Air Asia umum teksi udara akan beroperasi dalam masa terdekat

Air Asia umum teksi udara akan beroperasi dalam masa terdekat

Air Asia umum teksi udara akan beroperasi dalam masa terdekat. AirAsia Aviation Group Ltd bakal merealisasikan perkhidmatan teksi udara di Malaysia tidak lama lagi.

Langkah itu adalah selepas Skyports Infrastructure, pemaju infrastruktur mobiliti udara termaju (AMM) global menandatangani Surat Hasrat (LOL) dengan AirAsia Aviation bagi meneroka pembangunan infrastruktur untuk perkhidmatan teksi udara di negara ini.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Aviation Group Limited dan Ketua Mobiliti Udara Termaju, Kapten Ling Liong Tien, berkata kedua pihak akan meneroka pembangunan platform vertiport untuk perkhidmatan teksi udara dan kerjasama itu mewakili satu lagi kejayaan dalam pembangunan industri mobiliti udara termaju di Malaysia.

Beliau berkata, kerjasama ini langkah penting dalam mewujudkan rangkaian platform vertiport yang beroperasi sepenuhnya di Malaysia.

AirAsia Aviation sebelum ini telah mengumumkan pelan pembangunan mobiliti udara dengan memajak 100 buah pesawat Vertical Aerospace VX4 eVTOL dari Avolon, melancarkan program latihan dron serta melanjutkan latihan dron kepada sektor berteknologi tinggi.

Air Asia umum teksi udara akan beroperasi dalam masa terdekat

Air Asia umum teksi udara akan beroperasi dalam masa terdekat

Liong Tien berkata, dengan memanfaatkan kekuatan kedua pihak, kerjasama itu akan menggunakan kepakaran dan pengalaman penerbangan AirAsia serta pengetahuan dan rangkaian pasarannya.

Beliau berkata, Skyports Infrastructure pula akan menggunakan kepakaran portfolio globalnya untuk mereka bentuk dan membina infrastruktur platform perlepasan dan pendaratan untuk pesawat penumpang eVTOL.

Selain itu katanya, Skyports Infrastructure juga memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan kawal selia merentas pasaran, melalui kerjasama dengan badan kawal selia tempatan dan organisasi berkaitan.

Penilaian awal akan mengutamakan Kuala Lumpur katanya dan kerjasama selama satu tahun itu akan menumpukan pada kajian penyepaduan infrastruktur platform vertiport untuk perkhidmatan teksi udara, pengenalpastian tapak platform vertiport yang berpotensi, pembangunan keperluan dan rangka kerja operasi untuk melaksanakan rangkaian platform vertiport di Malaysia.

“Susulan pengumuman usaha kami untuk membangunkan perkhidmatan teksi udara di kawasan bandar pada awal tahun ini, kami telah berusaha untuk meneroka kemungkinan perkhidmatannya di Malaysia.

“Kerjasama dengan Skyports ini akan mempercepatkan kajian infrastruktur yang diperlukan termasuk platform pelepasan dan pendaratan vertikal di negara ini serta mengukuhkan potensi kami sebagai penyedia perkhidmatan perjalanan udara jarak dekat tanpa pelepasan di Asia Tenggara.

“AirAsia telah merevolusikan perjalanan udara komersial selama dua dekad yang lalu dan kumpulan percaya bekerjasama dengan Skyports ini akan memacu ke arah membentuk masa depan penerbangan tanpa pemandu di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Asia Pasifik Skyports, Yun-Yuan Tay, berkata kerjasama yang terjalin ini akan menyerlahkan kemajuan pembangunan AAM di Malaysia dan rantau Asia Pasifik dengan lebih meluas.

Beliau berkata, rakan kongsi yang inovatif dan berdaya maju seperti AirAsia membawa pihaknya melangkah setapak ke hadapan untuk merealisasikan rangkaian perkhidmatan teksi udara yang selamat, cekap dan bersepadu sepenuhnya kepada rakyat dan komuniti.

BACA:

Siar berita kematian Tan Sri Khalid Ibrahim, ini respon lidah rasmi milik Pas

Tragis..Skrin gergasi tiba-tiba runtuh hempap artis terkenal masa tengah konsert

CATEGORIES