandai naik angin. Tuduh aku boros dan duit dia cepat susut. Mentua pun sama naik, siap cakap apa guna sijil tinggi-tinggi, tapi tak pakai. Pernah aku balik ke kampung suami, layanan mertua dan ipar duai pun dah berbeza.

Dulu aku ditatang kerana bekerja dan selalu hulur duit. Tapi sekarang aku dah macam takde fungsi dalam rumah tu. Sampailah satu tahap kesabaran aku tercabar. Anak aku dih1na sesuka hati oleh mereka sebagai anak siaI.

Aku semuka dengan suami, antara dia nak jadi pelindung kami, atau dia setuju dengan keluarganya. MaIangnya dia menengking aku dan mengatakan sokongannya kepada familynya sendiri. Malam tu jugak aku kemas baju aku dan anak, aku bawa diri ke rumah ibu.

Nasib baik aku ada bukti pengh1naan mereka. Aku rekod semua percakapan suami dan keluarganya dan ini aku gunakan di mahkamah kelak. Aku memeIuk ibu dan dia cukup supportive. Dia pernah mengalami hal yang sama dengan aku sebab itulah dia berpesan yang wanita ini perlu ada kerja dan duit sendiri.

Dengan baki lagi a bulan cuti, ibu membawa aku berjumpa dengan doktor pakar bahagian rawatan mentaI. Aku disahkan mengalami depression tahap tinggi. Memang suami membayar segala keperluan rumahtangga walaupun aku dilayan seperti pengemis, tapi aku tidak dapat menerima dengan tohmahan dan h1naan suami terhadap aku dan anak.

Aku hanya menjadi suri rumah tak sampai setahun, tapi dilayan seperti hamba. Tiada kemanisan lagi dalam rumahtangga kami. Waktu aku usulkan untuk bercerai, dia siap cakap lagi, aku yang rugi. Dia takkan bagi aku sesen pun harta sepencarian dan aku kehilangan pekerjaan.

Aku katakan padanya, see u in court! Aku akan tuntut hak aku dan mengemukakan bukti yang aku masih menjadi pekerja di syarikat aku. Aku bernasib baik kerana masih boleh berfikir waras dan tidak terus berhenti kerja.

Mempunyai ibu dan majikan yang supportive, dan itu menjadi sumber kekuatan aku sekarang. Rumah kami itu aku yang bayar deposit dan renovation. Aku ada bukti dan dia tidak boleh sesuka hati merampas hak aku. Tidak sangka hanya kerana kami diuji dengan anak sakit dan aku berhenti kerja, suami terus berubah perangai dan memandang rendah kepada aku.

Doakan aku guys. Kes kami masih dalam perbicaraan mahkamah. Aku sudah mula kerja dan mulakan hidup baru. Kepada yang senasib dan aku, jika mentaI korang diserang bertubi-tubi, bangkit dan bina balik kerjaya korang tak kisahlah kerja apa pun, dan tak perlu nak hidup dengan lelaki yang tidak menghargai korang.

Kita adalah wanita yang diciptakan dengan sifat yang tabah dan kuat. Pasti kita boleh hidup berdikari dan jaga kesihatan mentaI kita sendiri. Akhir kata, aku respect semua suri rumah di dunia ini. Bukan mudah menjadi surirumah. Hanya yang begitu cekal sahaja yang berjaya melaluinya dengan tenang. Sekian, – Hanna (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Nur Liyana : Allah uji sis anak sakit sebab nak sis kenal perilaku suami dan keluarga sebenar.. Tahniah sis semoga terus berjaya dan bahagia. Saya doakan sis akan dapat yang lebih baik dari sebelumnya

Delarina Othman : Alhamdulillah. Dan tahniah di atas keputusan yang tepat. Mudah-mudahan diberi rezeki berlipat-ganda selepas ini. Dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Faridah Md Noh : Dorang tak fikir yang you ada pelajaran, bila-bila masa bleh bekerja lagi. Itu sebab Allah uji dan nak tunjuk sikap suami yang sebenar. Masa senang nak bersama, baru susah sikit dah lepas tangan. Sabarlah TT, ramai lagi insan kat luar sana yang lagi baik.

BACA: “Suami diperangkap video call awek scammer, lepas sembang dengan pegawai polis dibalai, tiba-tiba dia ajak balik, pelik tak jadi report”