Air Selangor telah mengumumkan gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan bermula pada pukul 9 pagi pada 5 Jun akan datang.
Kawasan yang terlibat termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.
Namun, pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat bermula pada pukul 3 pagi pada 6 Jun.
Menurut Air Selangor, gangguan ini disebabkan oleh kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Menurut kenyataan Air Selangor pada Isnin, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza
bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem bekalan air.
Bagaimanapun, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis, dan pusara.
Air Selangor juga menasihati pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
Sementara itu, semakan di Facebook mendapati orang ramai berterima kasih kepada Air Selangor kerana memberi notis awal tentang gangguan bekalan air tersebut.
“Terima kasih Air Selangor memberi notis awal.
“Bulan Jun (gangguan) tapi dah keluarkan notis terlebih awal. Janganlah ada yang tak alert, kemudian menggelabah salahkan sana-sini.
“Dah inform awal. Jangan panik menggelabah bagai. Bersedialah dari sekarang.
“Okey noted. Terima kasih untuk notis awal,” tulis netizen.
BACA: Lelaki ditangkap tidur lokap 4 hari ketika berjalan di Klang! Rupanya ini yang dia tak bawa