Pelakon Norman Hakim akhirnya membuka mulut berhubung isu anaknya,
Marissa Dania yang didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya sehingga berlaku perceraian.
Menerusi hantaran di Instagram, Norman mengucapkan terima kepada semua pihak yang mengambil berat terhadap isu tersebut
Dan menganggap ia ujian daripada Allah S.W.T buat dirinya serta keluarga.
Menurut Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, isu tersebut telah diselesaikan secara tertutup oleh kedua-dua belah pihak.
Terima kasih kepada yang ambil berat atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah ‘gerak hati’ dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads a.k.a followers baru yang hadir dua tiga hari ini saya anggap kalian semua sebagai sahabat ukhwah dan siturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.
Dalam masa sama, Norman berkata, dia memohon maaf mewakili pihak keluarganya dan mengambil setiap teguran yang diberikan oleh orang ramai untuk perbaiki kelemahan mereka.
Saya happy baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.
Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya.
Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya. Lillahita’ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita.
Dalam hantaran sama, Norman turut memaklumkan dia dan isterinya, Memey Suhaiza serta anak-anaknya telah dijangkiti virus Influenza A sejak seminggu lalu.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa Dania.
Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya yang dikenali sebagai Aslam selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga.
Semalam, Marissa tampil memuat naik kenyataan di Instagram mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga menjadi punca keretakan hubungan rumah tangga wanita terbabit.
Bagaimanapun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah seratus peratus benar.
BACA: “Kenapa puan nak mohon cerai takliq masa suami masih terlantar koma? Jawapannya mengejutkan aku”