Akhirnya terungkai pemilik sebenar kereta nombor pendaftaran mula dengan huruf ‘Z’? Bukan calang-calang orang

Oleh DAHLIA MARZUKI

Nombor plat merupakan satu benda yang wajib dipamerkan oleh kenderaan bermotor yang telah didaftarkan di Malaysia.

Hal ini telah dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Terdapat pelbagai nombor plat di Malaysia dan semuanya merupakan nombor-nombor yang unik dan berlainan daripada nombor plat yang lain.

Akhirnya terungkai pemilik sebenar kereta nombor pendaftaran mula dengan huruf 'Z'? Bukan calang-calang orang

Namun, tahukah anda di manakah nombor plat kenderaan tersebut didaftarkan berdasarkan huruf permulaan nombor plat tersebut?

Huruf pertama nombor plat merujuk kepada negeri / kawasan

  1. nombor plat adalah berlainan antara satu sama lain
  2. A = Perak
  3. B = Selangor
  4. C = Pahang
  5. D = Kelantan (Nota : No plat D hanya diperuntukkan setelah Kelantan & Terengganu berpisah dari berkongsi plat T – Timur).
  6. E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
  7. EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
  8. ES: Sandakan
  9. ET: Tawau
  10. ED: Lahad Datu
  11. EU: Keningau
  12. EK: Kudat
  13. EL: Labuan
  14. F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
  15. G = Gagasan 1Malaysia
  16. H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
  17. HA : Perak
  18. HB : Selangor
  19. HC : Pahang
  20. HD : Kelantan
  21. HJ : Johor
  22. HK : Kedah
  23. HL : Labuan
  24. HM : Melaka
  25. HN : Negeri Sembilan
  26. HP : Pulau Pinang
  27. HQ : Sarawak
  28. HS : Sabah
  29. HT : Terengganu
  30. HW : Kuala Lumpur
  31. J = Johor
  32. K = Kedah
  33. KV = Langkawi
  34. L = Labuan
  35. M = Melaka
  36. N = Negeri Sembilan
  37. P = Pulau Pinang
  38. Q = Sarawak
  39. QA dan QK: Kuching
  40. QB: Sri Aman
  41. QC: Samarahan
  42. QL: Limbang
  43. QM: Miri
  44. QP: Kapit
  45. QR: Sarikei
  46. QS: Sibu
  47. QT: Bintulu
  48. R = Perlis
  49. S = Sabah (ditukar daripada E)
  50. SA, SAB & SAC: Kota Kinabalu
  51. SB: Beaufort
  52. SD: Lahad Datu
  53. SK: Kudat
  54. SS: Sandakan
  55. ST: Tawau
  56. SU: Keningau
  57. T = Terengganu
  58. V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
  59. W = Kuala Lumpur (siri pertama)
  60. Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  61. Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
  62. ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
  63. ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  64. ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  65. ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
  66. JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor plat khas
no plat im4u

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Putrajaya dibuka

  • PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
  • Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
  • Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
  • Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
  • Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
  • Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
  • PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
  • NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
  • LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
  • Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Kriss
  • Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Jaguh
  • BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
  • XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
  • G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  • 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
  • Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
  • TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ yang direka oleh kerajaan negeri Terengganu
  • GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  • Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
  • VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
  • GP : Hanya dikeluarkan untuk kereta-kereta rasmi Grand Pix di Litar Antarabangsa Sepang
  • SAS : Hanya dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah yang Ke-40
  • PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Pong Tenis Malaysia
  • rimau : Hanya dikeluarkan khas bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean (KL2017)

Jadi, janganlah anda berasa pelik sekiranya anda terserempak dengan kenderaan bermotor yang mempunyai nombor plat yang jarang ditemui dan unik kerana nombor plat tersebut termasuk dalam kategori nombor plat khas di Malaysia.