Akibat curang dan bersembunyi di rumah skandal, wanita ini diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Oleh INFORAKYAT

Akibat curang dan bersembunyi di rumah skandal, wanita ini diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India dipaksa berarak mengelilingi sebuah kampung sambil memikul suami di atas bahunya

sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Akibat curang dan bersembunyi di rumah skandal, wanita ini diarak keliling kampung sambil pikul suami atas bahu

Kejadian berlaku di Kampung Borpadaw selepas suami wanita itu membuat laporan polis setelah isterinya menghilangkan diri selama seminggu.

Sebaik laporan polis dibuat, salah seorang penduduk kampung tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang bersembunyi di rumah kekasih gelapnya.

Menerusi satu klip video yang tular, wanita itu dilihat menggendong suami di atas bahunya dalam keadaan kesakitan sambil ditertawakan oleh penduduk kampung.

Suami wanita yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa memukul, menarik rambut dan menghempas isterinya ke tanah selepas mengetahui hubungan sulit itu.

Setakat ini, sembilan orang ditangkap berhubung kejadian itu, manakala wanita itu telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya.

BACA:

“Beliau sentuh bahagian sulit saya bila ada kesempatan..Pernah aku dibawa ke kawasan semak untuk mencabuli aku, akhirnya ini yang berlaku suami ibu saudara”