Semalam, media sosial kecoh memperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga chef piza dan pempengaruh terkenal, Jofliam dan Cik Epal.
Menerusi beberapa posting di IG story, Jofliam telah mendedahkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku,
termasuk isu mengapa dia tidak membawa Cik Epal bersamanya ke Milan untuk pertandingan Top 100 Pizza.
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga…”
Susulan itu, Cik Epal, yang sebelum ini mendiamkan diri, telah tampil memberi kenyataan mengenai isu rumah tangganya yang kini hangat diperkatakan di Instagram.
Menurut Cik Epal, dia masih menghormati Jofliam sebagai ayah yang sangat baik terhadap anak-anak mereka, Han dan Yuki.
Namun, pada masa yang sama, dia tidak suka mendedahkan tentang hal rumah tangganya kepada umum dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki.
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
“Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang,” tulisnya.
Posting tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang memberi sokongan kepada Cik Epal dan berdoa semoga pempengaruh ini kuat dalam menghadapi dugaan ini.
BACA: ‘Menteri dah turun padang tahun lepas, dah setahun tak selesai juga’ ADUN Pelabuhan Klang