Aksesori mewah bernilai RM200000 Vivy dan suami disita SPRM

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kediaman milik pasangan suami isteri yang juga pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, iaitu Datin Vivy Yusof

Dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara di sini telah diperiksa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, pasangan tersebut hadir ke pejabat SPRM pada pukul 1 petang untuk menyambung memberi keterangan

sebelum dibawa ke kediaman mereka pada pukul 5.30 petang bagi tujuan pengeledahan.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, turut hadir ialah peguam pasangan berkenaan.

Aksesori mewah bernilai RM200000 Vivy dan suami disita SPRM

“Pengeledahan selesai sekitar pukul 8 malam, dan antara barangan yang disita termasuk 11 beg tangan serta seutas jam tangan mewah dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan pengeledahan tersebut dan memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau menyatakan bahawa pasangan tersebut akan hadir semula ke pejabat SPRM esok pada pukul 10 pagi untuk meneruskan pemberian keterangan.

Terdahulu, Vivy dan suaminya selesai dirakam percakapan selepas meninggalkan Ibu Pejabat SPRM petang tadi.

Pasangan itu dilihat beredar menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam pada pukul 4.23 petang selepas tiga jam memberi keterangan.

Pasangan suami isteri tersebut hadir semula bagi meneruskan rakaman percakapan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang berjumlah RM43.9 juta.

Cubaan media untuk menemu bual mereka tidak berjaya kerana kenderaan yang membawa pasangan itu tidak berhenti dan terus meninggalkan Ibu Pejabat SPRM.

BACA: Tuan Ibrahim Tuan Man buka mulut respon kerajaan tutup runding MoU