Aina Abdul anggap diri belum terima wahyu untuk tukar genre lagu akui tak suka ikut trend

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bagi penyanyi versatil, kebiasaannya mereka tidak terhad kepada satu genre sahaja untuk memastikan peminat tidak bosan dengan lagu yang dikeluarkan.

Namun, ada juga yang lebih selesa fokus pada satu genre kerana itulah yang membawa mereka ke puncak dalam industri seni.

Dalam satu temu bual bersama Astro Gempak, penyanyi Aina Abdul mengakui bahawa dia tidak mengikuti trend untuk mencuba genre muzik lain.

“Saya tidak boleh menghalang orang untuk memberikan komen, tetapi saya adalah penyanyi balada,

saya bermula dengan genre itu dan akan terus kekal dengan genre ini.

Aina Abdul anggap diri belum terima wahyu untuk tukar genre lagu akui tak suka ikut trend

“Tetapi, dalam masa yang sama, saya akan terus mengasah bakat saya dalam genre lain, tetapi saya tidak akan memaksa diri untuk memenuhi kehendak semua pihak.

“Saya tidak mahu menghasilkan lagu semata-mata untuk menyenangkan orang, saya perlu keluarkan lagu yang benar-benar datang dari hati saya, dan saya tidak akan menipu diri sendiri hanya untuk menyesuaikan diri dengan ‘trend’.

“Selagi lagu itu boleh diterima oleh peminat dan orang lain, itu sudah cukup bagi saya,” katanya dalam temu bual bersama Astro Gempak.

Penyanyi berusia 31 tahun ini juga menekankan kepentingan lagu yang memberi impak dan kesan kepada masyarakat, bukan semata-mata untuk menukar genre.

“Sudah bertahun-tahun saya berada dalam industri ini bukan kerana saya mengikut trend, tetapi kerana usaha keras mereka yang berada di belakang saya.

Mereka yang terus memberi sokongan untuk saya maju ke hadapan, dan juga kerana lagu yang jujur dan menyentuh hati pendengar.

“Oleh itu, saya akan terus menulis lagu yang berkaitan dengan perasaan saya, tetapi saya tidak berniat untuk menukar genre. Jika saya tergerak untuk meneroka genre lain, itu adalah bonus.

Mungkin Allah SWT memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba genre tersebut. Doakan yang terbaik,” jelasnya.

BACA: Graduan bertindak berani kibar bendera ‘tembikai’ ketika konvokesyen undang pujian netizen