Aksi wanita bertudung dukung singa bawa balik rumah jadi tular

Aksi wanita bertudung dukung singa bawa balik rumah jadi tular. Satu video yang memaparkan seorang wanita berhijab di Kuwait secara selamba mendukung seekor singa ketika melalui sebuah kawasan perumahan di negara itu, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor portal UPI, pihak berkuasa tempatan mengesahkan video itu dirakam selepas haiwan liar itu terlepas dari kandang rumah pemiliknya.

Video tersebut menunjukkan singa berkenaan cuba melepaskan diri ketika wanita terbabit mendukung haiwan buas itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di kawasan Sabahiya, selatan bandar Kuwait.

Menurut polis, singa itu adalah milik wanita berkenaan dan bapanya.

“Pegawai membantu menangkap singa itu apabila ia dikesan berkeliaran di jalanan sebelum dikembalikan kepada wanita tersebut,” jelas laporan itu.

BACA JUGA : Tular dirinya bakal digugurkan dari kabinet, akhirnya Rina bersuara
SPRM terima laporan rasuah terhadap pengurusan tertinggi Suruhanjaya Sekuriti
Isu bantuan banjir : Syed Saddiq disiasat polis

CATEGORIES