PKNS menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan laporan akhbar mengenai cadangan merobohkan Kompleks Shah Alam yang telah berusia empat dekad.
Dalam satu kenyataan, PKNS menyatakan kekesalan terhadap dakwaan yang tidak berasas dan tidak benar tersebut.
Perbadanan negeri itu menjelaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks tersebut. Sebaliknya, mereka berhasrat untuk menaik taraf bangunan tersebut.
PKNS juga akan membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita tidak benar ini.
Menurut PKNS, projek peremajaan ini merupakan sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.
Projek ini melibatkan beberapa slot kawasan di pusat bandar Seksyen 14, termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC, tetapi tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS.
Kawasan ini akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman yang lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat.
PKNS menjelaskan bahawa projek peremajaan ini adalah penting dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon. Bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem ‘centralised chill water’ selain sistem tenaga hijau.
Ini juga merupakan komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosioekonomi negeri Selangor secara keseluruhan.
Selama proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa, dan pengunjung akan dapat membeli barang keperluan mereka dengan bebas.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan dakwaan kawasan tersebut akan dirobohkan, hingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
BACA: Rezeki dari langit! Pengedar telur terkejut temui beg berisi RM230000 dalam van berniaga