Akhirnya Pas bersekongkol dengan golongan yang dilabel liberal suatu ketika dahulu?

Akhirnya Pas bersekongkol dengan golongan yang dilabel liberal suatu ketika dahulu?

Sikap Pas hari ini terhadap pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah dipersoalkan selepas pernah menggelar bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai liberal.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berpendapat antara hikmah daripada penguguran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof adalah mengambarkan sikap sebenar Pas.

“Asal bersama mereka liberal pun tidak mengapa,” ujarnya dipetik dari Facebook hari ini.

Azhar juga dikenali sebagai Art Harun merupakan peguam hak asasi manusia sudah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi SPR, 29 Jun lalu.

Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan menyifatkan Pas tidak memperjuangkan Islam sebaliknya hanya menunggang agama.

“Nampak tak? Pas tak berjuang Islam pun, Pas hanya tunggang agama (macam kata Muhyiddin Yasin).

“Art Harun yang bakal diundi oleh Pas (dan sudah pastinya akan disoalkan di akhirat seperti yang sering diceramahkan) adalah seorang yang dikatakan ‘liberal’ oleh Pas.

“Ertinya apa? Liberal sudah ok atau Pas sudah gelong?” bidasnya sambil menyertakan gambar yang ‘pernah’ disebarkan oleh Pas sebelum ini.

“Bersama Art Harun adalah Siti Kasim yang pernah diisytiharkan oleh bekas calon Pas sebagai musuh Allah,” tambah Ustaz Ridzwan lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/dulu-pas-gelar-art-harun-liberal-sekarang/