Akibat lompat parti, mahkamah benarkan PKR tuntut RM10juta daripada Zuraida

Oleh INFORAKYAT

Akibat lompat parti, mahkamah benarkan PKR tuntut RM10juta daripada Zuraida

Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan saman oleh PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya,

Datuk Zuraida Kamaruddin, kerana melanggar syarat bon yang mengikat kepada parti.

Akibat lompat parti, mahkamah benarkan PKR tuntut RM10juta daripada Zuraida

Hakim, Datuk Akhtar Tahir, membuat keputusan itu selepas mendapati hujahan Zuraida bahawa bon itu ditandatanganinya atas alasan dipaksa adalah tidak berasas.

Mahkamah juga memerintahkan Zuraida membayar kos RM50,000 kepada PKR.

“Bukti menunjukkan Zuraida menandatangani bon itu dengan pengetahuan penuh mengenai kandungannya.

Syarikat Lubnan saman semula Rosmah tuntut barang kemas RM67.5 juta

“Zuraida menandatanganinya secara sukarela kerana mahu bertanding dalam pilihan raya atas tiket PKR,” katanya.

Peguam, Muhammad Nizamuddin Hamid dan Navpreet Singh masing-masing mewakili Zuraida serta PKR.

PKR memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 28 September 2020 melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selaku plaintif dengan menamakan Zuraida selaku defendan.

Menerusi saman itu, PKR mendakwa Zuraida bersetuju membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Pada 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain mengumumkan peletakan jawatan, namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali Perikatan Nasional (PN).

PKR turut menuntut Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Akhtar berkata, dakwaan Zuraida bahawa RM10 juta adalah tidak seimbang dengan jumlah yang dibelanjakan untuk pencalonan pilihan raya juga tidak berasas.

“Defendan sendiri mengakui bahawa plaintif membelanjakan jumlah melebihi RM10 juta untuk pencalonan.

“Ini adalah pengakuan jelas di pihak defendan bahawa beliau tidak boleh menarik balik.

“Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa RM10 juta adalah jumlah munasabah kerana bon itu untuk menghalang ahli terutama calon dipilih bertindak bertentangan dengan kepentingan parti pada pilihan raya,” katanya.

BACA:

Fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda, 2 wakil rakyat Perikatan Nasional dalam pemerhatian Polis

Kari kambing punya pasal jadi punca keluarga bertikam lidah, wanita ini nekad batalkan perkahwinan