Akak ni kongsi cara sebenar nak buat bihun rasa kampung

Akak ni kongsi cara sebenar nak buat bihun rasa kampung

Akak ni kongsi cara sebenar nak buat bihun rasa kampung. Rindu nak makan bihun kampung, akak ni share cara buat, confirm jadi! Bila berjauhan dengan ibu, pasti akan rindu masakannya. Lagi-lagi air tangan yang dimasak mak-mak kita untuk hidangan sarapan pagi seperti bihun goreng kampung yang memang ‘legend’ rasanya.

Resipi bihun goreng mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Puan Adila Razak ini memang terbaik dan sedap, rasa sama seperti mak-mak kita sediakan. Jom cuba!

Resipi Bihun Goreng Kampung

Akak ni kongsi cara sebenar nak buat bihun rasa kampung

Bahan-Bahan untuk ditumbuk:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar ikan bilis

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 bungkus bihun direndam hingga lembut & toskan
  • 1/2 labu bawang besar holland dihiris dadu
  • 10 ekor udang
  • Carrot dihiris (optional)
  • Kubis dihiris (optional)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 tangkai cili merah biji dihiris

Bahan-bahan hias:

  • Daun bawang dihiris.
  • Bawang goreng

Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan sambung tumis.

2. Masukkan pula cili kisar & udang. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air. Kacaukan hingga sebati kemudian sos tiram, sos ikan & sos tomato.

3. Perisakan terlebih dahulu & barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. Kacau sebati kemudian masukkan pula sayur. Apabila bihun sudah kering dan masak bolehlah dimasukkan hirisan cili.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.

5. Siap!

BACA:

Netizen mengamuk dekat Sharnaaz Ahmad, “mulut kau jaga baik-baik ya!”

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

‘Pulangkan atau saya lapor polis!’ – Bengang kad ATM dicuri, pemilik desak wanita bersemuka

CATEGORIES