Akhirnya Syamsul Yusof balik jumpa ibu bapa, lain pula jadi bila Puteri Sarah pun ada sekali

Oleh INFORAKYAT

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya bertemu dengan ibu bapanya setelah sekian lama tidak pulang ke rumah.

Detik manis kepulangannya dikongsi oleh ibunya, Datin Patimah Ismail, melalui Instastory miliknya pada malam Rabu.

Dalam hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan dilihat memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.

Patimah turut memuat naik lagu latar belakang “Syukran Lillah” nyanyian Sabyan, dengan lirik yang mengungkapkan rasa syukur.

Dalam perkongsian lain, Patimah juga berkongsi foto bersama bekas isteri Syamsul, pelakon Puteri Sarah Liyana, serta suaminya, Datuk Yusof Haslam.

Akhirnya Syamsul Yusof balik jumpa ibu bapa, lain pula jadi bila Puteri Sarah pun ada sekali

Syamsul dilihat mendukung anak perempuannya, Sumayyah, dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.

Pada pagi Rabu, Patimah memberikan bayangan bahawa dia bakal bertemu dengan anaknya, dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan.

Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah, dan ibu bapanya hanya mengetahui perkembangannya melalui laporan media.

BACA: ‘Mula-mula sebelum dapat janji macam-macam, lepas setahun kahwin, suami mula berbunyi kata aku macam-macam’