Akak ni buka rahsia cara bayar murah masa di kaunter Cashier Mydin. Selalu kita dengar ramai orang suka shopping dekat Mydin sebab harganya yang murah dan berpatutan. Lebih-lebih lagi barangan keperluan rumah seperti bahan masakan. Memang selalu sangat ada diskaun.
Baru-baru ni pun Mydin sempat buat ‘gila’ dengan menjual ikan cencaru, bawang, roti Gardenia dan gula semuanya berharga RM0.65 je!
Bukan itu saja, banyak lagi barang murah contohnya periuk nonstick daripada harga hampir RM200, tapi diorang jual RM65 ja. Bila dah tawar harga macam tu, memang ramai la yang serbu Mydin. Malahan, sampai sekarang masih penuh.
Tapi korang tahu tak yang ada ‘rahsia’ di sebalik pembayaran di cashier dekat mana-mana cawangan Mydin di seluruh Malaysia.
Macam yang akak ni bongkarkan melalui laman Twitter, sebenarnya korang boleh dapat harga yang lebih murah siap boleh dapat duit balik lagi. Kalau nak tahu rahsianya, jom baca.
“Kat Mydin memang barang murah. Tapi nak tau tak, korang boleh dapat harga lagi murah kalau buat benda2 ni masa kat cashier.”
Untuk pelanggan tetap Mydin, pasti ramai yang dah ada kad Meriah, bukan? Jadi jangan lupa tunjukkan kad Meriah anda setiap kali nak buat bayaran di cashier untuk dapatkan harga lebih murah.
Dan satu lagi rahsia besar yang mungkin ramai belum tahu. Bukan Mydin je, korang juga boleh menggunakan kad Meriah di tempat lain tau.
Shopping dekat Mydin? Kumpul cashback dengan Boost
Selain kad Meriah, korang juga boleh jimat dengan adanya Boost. Contohnya, kalau korang beli produk PnG bernilai RM30, korang akan dapat cashback sehingga RM3, bersamaan 10%. Banyak tu boleh jimat. Cashback ni pula boleh la digunakan untuk restock barang akan datang.
Peluang dapat baucar hingga RM2,000 bila guna MyDebit
Korang pernah tengok tak game show di mana peserta boleh ambil apa sahaja barangan yang dimahukan dalam pasaraya? Korang pun berpeluang menangi Supermarket Sweep dengan had harga sehingga RM1,000 tau bila bayar menggunakan MyDebit. Selain tu boleh dapat baucar Mydin bernilai RM2,000 juga.
Memang betul apa yang akak ni kongsikan, korang sebagai pelanggan boleh dapat harga yang jauh lebih murah bila buat pembayaran dengan cara-cara tersebut. Kalau macam ni, memang penuhlah troli setiap kali korang shopping kat Mydin.
Kempen Mydin 65 Tahun, Bantu Ringankan Kos Sara Hidup
Mesti korang tertanya-tanya kenapa waktu-waktu macam ni boleh dapat harga yang jauh lebih murah, betul tak? Kalau korang nak tahu, ianya merupakan sebahagian daripada kempen menarik Mydin sempena sambutan ulang tahun ke-65 Mydin pada Ogos ini.
Dengan tema ‘Bersama Keluarga Malaysia’, kempen Mydin 65 Tahun menawarkan promosi dan penjimatan berganda bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia.
Unutk maklumat korang, kempen ini telah mendapat kerjasama daripada 84 jenama yang terdiri daripada rakan-rakan strategik Mydin seperti MyDebit, Boost, Shopee dan pelbagai lagi.
Jadi tunggu apa lagi, boleh lah korang serbu Mydin sekarang sebab tengah ada promosi sampai 30 Oktober nanti.
Nak lagi best, Mydin turut menyediakan satu peraduan untuk korang sertai dengan hadiah sehingga RM1,000,000. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, layari pautan www.mydin.my.
BACA:
Kuasa pengampunan tidak wajar digunakan sewenangnya – Agong
10 pengunjung taman tema cedera parah, jatuh 50 meter ke bawah
Isteri polis kantoi curang dengan bekas kekasih di hotel
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio