Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Tol percuma bermula Hari ini

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa pemberian tol percuma akan bermula pada 12.01 tengah malam ini

Dan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober. Tawaran ini akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.

“Anggaran kos untuk pemberian tol percuma ini adalah sekitar RM38 juta, dan ia akan ditanggung oleh Kerajaan Madani

Dengan bayaran pampasan yang dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Pengecualian tol ini hanya akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol, kecuali di plaza tol yang terletak di sempadan negara,

Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Tol percuma bermula Hari ini

iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) Johor Darul Takzim.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani, iaitu Kesejahteraan dan Ihsan,

dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat, serta mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nanta berharap agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan menasihatkan mereka untuk merancang perjalanan dengan teliti bagi melancarkan perjalanan mereka.

BACA:2 tahun warga emas ini lempar najis dari tingkap flat, aktivis masyarakat ini dedah puncanya