Terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, memberikan penjelasan mengenai isu ini.
“Kita fokus pada tahun hadapan ialah lepasan SPM… contohnya jika selepas SPM mereka tak dapat hadir
kerana kekangan tertentu, mereka boleh menyertai sehingga usia 35 tahun, mengikut akta,” katanya.
Namun, beliau menjelaskan bahawa fokus utama tetap pada pelajar lepasan SPM.
Menurutnya, terdapat salah faham tentang kaedah pengambilan peserta. “Ada kebimbangan tentang usia 30 tahun yang sudah bekerja, tetapi tujuan akta ini adalah memberikan sedikit kelonggaran,” tambahnya.
Menurut laporan Berita Harian, Adly menyatakan perkara tersebut kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang hari ini.
Beliau turut menyebut bahawa mulai Januari tahun hadapan, seramai 1,000 peserta akan terlibat dalam PLKN dan ditempatkan di dua kem latihan.
BACA: Lepas negara haram diserang, warga Israel bentuk komuniti baharu di Sri Lanka