Aksi Andi Bernadee dukung Janna Nick macam suami isteri undang kecaman netizen

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick kembali mendapat kritikan netizen selepas berkongsi beberapa foto di media sosial, baru-bari ini.

Janna menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik foto yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee sedang mendukung Janna.

Difahamkan ia merupakan salah satu babak yang dilakonkan oleh mereka berdua dalam drama Melastik ke Hatimu 2.

Aksi Andi Bernadee dukung Janna Nick macam suami isteri undang kecaman netizen

“Ada yang tengok tak drama ni?. Ingat tau #melastikkehatimu2.”-kapsyen Janna di Instagram

“Laki Janna Tak Jeles Ke?, Dah Macam Laki Bini Dah Ni”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Janna Nick (@jannanick)


Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan komen yang berpendapat tidak manis bagi seorang wanita yang berstatus isteri orang untuk melakukan babak berkenaan, malah ada yang turut menyifatkan suami kepada Janna, iaitu Dini Schatzmann seorang yang ‘dayus’.

“Maaf ya dayusnya seorang suami yang membiarkan kamu begini… Wahai isteri jagalah martabatmu..

kita tak selamanya gembira jangan sampai satu tahap kita menangis meratap dosa-dosa yang pernah diperbuat😭😭😭 Allahuakhbar..

jangn melampau merosakkan minda generasi akan datang.. behave sikit janna.. malu kat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW..😭😭.”

“Niat tak menghalalkan cara.”

“Biasalah bila dah jadi artis ni hal hukum agama tolak tepi.”

“Teguran agama diendahkan, pujian dunia diutamakan ye dok?.”

“Laki Janna tak jealous ke. Dah macam laki bini dah ni.”

“Confuse dia ni bini orang ke janda? .”

“Ni betul-betul dukung ke Janna berdiri atas kerusi?.”

BACA: Kecoh dakwaan Menteri KDN kahwinkan pasangan non muslim, sekali JPN tampil bersuara