Akak baju kelawar tewaskan peragut jadi perhatian, “silap orang lah kau pilih mangsa”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tular di Twitter sebuah perkongsian video rakaman kamera CCTV yang memaparkan seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ragut.

Video tersebut tular dan menjadi bualan netizen apabila gadis itu dilihat begitu berani melawan semula dua peragut yang datang menyerangnya di bahu jalan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan gadis berbaju kelawar itu berjalan seorang diri di tepi jalan apabila sebuah motorsikal berhenti di tepi.

Akak baju kelawar tewaskan peragut jadi perhatian, “silap orang lah kau pilih mangsa”

Pembonceng motorsikal itu kemudian meragut beg tangan yang dibawa oleh gadis itu namun gadis itu cuba melawan semula.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah orang awam yang melihat kejadian tersebut kemudian segera turun membantu gadis tersebut. Malah ada juga pemandu yang dari seberang jalan yang sanggup memberhentikan keretanya dan berlari bagi menghulurkan bantuan.

Difahamkan, kedua-dua peragut itu akhirnya berjaya ditahan di mana pihak polis tiba di situ untuk tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama berasa kagum melihat tindakan berani gadis itu melawan semula peragut yang cuba membawa lari beg tangannya ini.

Ada juga yang menganggap mungkin juga gadis itu sebenarnya adalah anggota tentera berdasarkan kepada reaksinya yang tidak gentar melawan semula itu. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian kepada orang awam yang membantu gadis itu menahan peragut tersebut.

Akak baju kelawar tewaskan peragut jadi perhatian, “silap orang lah kau pilih mangsa”

ANDA SEMUA YANG MEMBANTU TANGKAP PERAGUT ADALAH HERO!! pic.twitter.com/GHgDLBnpgo

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) August 23, 2022

“Kuat betul eh gegirl kelawar ni, kalau aku tumbang dah rasa.”

“Puas hati tengok!”

“Kesian abam kereta dari seberang jalan tu. Dua kali jatuh untuk menegakkan kebenaran.”

“Aku bangga dengan rakyat malaysia tanpa kira kaum…”

BACA: