Akhirnya setelah sekian lama menanti, Runningman bakal gegarkan Malaysia

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Selepas tujuh tahun dinantikan, peminat pasti teruja dengan berita gembira kehadiran bintang rancangan hiburan popular Korea Selatan, Running Man, ke Malaysia pada 15 Februari tahun depan.

Melalui konsert jelajah Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur, enam anggota tetap rancangan tersebut

akan menghiburkan peminat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Anggota yang bakal membuat penampilan termasuk Ji Seok Jin, Yoo Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo, dan Yang Se Chan.

Anggota Running Man tidak sabar menghiburkan peminat di Malaysia.

Akhirnya setelah sekian lama menanti, Runningman bakal gegarkan Malaysia

Konsert jelajah ini, yang juga diadakan di Filipina dan Indonesia pada awal tahun 2024, membuktikan populariti rancangan tersebut di Asia apabila tiketnya habis terjual.

Lebih menarik, ini adalah kali pertama Jae Seok dan Se Chan datang ke Malaysia untuk bertemu peminat, dan kehadiran mereka dijangka menceriakan suasana dengan jenaka menghiburkan.

Anggota Running Man menjanjikan pengalaman istimewa dengan pelbagai aktiviti menarik serta aksi lucu yang pasti memikat hati peminat.

Selepas 14 tahun bersiaran, Running Man telah meraih pelbagai anugerah termasuk Anugerah Program Paling Popular dan Anugerah Program Paling Cemerlang di Anugerah Hiburan SBS.

BACA: