Aktivis PH diseru terus fokus perkukuhkan parti

Aktivis PH diseru terus fokus perkukuhkan parti

Biar pimpinan tertinggi kita yang uruskan hal itu. Kita yang tidak terlibat ni fokus kukuhkan parti untuk hadapi pilihanraya.

Kita kena jadi pemantau pada apa yang kerajaan PN sedang lakukan sekarang. Dedahkan salahlaku mereka untuk pengetahuan rakyat.

Yang pandai menulis, buat poster, buat video, buatlah apapun untuk sampaikan mesej kita pada rakyat. Kuasai semula media sosial. Kita sekarang ada banyak peluru untuk lawan propaganda mereka.

Pedulilah pada kebajikan ahli, aktivis, penyokong dan pengundi kita. Ramai yang sedang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Mereka ini aset paling bernilai yang akan bantu kita untuk gerak kerja pilihanraya yang sudah sepatutnya bermula.

Kukuhkan akar umbi parti. Hubungi mereka. Bertanyalah khabar mereka. Ahli kita bukan jenis yang suka meminta-minta dan mengampu. Kebanyakan mereka ni penyegan macam kita juga. Mereka bukan nak wang ringgit kita. Mereka hanya nak rasa mereka juga rapat dengan kita. Respon dan hargai pandangan mereka.

Kalau dulu mungkin ada di antara kita yang terasa atau bersengketa sesama kita, tutup buku lama dan mulakan pengharapan baru. InsyaAllah silaturrahmi dan kasih sayang sesama kita akan menjadi asbab untuk kemenangan kita di masa akan datang.

Berpegang teguhlah pada kebenaran dan jangan sesekali sebarkan fitnah atau berita yang kita tak pasti. Ingatlah kebenaran akan tetap memihak pada pihak yang benar.

Ikhlas dari,

Adeysham Nor
AJK Sekretariat Komunikasi Strategik, Pakatan Harapan.

Sumber:

COMMENTS