Menteri Luar menegaskan bahawa tiada pelanggaran mana-mana peraturan negara, termasuk dalam urusan diplomatik
Susulan kunjungan kapal tentera China di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.
Mohamad berkata, kunjungan dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang itu telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertahanan.
“Permohonan diplomatik daripada Kedutaan China jelas ada, yang memohon untuk membuat lawatan ke sekolah yang berlatar belakang pengajaran Konfusianisme dan lain-lain.
“Perkara ini telah diuruskan oleh pihak keselamatan, dan jika ada sebarang pelanggaran daripada apa yang diminta oleh mereka, ia akan disiasat.
“Tetapi setakat ini, jelas bahawa apa yang dimohon dalam permohonan diplomatik tersebut tidak melanggar sebarang peraturan negara kita,” katanya.
“Berkenaan sambutan luar biasa, kerajaan tidak mengatakan ia sambutan luar biasa, tetapi sambutan meriah yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang.
“Ia adalah selaras dengan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China,” katanya.
“Sebagai negara penyelaras, antara peranan Malaysia adalah sebagai pengerusi bersama China dalam merundingkan draf COC (Tatakelakuan).
“Malaysia beriltizam memastikan kod tatakelakuan ini, jika dipersetujui, akan menjadi dokumen yang efektif dan substantif bagi menangani isu berkaitan Laut China Selatan.
“Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan, dan kepentingan negara,” katanya.
“Dalam konteks pengendalian isu Laut China Selatan, saya ingin menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan yang diambil.
“Isu berkaitan Laut China Selatan adalah isu yang kompleks dan sensitif.
“Setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif tanpa mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan, dan kepentingan negara,” katanya.
BACA: Rupanya ini sebab kilang ini kebal pihak berkuasa, dah kena sita pun masih beroperasi